CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Pasal Bola Saya Akan Jawab. Yang Lain, Tak Mahu," Zainal Abidin Masih Kunci Mulut Kahwin Dengan Fyna Jebat

7-2-2023 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1641| Komen: 10

“Maaf, kalau pasal bola saya akan jawab. Yang lain, tak mahu.”

Demikian kenyataan bintang bola sepak legenda, Datuk Zainal Abidin Hassan yang kekal mengunci mulut daripada memberi sebarang penjelasan atau jawapan berhubung kontroversi perkahwinan keduanya dengan penyanyi, Fyna Jebat.


Zainal sehingga hari ini tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung pelbagai dakwaan yang timbul selepas pernikahan mereka mula dihidu peminat.




Beliau yang juga jurulatih bola sepak berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027, hari ini.

Fyna yang juga adik kepada penyanyi, Ayda Jebat ketika mengesahkan spekulasi itu enggan memperincikan butiran lanjut, termasuk tarikh perkahwinan mereka.


“Terima kasih banyak-banyak, terima kasih atas komen yang baik.

“Sudah tentu dia (suami) bagi sokongan kepada karier seni saya selepas ini,” katanya.

Ahad lalu, Fyna dan Ayda membawa pulang hadiah kemenangan RM20,00 selepas merangkul tempat kedua dalam program realiti, Famili Duo.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 7-2-2023 08:44 PM
Fyna pn cm xde org lain
Ni jgk ko nak
Sabo aje la
Quote habisnamadahni 7-2-2023 08:47 PM
tak goyang sisturr kawin ngn atok ni
Quote winky1 7-2-2023 08:48 PM
Tapi mmg nak tanya pasal buat bola pun....
Quote naina 7-2-2023 09:02 PM
Apalah dia nampak kat Dato' ni sampai jatuh cinta..
Quote dudaberhias 7-2-2023 09:17 PM
dah tu wartawan pun cuba la tanya dengan kreatif sikit soalan tu... cuba tanya apa si pinah rebutkan dengan botoi kicap... dia memang suka botoi kicap berbanding lobak masin ke macam mana...

lepastu tanya la tok tak nak bayarkan balik ke pinah duk perabih 150k dalam rancangan sendu tah pape tu... kurang2 balik modal walaupun tak untung gittewww...
Quote rosedemon 8-2-2023 08:34 AM
ok atok din
Quote miznora 8-2-2023 08:37 AM
Tula tua2 carik masalah
Tapi dah jodoh ye dak. Lautan api sanggup kurengani
Quote prince_marhaen 8-2-2023 09:19 AM
naina replied at 7-2-2023 09:02 PM
Apalah dia nampak kat Dato' ni sampai jatuh cinta..
...Zainal Abidin Hassan dilahirkan pada 9 November 1962 di Selangor. Bapanya berketurunan Kenya dari Afrika...

Paham-paham la chuols botol kicap 645ml... ehehehehehehehe
Quote nonarona 8-2-2023 09:31 AM
bang acik nak tanya klu kat padang boleh guna 2 biji bola tak, agak2 soalan camni boleh kot
Quote mamajawie 8-2-2023 04:16 PM
dudaberhias replied at 7-2-2023 09:17 PM
dah tu wartawan pun cuba la tanya dengan kreatif sikit soalan tu... cuba tanya apa si pinah rebutkan ...

fyna nak #pastisenak yachh..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.095370 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top