CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Staf Dipaksa 'Overtime' Mati Di Meja Pejabat, Stesen TV Janji Pampasan 24 Kali Gaji Kepada Keluarga

7-2-2023 09:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2143| Komen: 17

Sebuah stesen televisyen di Thailand berjanji untuk memberi pampasan kepada keluarga seorang kakitangannya yang meninggal dunia di meja pejabat disebabkan bekerja lebih masa, lapor portal berita Coconuts hari ini.


Thai News Network (TNN) semalam mengumumkan bahawa pihaknya akan menghormati kematian Sarawut ‘Bird’ Srisawas dengan membayar pampasan bernilai bersamaan dengan 24 kali gaji bulanannya serta pampasan insurans.


Thaiger

“Bagi pihak syarikat, kami amat menyesali kehilangan ini. Syarikat akan membuat yang terbaik untuk membantu keluarga Sarawut,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan jabatan sumber manusia.

Mendiang merupakan seorang pekerja kanan di TNN. Dia ditemui mati di meja pejabat Jumaat lalu akibat serangan jantung.

Akaun media sosial lelaki itu pertama kali dikongsikan menerusi laman Facebook Jor Dub, yang turut mengikuti beberapa media Thailand.


Ia menjelaskan bahawa Sarawut kerap  bekerja lebih masa dengan ada waktu dia perlu bekerja tujuh hari berturut-turut dan mula jatuh sakit.

“Meskipun ketika mengambil cuti sakit selama dua hari, dia diarah masuk ke pejabat (stesen televisyen) untuk bekerja,” demikian menurut keterangan di laman Facebook tersebut.

Insiden itu menjadi kontroversi di media sosial dengan ramai yang mengkritik pengurusan TNN kerana membebankan pekerja dengan memaksa mereka bekerja lebih masa. 

“Industri media mempunyai budaya kerja yang melanggar undang-undang buruh terutamanya media online yang mempunyai persaingan sengit,” kata Naib Presiden Persatuan Wartawan Thailand, Teeranai Charuvastra.

Tambahnya, kerja lebih masa tanpa bayaran dan syif berterusan membuatkan pekerja tidak cukup rehat. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 7-2-2023 09:41 PM
kejam betul.. sampai 7 hari berturut2 tak rest. mana buleh

tapi masa aku kat company lama, kena jugak paksa overtime. kerja 2 minggu straight tak leh offday. bila kita claim offday, kena marah. gila

last2 aku hempas surat letak jawatan kat meja bos suruh sain, lepas tu bagi HR
aku keja elok-elok, dikerah macam robot, dilayan macam taik. so aku baling taik balik kat diorang

mula2 HR tak benarkan aku resign. tak diterima. aku kata mana boleh HR reject. nak aku refer pejabat buruh ke? baru terkulat-kulat buat baik
turned out, for years, diorang ugut staff macam tu sebab tak tau basic employee rights

ingat aku bodoh ke tak tau hak dan akta pekerja
Quote becir 7-2-2023 09:46 PM
Bayar pampasan je ke? Company takde kena dakwa? Yg responsible takde kena buang keje?
Quote Perawankota 7-2-2023 11:06 PM
Aku dulu keje pernah je 12hari straight, tapi lepas tu off day kumpul… tapi memang smpi hari nak off, badan ko dah penat.. walaupun ko dpt cuti byk hari sekali, tapi tak best pon
Quote Meiizu 7-2-2023 11:21 PM
Aku pernah straight keje 8hari..hari ke 9 aku masuk ofis otak blank tak leh tengok dah excel smua tu.
Terus pura2 sakit mintak balik
Keje depan computer ni wpun takpakai tenaga bancuh simen susun bata tetaplah letih boleh muntah
Quote Meiizu 7-2-2023 11:24 PM
Kesian dia ...wpun org duk sembang pasal work life balance tapi ada juga yg teraniaya.
Memikirkan kdg ada yg tak bertuah ..takbuat keje dibuang ..nak cari keje baru bukan senang..
Simpati sungguh dekat mangsa.
Takpelah...mungkin dia dah penat hidup kat dunia
Quote Jitu 7-2-2023 11:41 PM
klu da smpi diri terseksa baik resign je
tp mungkin mendiang ni byk commitment bulan2 agaknya tu sanggup je
Quote ladybugz 8-2-2023 08:29 AM
i pernah buat load kerja utk 2 org bukan biasa2 punya load ok. sampai audit luar datang pun bgtau i overworked n melanggar garis panduan. rehat tghari pun mmg xda masa n membawa sampai ke malam kerja. sampai i jatuh sakit n terpaksa kerap mc sbb layanan majikan yg x pernah nk appreciate tp layan kita teruk. org yg kerja 2-3 jam ja seminggu hat lain tu just nk ampu2 bos yg tulah dinaikkan pangkat, di beri cemerlang. lama juga bertahan kat company tu, almost 4 years sbb memikirkan kerja bukan la senang nk dpt. lepas resign my health slowly makin ok.
Quote esbok 8-2-2023 08:55 AM
Pernah amalkan lelap sejam gitu je kot utk dua malam berturut, hari ketiga dah mcm orang takde perasaan. Kerap juga buat gitu nak setel kan urgent matter. Mata kosong , dengar je orang ckp, tapi takde perasaan dah nak react. Lepas tu terbaca artikel, boleh mati kalau tak cukup tidur. Sis tak buat dah. Lantak lah urgent macam mana. Memang pun mcm mayat mata celik je bila tak cukup tidur.
Quote esbok 8-2-2023 08:58 AM
Meiizu replied at 7-2-2023 11:24 PM
Kesian dia ...wpun org duk sembang pasal work life balance tapi ada juga yg teraniaya.
Memikirkan kd ...

