CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Cemas Sampai Demam, Pengsan Kerana Dikelilingi 500 Pelajar Perempuan Ketika Peperiksaan

7-2-2023 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1182| Komen: 5

Seorang pelajar lelaki pengsan ketika menduduki peperiksaan kerana cemas dikelilingi 500 pelajar perempuan, lapor laman berita India Times kelmarin.

Pelajar kelas 12 dari negeri Bihar itu dikatakan dari Kolej Allama Iqbal Bihar Sharif, menduduki peperiksaan pertengahan di Sekolah Brilliant.



Pelajar berkenaan bukan sahaja pengsan malah demam secara tiba-tiba sebelum dibawa ke hospital. – Twitter

Menurut ibu saudara pelajar tersebut, dia bukan sahaja pengsan, malah demam secara tiba-tiba sebelum dibawa ke hospital.

“Dia pergi ke pusat peperiksaan dan melihat dewan tersebut dipenuhi dengan pelajar perempuan. Dia menjadi cemas dan demam secara tiba-tiba lalu pengsan,” ujar wanita berkenaan.

Dalam satu video tular di media sosial, pelajar lelaki tersebut disoal mengenai insiden itu namun, dia tidak menjawab walau sepatah pun.


Video itu menjadi tular dengan ada sebilangan netizen yang menyatakan bahawa situasi itu berlaku disebabkan kesan pengasingan gender. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-2-2023 08:57 PM
camner agaknya RUPA pelajar pompuan tu semua...buat dia sampai demam terui pengsan....
Quote Purplehaz 8-2-2023 10:11 AM
Panick attack ni.
Mase iols study dulu...sorang student pompuan ni..time exam ade jer wat pangai  mcm ni lah...kdg tgok dia pun fedup..mcm dibuat2 panick nya..nak attention.
Quote JulietTheOrange 8-2-2023 10:19 AM
pengsan sbb ade aroma2 yg tak menyenangkan ke hihi
Quote iman_kasih 8-2-2023 11:33 AM
Kesian kena panic attack. Bukan dibuat2
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 12:03 PM
ingatkan kat yindon

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.149163 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top