CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurus Kewangan Pun Jadi Mangsa Scammer- Terpedaya Tawaran Kerja Samblan, Habis Lesap RM89,560

8-2-2023 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3063| Komen: 37

Kuantan: Seorang pengurus kewangan wanita kerugian RM89,560 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang berusia 34 tahun dan berasal dari daerah ini menerima tawaran itu melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan satu pekerjaan di Instagram pada 4 Februari lalu.


Katanya, mangsa hanya perlu 'follow' dan 'like page' yang menawarkan komisen RM5 bagi setiap satu like page yang diberikan.

Gambar Hiasan

"Berikutan itu, mangsa membuat tiga tugasan yang diberikan oleh suspek dan menerima RM590.

"Mangsa mula percaya dan membuat 10 pindahan wang kepada tujuh akaun bank yang berlainan.

"Mangsa menggunakan wang simpanan sendiri dan wang dipinjam daripada adiknya," katanya pada kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Beliau meminta masyarakat supaya mendapatkan maklumat terperinci seperti latar belakang syarikat yang menawarkan tawaran seperti itu selain semakan nombor akaun di https://semakmule.rmp.gov.my/ -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 8-2-2023 01:55 PM
Bank mana...

Perempuan bangsa apa.
Selalu cinapes umur 52 byk duit.

Kesian dia.
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 01:55 PM
Astaga....mcm2 hal
Quote AbukRokok 8-2-2023 02:19 PM
pelik xkan bank penerima tak trigger account tu tiba2 terima amaun duit yang besar?
Quote mikasa 8-2-2023 02:21 PM
Adakah mangsa pernah buat salah? Bila kena pressure by scammer akan takut laa. Dah kalut tak leh nak berfikir secara baik
Quote mejaputih 8-2-2023 02:27 PM
pengurus bank pun kena scam..dh kenapa takut kalau tak buat salah?
Quote venom1 8-2-2023 02:30 PM
akaun savings boleh ke terima penerimaan (deposit) sampai ratus ribu?
Quote supernaturalee 8-2-2023 02:35 PM
ni yg iols duk ulang bny kali
dpt kol dr mesin ke atau tny bebukan
cepat2 tamatkan talian tu
ko start bercakap jek, habis
ibarat org mancing once dh makan pancing
mmg kena makan la jwbnya
Quote she 8-2-2023 02:37 PM
mikasa replied at 8-2-2023 02:21 PM
Adakah mangsa pernah buat salah? Bila kena pressure by scammer akan takut laa. Dah kalut tak leh nak ...

Logik juga spekuan nih

Contoh kalau kita takde order barang
Tetiba parcel call
Mesti kita tak percaya bulat bulat petak segitiga

Entah2 pernah cuci duit
Banyak betul nyimpannya
Done negatif
Quote she 8-2-2023 02:38 PM
supernaturalee replied at 8-2-2023 02:35 PM
ni yg iols duk ulang bny kali
dpt kol dr mesin ke atau tny bebukan
cepat2 tamatkan talian tu

Ya ya betul
Kalau jawab call
Dengar sore robot mesin ke apa
Terus letak
Quote auntieagony 8-2-2023 02:42 PM
Ini berita drp tarikh 23/3/22.....
Quote auntieagony 8-2-2023 02:46 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 8-2-2023 01:55 PM
Bank mana...

Perempuan bangsa apa.

Rasanya pengurus bank tu Melayu.

Sbb keluarkan duit drp ASB RM425K dan KWSP RM180K.

Minta maaf... mungkin ada sedikit sifat tamak... nak pulun duit "Insuran" RM 68.8K (scammed) terus hilang RM605K.
Astagfirullah
Quote CARI-MRO 8-2-2023 02:51 PM
Kuantan: Seorang pengurus kewangan wanita kerugian RM89,560 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian.


Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang berusia 34 tahun dan berasal dari daerah ini menerima tawaran itu melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan satu pekerjaan di Instagram pada 4 Februari lalu.


Katanya, mangsa hanya perlu 'follow' dan 'like page' yang menawarkan komisen RM5 bagi setiap satu like page yang diberikan.


