CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aweera Lebih Matang Lupakan Persengketaan, Kembali Ke Pangkuan Mojo

7-2-2023 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3359| Komen: 39

Sudah melupakan persengketaan sebelum ini, penyanyi Aweera kini kembali mengisi tempat sebagai vokalis kumpulan Mojo.

Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 32, berkata, dia kini lebih matang dan mahu memberi fokus terhadap perkembangan karier seninya dan meletakkan semua kenangan pahit sebagai sejarah.



IG Aweera

"Kontroversi sebelum ini berlaku ketika saya masih berusia 20-an. Saya anggap ia satu proses pembelajaran dalam melalui fasa tersebut.

"Sekarang ini saya lebih matang. Insya Allah selepas ini mahu fokus kepada karier dan menjadi seorang yang lebih dewasa," katanya.

Tambah Aweera sepanjang dia bergerak solo selepas menarik diri daripada Mojo pada 2014, peminat masih terus mengaitkan namanya dengan kumpulan tersebut.

Malah dia sendiri meluahkan rasa rindu untuk kembali bersama Edry, Johar dan Denny sebagai anggota asal yang pernah popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi.


"Walau sudah lama tidak bersama Mojo, orang masih menyebut saya sebagai salah seorang anggotanya. Ramai juga yang kenal saya sebagai vokalis Mojo.

"Sebenarnya memang rindu untuk kembali beraksi dengan mereka," jelasnya.


IG MOJO

Kontroversi di antara Aweera dan Mojo hangat diperkatakan apabila penyanyi itu secara tiba-tiba dipinggirkan sehingga tempatnya digantikan oleh Azmi Caliph Buskers bagi menyanyikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu ke-29.

Mojo ketika itu berjaya memenangi trofi Persembahan Terbaik.

Sementara itu, Mojo kembali dengan sebuah lagu baharu berjudul Superstar yang mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baharu mengejar cita-cita dalam dunia seni.

Menurut Edry Abdul Halim sebagai penggubah lagu, single tersebut disifatkan sebagai istimewa dan akan menjadi salah satu senarai lagi dalam EP mereka akan datang.



"Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai.

"Sebelum Mojo hilang dari ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 7-2-2023 08:56 PM
Elok lah dengan mojo balik. Kariee solo sendu sangat. Iols cuma ingat Aweera ni berlakon dalam telemovie cangkul je… tu je karier solo dia yang iols ingat
Quote watachiwa 7-2-2023 09:12 PM
hopefully edry buat lagu2 menyengat lg
Quote sakurazura 7-2-2023 09:14 PM
Bagus utk karier chuols.
Quote alien88 7-2-2023 09:18 PM
Iolls suka lagu mojo masa aweera jadi vokalis
Quote dudaberhias 7-2-2023 09:21 PM
iols suka suara aweera... tapi nak mintak edry tolong groom heshe sikit... tolong buang pesen rambut panjang yang soo yesteryears lepastu tolong hantar ke bengkel besi... suruh dorang kikis2 kulit wajah aweera tu bagi licin... baru la meletop...

sekarang ni lagu sedap ke tak sedap tak penting... janji yang nyanyinya herlokkk gittuhh... tak percaya tengok mv bts - idol... macam binatang tengah menyanyi tapi sebab herlok kita tengok la sampai berbillionz views...
Quote cikmouse 7-2-2023 09:39 PM
Yeahhh...moga adaa lagu br yg best2 pasniii...
Quote exclusive_vvip 7-2-2023 09:43 PM
Aweera ni mix Mat saleh ke?
Quote habisnamadahni 7-2-2023 09:52 PM
exclusive_vvip: Aweera ni mix Mat saleh ke?
putihh dia lain macamm kann
Quote prizadane 7-2-2023 10:02 PM
exclusive_vvip replied at 7-2-2023 09:43 PM
Aweera ni mix Mat saleh ke?

Tak silap iols, bapak dia mixed belanda. Tapi jenis rangka kecik… tu yg putih tu. Pastu tgk adik beradik dia pun memang jenis kulit putih gini
Quote epuepy 7-2-2023 10:40 PM
dudaberhias replied at 7-2-2023 09:21 PM
iols suka suara aweera... tapi nak mintak edry tolong groom heshe sikit... tolong buang pesen rambut ...

Bengkel besi?
Quote exclusive_vvip 7-2-2023 10:43 PM
habisnamadahni replied at 7-2-2023 09:52 PM
putihh dia lain macamm kann

haah,btol..pastu hidung tajam, bibir nipis..macam features Mat saleh
Quote exclusive_vvip 7-2-2023 10:44 PM
prizadane replied at 7-2-2023 10:02 PM
Tak silap iols, bapak dia mixed belanda. Tapi jenis rangka kecik… tu yg putih tu. Pastu tgk adik  ...

Ohh..mmg ada darah mix dari atuk lah ni yer
Quote Hoola 8-2-2023 01:17 AM
welkam back
style dia ni..gunakn pluang ini sebaik mungkin
Quote Suchi 8-2-2023 05:50 AM
Edry mmg menetap kat malaysia dah ke
Quote sukacactus 8-2-2023 07:10 AM
prizadane replied at 7-2-2023 10:02 PM
Tak silap iols, bapak dia mixed belanda. Tapi jenis rangka kecik… tu yg putih tu. Pastu tgk adik  ...

Haah, cousin dia pun jenis putih selepuk tp rendah kecik je
Quote lolukiya 8-2-2023 08:06 AM
Edited by lolukiya at 8-2-2023 09:11 AM

so handsometrap the cat
Quote TomyamPuteh 8-2-2023 08:17 AM
Yezzza. Xde sape blh lawan lenggok Aweera.
Quote Lavender_Violet 8-2-2023 08:24 AM
Hmm...dah sendu kan...dan2 tu nak rujuk balik
Dulu bukan main ko ego tinggi melangit
Quote Lavender_Violet 8-2-2023 08:25 AM
Suchi replied at 8-2-2023 05:50 AM
Edry mmg menetap kat malaysia dah ke

Ha tu lah..baru nak tanya soklan sama
Bukan dia dah migrated ke US ke demi masa depan anak autisme dia tu

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036720 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top