CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Isteri Terpaksa Raih Simpati Di Tiktok, Cliff Umar Tak Bagi Nafkah 3 Anak "Sejak Kahwin Pun Semua Belanja Saya Tanggung"

7-2-2023 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6626| Komen: 60

"Orang boleh kecam saya, tuduh saya macam-macam. Tetapi jika mereka berada di tempat saya, mungkin mereka faham keperitan yang terpaksa saya tanggung selama ini."

Itu luahan Zurini Hasbullah, bekas isteri penyanyi, Cliff Umar yang kini terpaksa membesarkan tiga anak mereka bersendirian selepas diabaikan suaminya itu sejak beberapa tahun lalu.


Lebih memeritkan katanya, dua daripada anak lelakinya yang berusia 14 dan 11 tahun disahkan mengidap autisme dan disleksia.


Foto: Google

Anak perempuan bongsu yang berusia lapan tahun pula turut menunjukkan tanda-tanda penyakit itu dan kini masih dalam pemerhatian pakar.

Menurut bekas pramugari berusia 43 tahun itu, dia meluahkan kepayahan hidupnya di media sosial khususnya aplikasi TikTok bukannya untuk meraih simpati tetapi bagi menyedarkan bekas suaminya mengenai tanggungjawab terhadap tiga anak mereka itu.


"Jujur saya katakan, sejak kami mendirikan rumah tangga di Kuala Lumpur pada 2009, segala perbelanjaan saya tanggung kerana suami tiada pekerjaan tetap.

"Kami sah bercerai pada 2019, itu pun selepas saya sendirian turun naik mahkamah di Kuching berkali-kali untuk menuntut fasakh selepas suami gagal dikesan untuk tempoh yang lama," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Matang Jaya, di sini, hari ini.

Zurini berkata, bekas suaminya yang berasal dari Kuala Lumpur itu 'muncul' semula apabila dia menyertai pertandingan hiburan di sebuah stesen televisyen pada 2020 dan menjuarai pertandingan itu sekali gus meraih hadiah wang tunai RM100,000.

Menurut Zurini, dia menjadi perhatian warganet selepas meluahkan segala kepayahan yang dilaluinya itu menerusi TikTok, kebetulan pula selepas bekas suaminya memenangi satu pertandingan itu.

"Ada warganet yang tidak mengenali saya pun malah tidak tahu cerita sebenar, tiba-tiba menuduh saya sebagai 'gold digger', mengambil kesempatan atas kemenangan dialah dan macam-macam lagi.

"Apa yang saya lakukan ialah untuk menuntut supaya bekas suami menyedari tanggungjawab dia untuk memberi nafkah kepada anak-anaknya yang semakin membesar, itu saja," katanya.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, bagi menampung kehidupan bersama tiga anaknya, beliau kini bergantung kepada pendapatan menjual kraftangan iaitu beg kait yang dihasilkannya sendiri.

Selain itu, tiga anaknya turut mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) serta bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang diterima setiap tiga bulan sekali.

"Malah ada juga kawan-kawan lama di Kuala Lumpur dan Singapura menghulurkan wang bagi meringankan beban yang terpaksa saya tanggung kini.

"Ia termasuk perbelanjaan bagi menyelenggara kereta Perodua Kancil usang yang saya gunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah, bayar bil, sewa rumah, kos perubatan kerana kesihatan saya selalu terganggu," katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Zurini sempat berpesan kepada bekas suaminya agar menyedari tanggungjawabnya sebagai bapa kepada tiga anak istimewa itu.

"Selagi ada peluang untuk berubah ke arah kebaikan, berubahlah sebab kita tidak selamanya muda.

"Berubahlah segera sebelum ajal menjemput, sebelum kita kehilangan masa dan kehilangan kasih sayang anak-anak," katanya.

Menurutnya, ketika mula-mula meluahkan keperitan hidup yang dilalui di aplikasi TikTok, dia memang amat memerlukan sokongan bekas suami untuk memberi nafkah kepada anak-anak kerana sebab ketika itu dia sakit.

"Saya memang terlantar sakit ketika itu, tambahan pula, sudah berbelas tahun saya menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak dia.

"Saya hanya mengharapkan pertolongan dia untuk anak-anaknya, bukan untuk saya. Dia tidak ingat saya pun tak apa, tetapi janganlah dia melupakan tiga anaknya ini," kata bekas Pramugari Penerbangan Malaysia dan AirAsia itu.

