Tular di media sosial, seorang pengguna Twitter menyampah dengan cara seorang influencer memberikan motivasi kepada orang ramai dengan cara terjerit-jerit. Caranya didakwa kurang sopan bahkan membuatkan orang lain berasa meluat memandangkan dia bercakap seperti tiada orang lain di sekitarnya.
Dakwa seorang individu, influencer itu kerap datang ke sebuah kafe dan merakam videonya di sana. Dengan bersuara kuat dan acah-acah ‘savage’, influencer tersebut dikatakan menganggu ketenteraman awam yang berkunjung ke kafe berkenaan. Malah para pekerja di kafe tersebut juga berasa kurang selesa kerana dia dikatakan kerap berada di sana dan membuat bising hingga menggangu orang lain. Difahamkan influencer itudatang bersama dua orang lagi kenalannya yang membantu merakam video ketika dia ingin membuat konten memberi motivasi kepada pengguna media sosial. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen yang merasakan hal sama kerana video motivasi influencer itu kurang sedap didengar berikutan tindakannya bercakap dengan nada kuat.
Ada juga mempersoalkan mengapa influencer terbabit membuat video di tempat umum seperti kafe kerana ia boleh menyebabkan para pengunjung berasa tidak selesa lebih-lebih lagi mendengar suaranya. -CARI |
ADVERTISEMENT