CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Bimbang, Ayam Cukup Tahun Ini Tak Macam Tahun Lalu'

7-2-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 421| Komen: 3

Walaupun berlaku kebimbangan mengenai kekurangan bekalan ayam pada musim perayaan Aidilfitri, Presiden Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Tan Chee Hee berpendapat keadaan itu tidak akan berlaku.


Beliau berkata, penternak dan pengusaha biasanya akan membuat persediaan awal untuk hari-hari perayaan dan menambahkan pengeluaran.

Katanya, dengan bekalan daripada pengusaha makanan diproses yang berasaskan ayam, keadaan kekurangan dijangkakan tidak akan berlaku.


BERNAMA

“Keadaan (raya) tahun lalu adalah paling kritikal, tetapi keadaan sama dijangka tidak berlaku pada tahun ini. Pihak penternak juga tahu keadaan semasa,” katanya kepada China Press.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kemungkinan berlaku kekurangan bekalan ayam semasa perayaan Aidilfitri.

Selain permintaan yang dijangka melonjak menjelang raya, kos pengeluaran termasuk harga anak ayam yang meningkat dilaporkan mungkin menyebabkan penawaran tidak dapat menampung permintaan yang tinggi semasa Aidilfitri.


Chee Hee berkata, walaupun pengeluaran berkurangan disebabkan kawalan pergerakan sebelum ini, tetapi keadaannya sudah semakin pulih selari dengan peralihan masa.

Katanya, bantuan subsidi daripada kerajaan juga membantu memulihkan pengeluaran daging ayam ke tahap normal.

“Walaupun harga anak ayam mahal sedikit, tetapi penternak boleh melakukan penyelarasan dan mereka boleh menampung permintaan tinggi semasa Aidilfitri,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-2-2023 08:34 PM
yg mana ayam cukup tu tolong supply kt fast food ayam tu. saiz dia kecik betul. geram sungguh. tolong supply mak ayam bapak ayam . dh macam ayam baru akil baligh terbantut tumbesaran tak cukup inch.

sedih hidup bila nak makan ayam kontot. please lah nak jual ayam bagi sizing okey.
Quote ina_na 7-2-2023 08:37 PM
Bt je raya terkejut mcm thn lps. Aku tgh window shopping trs ter shopping bahan basah,mslhnye ayam lupa nk beli.  Jd nye raya ke x ke,dah lupa nye pasal sambut je la pe ade nye. Hehehehe
Quote noor2 7-2-2023 08:42 PM
Aku harap aku dpt la ayam kg raya ni....mmg dah x beli ayam biasa...rasa dia x sama..ayam kg jauh sedap

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.126785 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top