Big bos sis, dia yang hebah kene work life balance, dia juga yang kacau staff tengah malam, tengah cuti
Quote edayildiz 8-2-2023 09:02 AM
kesiannyaa..
i selalu balik kerja lambat jua tp i xbuat kerja pun..i scroll fon jer cari kerja baru sbb i skt ngn boss..dia suka amek kesempatan mentang i bijak sikit kt dept..suka menyebut i jer..sbb i pandai buat..mencik..dorg ni semua suka sgt cari i..org lain ada..sama position kot..why always me..me me..mentang i mcm paling muda kat situ
stresss bab itu jer...
Quote card_reader 8-2-2023 09:03 AM
paling lama aku penah keja 3 minggu straight, ingatkan masyuk la dapat gaji....

tengok2 lebih kurang je ngan orang yg amek cuti hari ahad....hampeh
Quote najib888 8-2-2023 09:28 AM
Meiizu replied at 7-2-2023 11:21 PM
Aku pernah straight keje 8hari..hari ke 9 aku masuk ofis otak blank tak leh tengok dah excel smua tu ...

Paham2.. ingat aku sorang je penah rasa macam tu.. tapi masa study dulu la..buat tesis.. melugai.. nak muntah..
boleh dikatakan trauma bila tgk ms word, excel dan powerpoint..
ambil masa juga la nak hilangkan trauma tu
Quote midori888 8-2-2023 09:32 AM
Adik meols masa dia kerja kat Europe baru nie, kerja 2 months non stop, hanya dpt break on Sunday afternoon jer. Kerja 7 pagi to 7 mlm, lps dinner sambung kerja smp pukul 10-11 mlm...lps 2 bln, dpt cuti 3 weeks....
Quote cikatilia 8-2-2023 10:04 AM
keje 12 hari straight... khamis jumaat nak tunggu weekend kedua tu rasa saiko sgt mcm nak mc ada semua
Quote sayurmayur88 8-2-2023 12:04 PM
takde work-life balance.
menyampah dgn majikan/orang atasan macam ni
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 12:11 PM
make sure kau bayar segala pampasan eh
Quote She-Ra 8-2-2023 12:22 PM
segala keputusan di tangan kita
kita sebagai pekerja ada hak, sebab tu wujudnya pejabat buruh
cuma tulah, zaman sekarang agak payah nak cari kerja makanya nak tanak bertahan la demi sesuap nasi
kalau bujang, beban takde la teruk sgt, kalau dh berkeluarga, byk benda nak kena fikir

bidang kerja iols tak memerlukan kerja lebih masa
kalau diperlukan pun, sekali sekala boleh, kalau kerap naw, mmg ku babaikan aje

luar kerja hakiki (freelance),  pernah la overtime kaw kaw, kena pulak event back to back
tp sb minat dan hanya sebulan sekali je, makanya onz aje
balik tu, bayar hutang tido sampai lebam

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073254 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top