CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur Belasah Teman Lelaki Bekas Kekasih Sebab Cemburu Tengok Keluar Bersama

7-2-2023 08:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1062| Komen: 6

Akibat cemburu melihat bekas kekasih keluar dengan teman lelaki dipercayai punca seorang penganggur memukul beberapa individu di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, beberapa individu termasuk bekas teman wanita penganggur yang berusia 23 tahun cedera.



Suspek berusia 23 tahun ditahan polis selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Melaka awal pagi Ahad lalu.

Siasatan mendapati pengadu wanita itu pada mulanya didatangi bekas kekasihnya berusia 23 tahun ketika dia sedang keluar bersama teman lelaki baharunya dan empat orang rakan lelakinya.

“Suspek dikatakan mahu bercakap dengan pengadu tetapi bekas teman wanitanya itu enggan kerana suspek sedang mabuk menyebabkannya memarahi serta menolak kawan-kawan lelakinya.


“Situasi tegang itu menyebabkab berlaku pergaduhan menggunakan kerusi dan botol kaca menyebabkan pengadu terjatuh dan rakan-rakannya turut mengalami kecederaan seperti luka di badan,tangan dan hidung,” katanya dalam kenyataaan hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, suspek ditahan kira-kira pukul 7 pagi pada hari sama dan polis masih mengesan enam lagi suspek lain berusia antara 23 hingga 32 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 7-2-2023 08:38 PM
berjanggut ala2 ostakk ke tewwwwwww
Quote jazaa100 7-2-2023 08:42 PM
Lima org  lawan sorang mabuk pun kalah.....

Gantung diri je lah macha.....

Quote pocongkiutss 7-2-2023 08:51 PM
Lelaki..Tu baru gelfren jumpa bekas teman lelaki tu ko dh jeles smpai camtu skali

Cuba kalau ko dipoligamikan oleh gelpren tu (kalau dihalalkan) , tau pulak merempan..tp bila ko sendiri buat takpe pulak kann
Quote eyansss 7-2-2023 09:09 PM
penganggur - mabuk - kaki pukul...  hahahaha...  apsal tak lengkapkan je dengan dadah sekali...  vunguks...
Quote Lagubestbest 7-2-2023 09:38 PM
lepas covid ni bahaya. kita taktau berapa ramai tengah mood tak elok sekeliling kita.
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 12:37 PM
melayu atau indian??

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064336 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top