Sementara itu, Cliff ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menyifatkan ia masalah peribadi.

"Minta maaf. Ini masalah peribadi dan saya selesaikan dengan dia (bekas isteri) sendiri. Saya harap orang lain hormat keputusan untuk tidak masuk campur dalam hal peribadi saya," katanya kepada Harian Metro. -CARI

Sumber: Harian metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-2-2023 05:54 PM
you go acikk... tuntut lah selagi boleh... memang engkau ada hak.. si cliffhanger hujung2 duk mendadihhh balikk... baik ko perabih duit dia dulu sebelum dia habis kat dadih...
Quote alieyrina 7-2-2023 06:16 PM
Kesiannya kat anak2 .. rrasa tak boleh tggungjawab lenkali tak payahla duk beranak pinak klipp oii
Quote Pujangga22 7-2-2023 06:25 PM
ni bini yg first erkk
Quote pocongkiutss 7-2-2023 06:43 PM
Sapo mamat ni
Quote Sachacha 7-2-2023 06:43 PM
Bagus viral mcm ni...ntah apa pulak alasan kelip tu nnt
Quote Orix 7-2-2023 06:47 PM
juara plg frozen...
Quote armin 7-2-2023 06:56 PM
Memang tak dapat nya.. jantan keparat tak bayar nafkah xde kena apa pun dgn jabatan agama
Quote Suchi 7-2-2023 07:09 PM
Dulu dia ada masuk forum gak kan?
Ex laki pun lepas menang GV senyap je takde penampakkan dah.
Duit 100k tu tah ada lg ke idak bkn byk pun.
Quote ujio 7-2-2023 07:46 PM
Buat aniaya anak orang, anak sendiri. Kesiannya ex-wife dgn dugaan kesihatan anak2 lg..
Quote ujio 7-2-2023 07:48 PM
pocongkiutss replied at 7-2-2023 10:43 AM
Sapo mamat ni

Ex-vokalist kump. Projek Pistol sekali dgn Edrie
Quote kalchi 7-2-2023 07:51 PM
Boy ni lps GV tak sambung nyanyi club balik ke. Ni la org lelaki. Tau kawen dua tiga (yela mmg cliff bukan kawen dua tapi skrg dah kawen lain lps cerai) tapi takda rasa tggjwb. Anak special tu dahla perlukan attention lebih, perbelanjaan pon lebih
Quote Belibis 7-2-2023 08:25 PM
pocongkiutss: Sapo mamat ni

Tq sebab tolong tanya..
Quote airmineral 7-2-2023 09:54 PM
iols xkenal sapa mamat ni

tp kejam wei buat bini dgn anak cmtu

sket hari lagi diri sdr da tua, jgn minta kesian org pulak

tunaikanlah tggjwb tu sbg BAPA
Quote izat123 7-2-2023 10:12 PM
Kadang kadang kesian tengok nasib perempuan macam ni. Kalau dia tak kahwin dengan lelaki sampah macam Cliff ni entah entah dia still jadi pramugari, ada duit sendiri ataupun dah kahwin dengan lelaki yang jauh lagi okay. Ni dah tersilap pilih, anak pula tiga-tiga anak istimewa (dugaan dia Allah bagi). Haih. Kalau tak kuat boleh sakit mental ooo. Semoga dipermudahkan segala urusan dia.
Quote Dolmat 7-2-2023 10:44 PM
Ni antara contoh jantan hanats keparats .
Quote Nenolen 7-2-2023 10:46 PM
berat sungguh dugaan mu dik…
Quote Skyline_84 8-2-2023 12:18 AM
Kesiannya anak2 dn bini dia.. Tk guna punya jantan keparat ni... Tk kenal la sape dia ni.. Nma pun tk brjenis.. Nk sama mcm sangkut bju
Quote mamastoney 8-2-2023 12:27 AM
Kesian kat ex bininya, nampak sgt2 struggle cr duit nk besarkan anak2 yg under category OKU. Teringat dulu didie alias pun usaha gigih besarkan anak, bezanya ank2 didie sempurna akal dan bijak2.
Quote doubleA 8-2-2023 12:30 AM
Siannya, iols doakan yg baik2 utk acik zurini. Anak istimewa bukan senang nak bela, kena kuat mental fizikal, anam dia plak 3-3 istimewa. Pakai kancil dan rumah menyewa, memang marhaen sangat. Clif umar ni dah la mualaf, juara gv pun frozen habis, mendadih ke

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078397 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top