Perkongsian seorang individu yang membandingkan gaji antara seorang guru dengan penghantar makanan di laman sosial mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warga maya. "Gaji cikgu 2.3k? Baik buat Foodpanda," demikian tulis seorang individu di laman Twitter.
Ciapan tersebut turut mendapat perhatian seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang terpanggil berkongsi pandangannya menerusi satu hantaran di Facebook. "Teringat arwah abah dulu pernah bagitahu, 'jadi cikgu ni tak kaya. Tapi tak ada la hidup susah. Yang 'mahalnya' tentang jadi cikgu, ada cuti panjang boleh balik jenguk orang tua kat kampung. Di situ mahalnya. Lebih penting, kita didik dan jaga anak orang ni banyak keberkatan dalam hidup kita'. "Ya, gaji cikgu tak besar. Gaji permulaan degree pun tak sampai RM2,300 sebenarnya. Lebih besar gaji rider Foodpanda okeh," tulis guru ini yang tidak asing lagi di Facebook.
Bagaimanapun, rezeki setiap orang berbeza-beza. Walaupun gaji seorang guru mungkin kecil pada pandangan sesetengah individu, ternyata ia mempunyai kelebihan dan keistimewaan. "Ada kelebihan tempat lain pula. Antaranya loan. Nak loan mudah. Seorang kawan aku pernah berkata, 'nak kenal rumah cikgu senang je. Rumah besar, kereta Wira ke, kereta Myvi ke. Dia dah buat loan besar untuk rumah, dah tak mampu nak pakai kereta besar'. "Tergelak aku. Bila aku perhati betul juga. Tapi tak semualah. Ada je yang rumah kecil kereta kecil, rumah besar kereta besar. Atas rezeki masing-masing dan cara handle kewangan masing-masing. "Apa pun, tak perlu la meremehkan kerja orang lain. Setiap bidang pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitulah," katanya lagi. Pandangan Mohd Fadli turut disokong oleh rata-rata netizen, malah menyifatkan pekerjaan sebagai guru adalah tugas yang paling mulia berbanding pekerjaan lain. "Itu permulaan saja, dah lama sikit ada gaji melintang, mendatar. Elaun itu ini lagi. Lagi satu, pahala tu besar dik. Tanpa guru yang mendidik, siapalah kamu. "Untung jadi cikgu, bila mati pun pahala berjalan kerana mereka mengajarkan ilmu yang beri manfaat berterusan kepada pelajar-pelajarnya. "Susahlah kalau semua nak downgrade pasal ilmu. Mentaliti kalau duit banyak baru bahagia sangat tak betul. "Walau setinggi mana ilmu kita pada masa sekarang, jangan sesekali pandang rendah pada guru yang pernah mendidik kita," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
renko: kata2 dari rider bodoh yang te ...
dua_chzy replied at 8-2-2023 02:36 PM
Jangan misled orang la Padil. Tu baru basic, belum campur elaun.
vespa_oren replied at 8-2-2023 06:45 AM
aku suka org misleading gaji cikgu ini
Burong_Hantuk replied at 8-2-2023 02:16 PM
jgn lupa claim2 n elaun bagai
renko replied at 8-2-2023 02:34 PM
kata2 dari rider bodoh yang tersakiti
padahal hari2 membangau kat mamak
menyembang kote sesama sendi ...
menyembang kote sesama sendiri
ADVERTISEMENT