Gambar Hiasan




"Berikutan itu, mangsa membuat tiga tugasan yang diberikan oleh suspek dan menerima RM590.


"Mangsa mula percaya dan membuat 10 pindahan wang kepada tujuh akaun bank yang berlainan.


"Mangsa menggunakan wang simpanan sendiri dan wang dipinjam daripada adiknya," katanya pada kenyataan hari ini.


Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Beliau meminta masyarakat supaya mendapatkan maklumat terperinci seperti latar belakang syarikat yang menawarkan tawaran seperti itu selain semakan nombor akaun di https://semakmule.rmp.gov.my/ -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote blue_blur 8-2-2023 02:56 PM
boleh tak polis war2 kan satu malaya, polis/apa2 unit uniform apa jenis segala branch, tak akan sesekali call orang awam untuk sebarang kes?

ia sama ada dijemput eskot polis dari pejabat/rumah atau, akan terima by hand / pos berdaftar kena sign surat waran mahkamah, dua tu je cara nya kan?
Quote supernaturalee 8-2-2023 02:59 PM
auntieagony replied at 8-2-2023 02:42 PM
Ini berita drp tarikh 23/3/22.....

haah lahteringat dulu ada drama siri tajuk early edition
lakonan kyle chandler (he's so cute)
dia akn dpt newspaper yg keluarkan artikel ape yg akn berlaku
so benda2 buruk dia akn cuba interfere utk ubah jd lbh baik
dlm kes ni klu jd mcm early edition
jgn jwb kol tu ye acik mnager


the sun daily: https://www.thesundaily.my/local ... -scammers-IF8986857
headline asal:

[color=black !important][size=1.4em]Bank manager loses RM600,000 to scammers

[size=1em]Charles Ramendran

  • 23-03- 2022 06:51 PM






Quote grouper 8-2-2023 03:01 PM
Ingatkan pengurus bank org yg bijak...kesimpulannya yg pangkat2 beso2 tu x semua org bijak maybe rezeki diorg dpt pegang jawatan beso2 tapi x le bijak mana pun
Quote auntieagony 8-2-2023 04:26 PM
supernaturalee replied at 8-2-2023 02:59 PM
haah lahteringat dulu ada drama siri tajuk early edition
lakonan kyle chandler (he's so cute:lovel ...


Sepadan dgn nickname anda iaitu supernaturalee

Quote AbukRokok 8-2-2023 05:33 PM
Edited by AbukRokok at 8-2-2023 05:34 PM
CARI-MRO replied at 8-2-2023 02:51 PM
Kuantan: Seorang pengurus kewangan wanita kerugian RM89,560 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran  ...

ini aku dah kne
dia suruh like 1 page lepas tu screenshot aku dpt rm12 masuk tng wallet

lpastu dia masukkan dlm telegram suruh like follow page2 tu sehari ada 20 task
tapi yg peliknya kene topup duit utk join tugasan ..aku xberapa faham just hanya jadi pemerhati je tgk dorang buat task lepas tu sibuk topup duit ribu2 utk dpt task sesimple tu
dek kerana aku xfaham dan musykil jadi pemerhati senyap je tidak proaktif lalu kne tendang dari grup tu
tp okla dpt free rm12 touchngo
yg peliknya semua dalam tu terlalu positif xsesekali sekala meroyan dah mcm robot


Quote noor2 8-2-2023 06:08 PM
Seronok dapat maki scammer
Quote anakkerengga 8-2-2023 06:34 PM
AbukRokok replied at 8-2-2023 05:33 PM
ini aku dah kne
dia suruh like 1 page lepas tu screenshot aku dpt rm12 masuk tng wallet


Aku join jg tp aku dpt rm30. Yg kena byr ratus2 dan ribu tu aku tak buat pun sbb aku tahu itu scammer. So dpt lah aku scam scammer rm30… yg ko tgk diorg tunjuk slip duit masuk tu aku rs tipu semua tu.. aku rs scammer jg tu menyamar konon2 dpt duit

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.375054 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top