Kehilangan insan tersayang dalam kehidupan sudah tentu meninggalkan parut yang mendalam. Akibat terkesan jiwa dan emosi, duka yang menyelubungi hanya boleh diatasi jika seseorang itu mampu berdamai dengan takdir.
Namun begitu, perkara tersebut bukannya mudah untuk dilakukan sepertimana perkongsian pemuda ini mengenai sahabatnya yang sedang melalui fasa berduka selepas teman wanitanya dijemput Ilahi. Melalui satu video tular di TikTok, pemuda dikenali sebagai Hilmie menunjukkan keadaan rumah rakannya yang seperti dilanda badai, mencerminkan ribut di jiwa. "Melawat kawan aku yang masuk tujuh bulan single... maaf biar kau sendiri. Ya Allah tak sanggup nak tengok. "Sebab seorang wanita kau jadi macam ni wahai sahabat. Seolah-olah tiada lagi hati untuk hidup. "Aku decide nak tolong kemas semua dan suntik semangat untuk dia hidup, arwah teman wanita dia dah tujuh bulan meninggal dunia tapi kawan aku masih tak boleh move on," tulis Hilmie dalam videonya.
Berdasarkan video yang dikongsikan itu, dapat diperhatikan keadaan bilik tidur sahabatnya yang tidak terurus dengan setiap barangannya bersepah di atas lantai dan juga katil. Selain itu, jeriji tingkap bilik tidur itu juga dijadikan sebagai ampaian 'tangkap muat' untuk menggantung sejadah, sarung tangan dan tali pinggang. Hilmie kemudiannya menunjukkan setiap barangan sahabatnya yang ternyata mempunyai nilai sentimental tersendiri walaupun dilemparkan merata di segenap sudut bilik. "Dia menabung untuk halalkan awak," tulis Hilmie sambil menunjukkan balang coklat yang dijadikan tabung duit. Selain itu beberapa barangan lain yang mempunyai kaitan dengan arwah teman wanita rakannya turut dikongsikan Hilmie. Barangan yang membuatkan sahabat Himlie berasa dekat dengan arwah teman wanitanya. "Dia simpan semua hadiah yang arwah bagi. Patung gajah ni, teman wanita dia yang bagi. "Helmet motosikal ni yang mereka selalu pakai sama-sama. "Ini kalendar tapi bukan kalendar biasa-biasa, dia ada bulatkan satu tarikh yang mereka putus hubungan. "Hari Raya Aidilfitri yang ketiga tahun lepas... tarikh dia meninggal. "Arwah sempat hadiahkan kawan aku ni sejadah, kain pelikat dan buku panduan solat untuk minta kawan aku belajar solat," terang Hilmie mengenai signifikan setiap barangan itu. Hilmie seterusnya menunjukkan bukti yang sahabatnya sememangnya sedang meratapi pemergian arwah teman wanitanya. "Penuh kotak tisu atas katil jadi saksi. Sedihnya dia hanya Allah je yang tahu. "Makan tidur semua atas katil. "Dulu seorang yang menjaga keterampilan," ujar Hilmie sambil menunjukkan dumbel yang digunakan untuk aktiviti kecergasan. Melihat kepada ruangan kapsyen, Hilmie sempat memberikan peringatan bahawa hidup harus diteruskan walaupun yang tersayang sudah tidak lagi bersama kita. "Bukan semua kuat untuk terima takdir, tapi kehidupan ni tetap kena teruskan walau pahit untuk ditelan," ujar Hilmie. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memahami perasaan yang dihadapi sahabat Hilmie itu. "Tak mudah sebenarnya nak move on, hanya yang pernah lalui je faham betapa peritnya hilang orang yang kita sayang sebab meninggal dunia. "Betullah lelaki kalau dah sayang, dia akan sayang betul-betul. "Apabila putus sebab orang ketiga, kita boleh benci sebab dendam. Tapi kalau berpisah sebab meninggal dunia, tak tahu nak lepas ke siapa, nak marah tak boleh, nak suka pun tak boleh," kata sebilangan warga maya. -CARI Sumber: mStar Online
|
Carcosa replied at 7-2-2023 08:11 PM
Errrr.... Tissue atas katil tu mcm guna buat lain je
ADVERTISEMENT