CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak OKU Dibiarkan Sampai Mati, Bapa Bagi Alasan Malas Nak Jaga

8-2-2023 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1066| Komen: 5

London: Juri mendapati seorang lelaki Britain bersalah menyebabkan kematian anak perempuannya berusia 16 tahun yang kurang upaya.

Remaja itu didapati meninggal dunia di rumah akibat obesiti dan hidup dalam keadaan mengerikan.


Kaylea Titford yang menghidap hidrosefalus dan spina bifida ditemukan mati di rumahnya di Wales, seberat 146 kilogram.

Foto: Agensi

Mangsa berbaring di atas pad tandas kotor yang dibuat untuk anak anjing, kata mahkamah.

Spina bifida adalah keadaan yang berkembang di dalam rahim, menyebabkan masalah tulang belakang dan saraf.

Ia juga boleh menyebabkan hidrosefalus atau pengumpulan cecair pada otak.

Kaylea yang menggunakan kerusi roda, meninggal dunia pada Oktober 2020 selepas mengalami keradangan dan ulser yang dijangkiti akibat obesiti dan tidak boleh bergerak.

Ulat ditemukan di badannya, kata juri.


Polis Wales berkata, keadaan itu menjelikkan dan menunjukkan pengabaian yang mengejutkan dalam tempoh masa yang berpanjangan.

Bapanya, Alun Titford, seorang pekerja pemindahan berusia 45 tahun disabitkan pembunuhan dengan melakukan kecuaian, selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Crown Mold, di utara Wales.

Ibunya, Sarah Lloyd-Jones mengaku bersalah atas pertuduhan itu, tahun lalu.

Titford pada mulanya berhujah dia tidak bersalah atas kematian anaknya kerana bekerja berjam-jam dan percaya pasangannya menjaga remaja berkenaan.

Lelaki itu memberitahu mahkamah dia tidak melakukan apa-apa untuk menjaga anak perempuannya sambil berkata 'saya malas'.

Dia berkata, dia menghentikan penjagaan fizikalnya selepas dia mencapai akil baligh.

Dia kemudiannya mengakui di mahkamah bertanggungjawab sama atas kematian anak perempuannya.

Pasangan itu akan dijatuhkan hukuman pada 1 Mac dengan hakim Richard Griffiths berkata, kesalahan mereka cukup berat untuk dikenakan hukuman penjara. -CARI  

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 01:57 PM
rest in peace....




Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 01:58 PM
bapak durjana nih mcm skizo jah


Quote ainashiqa 8-2-2023 03:10 PM
kesian nya dapat bapa hampeh macam tu
Quote shernazz 8-2-2023 03:14 PM
Dah la tak.boleh bergerak
Obes plak.tu..mmg susah nak jaga sorang2..
Kena ada helper
Quote rosedemon 9-2-2023 08:18 AM
masuk nraka ke sorga anak dia tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.171559 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top