CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Duduki SPM, Calon Maut Rempuh X70 Lepas Gagal Elak Warga Emas Lintas Jalan Melulu

7-2-2023 09:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 702| Komen: 0

Seorang pelajar tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diadakan minggu hadapan apabila maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Taman Intan, dekat sini, hari ini.


Mangsa Lee Yi Hong, 17, pelajar Sekolah Menengah Tengku Ismail maut ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 7.05 pagi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dikatakan dalam perjalanan ke sekolah.


Mangsa Lee Yi Hong yang juga pelajar Sekolah Menengah Tengku Ismail terjatuh di atas jalan dan motosikalnya meluncur melanggar bahagian belakang kereta Proton X70. - Gambar ihsan PDRM

“Sebaik tiba di tempat kejadian seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun lintas jalan secara melulu membuatkan mangsa terkejut dan cuba mengelak.

“Mangsa tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat melanggar warga emas terbabit mengakibatkan mangsa terjatuh di atas jalan dan motosikal mangsa meluncur melanggar bahagian belakang kereta Proton X70 yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, selepas pelanggaran itu mangsa terus di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan dimasukkan ke Wad Kecemasan.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada jam 12.35 tengah hari ketika sedang di rawat selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Zaidy berkata siasatan awal polis, kemalangan berpunca daripada kecuaian pejalan kaki yang tidak berhati-hati sewaktu melintas jalan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046055 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top