CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Banteras Rasuah, Salah Guna Kuasa Bukan Kerana Dendam Politik

8-2-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 770| Komen: 12

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan jabatan penguat kuasa untuk bertindak tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik, sebaliknya mengambil tindakan berdasarkan fakta atas sebarang perlanggaran hukum yang dikesan berlaku.


Beliau menegaskan, segala tindakan dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa bukan bersifat dendam politik, namun ia merupakan satu tekad untuk tidak lagi bertolak ansur dalam melaksanakan perubahan dan memperbaiki kepincangan sistem sedia ada.


FB

Beliau berkata, usaha memperbetulkan sistem adalah lebih sukar berbanding mematuhi arahan, apatah lagi jika ada ‘fatwa’ dari atasan yang kadang-kadang para pegawai terpaksa mematuhi dan tidak banyak pilihan.

“Kalau kita hanya ikut sistem lama, kita pun kaya, keluarga pun kaya dan bantahan itu tidak kuat kalau sistem itu semuanya sistemik. Masalah rasuah itu dianggap sistem yang diterima pakai.


“(Cabaran) kita berdepan mahakaya dan mahakuasa dengan gelaran tinggi, datuk seri, tan sri, tun, tetapi kita bersedia (lakukan perubahan). Semua ada kelemahan, tapi kalau ada tekad membawa perubahan, insya-Allah kita dapat lakukan walaupun bantahan kuat,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau sedar banyak tentangan terhadap usahanya dalam membetulkan kekhilafan soal kewangan yang dirompak sehingga ada yang menggunakan atas nama Melayu dan agama Islam tanpa melihat laporan daripada badan penguat kuasa.

Beliau berkata, mereka yang membuat bantahan itu akan melabelkan tindakan membersihkan salah laku itu sebagai satu tindakan politik.

Namun, beliau bersyukur pasukan jemaah menteri membuat satu ketetapan cukup jelas untuk tidak boleh mengizinkan segala amalan, budaya melampau itu diteruskan dan sebarang arahan pelaksanaan tugas, menguruskan kontrak atau projek yang tidak menepati peraturan tidak boleh dipakai lagi.

“Sekarang ini terserah kepada ketua pengarah, ketua bahagian, pimpinan kementerian untuk memastikan hal ini tidak berlaku di semua peringkat.

“Saya tidak menuju sesiapa, tetapi seperti mana saya sebut berulang kali negara ini tercemar, walaupun nak pertahan macam mana sekali pun, satu dunia tahu Malaysia tercemar kerana masalah sistemik.

“Bukan hanya satu orang terlibat, kleptokrat itu lebih kepada sistem iaitu ramai terlibat, ada yang disiasat dan belum, ada didakwa dan belum didakwa tapi tak perlulah pimpinan politik uar-uarkan soal kebersihan melainkan mereka dapat catat rekod atau prestasi baik,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 8-2-2023 11:40 AM
org kanan...tersenyum...
Quote Skuau 8-2-2023 11:55 AM
besarnya GAJAH depan mata boleh pulok tak nampak....kuman seberang laut.... boleh pulak tau 'jate tinonya'.
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 11:59 AM



Quote Orix 8-2-2023 01:04 PM
heshe x mampu dakwa atok ke ??? dulu bukan main gebang atok rasuah atok nepotisme etc.... da jd piyem tu semua dah boleh akses file2 lama pegi lah dakwa... sudahnya diri sendiri yg nepotisme
Quote VespaSilbe 8-2-2023 01:33 PM
Orix replied at 8-2-2023 01:04 PM
heshe x mampu dakwa atok ke ??? dulu bukan main gebang atok rasuah atok nepotisme etc.... da jd piye ...

Ada pangkat Tun tak boleh kena dakwa khuenz.. ke iols silap
Quote tripleid 8-2-2023 01:45 PM
IMG_20230208_134524.jpg
Quote Orix 8-2-2023 01:49 PM
VespaSilbe replied at 8-2-2023 01:33 PM
Ada pangkat Tun tak boleh kena dakwa khuenz.. ke iols silap

apooooo................ nonsense
Quote VespaSilbe 8-2-2023 02:02 PM
Orix replied at 8-2-2023 01:49 PM
apooooo................ nonsense

Maafkan iols noks.. ingatkan anugerah tertinggi tak boleh kena dakwa.. baru baca kat Google
Kecik2 dulu tanya bapak iols je ha
Quote iqbalriad 8-2-2023 04:41 PM
Burong_Hantuk replied at 8-2-2023 11:59 AM

Cairr dan layu den nengok gambo hok ni
Quote pengecatbintang 8-2-2023 07:04 PM
PM kena ingat..

ramai yg terkesan bila rasuah dibanteras..

sesetengah imigrusen kostam yg idup mewah selama ni

ramai juga yg idup mewah hasil tajaan ahli politik atau yg terlibat dgn politik akan terkesan..

cybertrooper pon akan terkesan..
tukang fitnah n batu api yg dapat bayaran akan terkesan

ramai yg cari makan akibat amalan rasuah ni..

tu ramai yg hot temper ngan PM la ni


Quote iqbalriad 8-2-2023 09:35 PM
Banyak sembang ler gomen baru ni..yg nampak fokus kerja Menteri DAP je..yg lain tak habis² berpolitik. Mmg tak selesai masalah utama rakyat kalau gini gayanya
Quote ninja9 8-2-2023 10:57 PM
Baguslah anwar maintain perangi rasuah dan salah laku dalam kerajaan. Harap ramai yang didapati bersalah nanti kena penjara berpuluh tahun...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.080828 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top