CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

King Of The Road, Myvi ‘Ditundukkan’ Peniaga Restoran Bolot Parkir

7-2-2023 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2562| Komen: 23

Nampaknya, kedudukan kereta yang diberi jolokan 'King of the road' terjejas gara-gara tindakan 'cop parking'.

Mana tidaknya, sebuah kereta Myvi di hadapan sebuah kedai makan tidak dapat dialihkan gara-gara-gara pengusaha premis itu meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir.


Situasi ini menunjukkan bahawa isu 'cop parking' tidak berkesudahan, malah ia bukan lagi hanya berlaku di kawasan perumahan.


Kerusi kedai makan turut diletakkan di atas kereta Myvi.

Tular beberapa foto menunjukkan sebuah kereta Myvi 'disekat' di kawasan parkir di hadapan restoran yang menempatkan meja makan untuk pelanggan.

Kejadian dipercayai berlaku di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tindakan pengusaha restoran itu termasuk pekerjanya hanya menyusahkan orang ramai yang mahu menggunakan kemudahan parkir disediakan untuk orang awam.



Kereta Myvi disekat dengan kerusi dan meja tambahan di kawasan parkir.

Malah, beberapa gambar turut menunjukkan sebuah kerusi diletakkan di atas kereta Myvi berkenaan.

Selain meja dan kerusi tambahan, turut dipasang di petak parkir hadapan kedai makan itu adalah khemah besar.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pengusaha restoran tersebut dan menganggapnya sebagai perbuatan khianat.



Selain itu, segelintirnya mempersoalkan sama ada restoran berkenaan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meletakkan meja dan kerusi tambahan di sepanjang tapak parkir kenderaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 7-2-2023 05:01 PM
Myvi tu tengah tido... berani la.
Quote Kitty_catz 7-2-2023 06:46 PM
meols penah kena gak , tak tahu deme set up table pukul 4, meols pi bank balik dlm 4.15, dah banyak kusi2 keliling

cam harey jah
Quote Skuau 7-2-2023 07:41 PM
apabila...'kesalahan tu...boleh dibayar...takut apa'.
Quote ctaz 7-2-2023 07:59 PM
suda bayo maaaaa....
pbt leh buat2 buta
Quote gekkou 7-2-2023 08:22 PM
pbt pun mai datang makan ctu
ddk plak kat kaki lima
Quote Zeatyisaac 7-2-2023 10:32 PM
ctaz replied at 7-2-2023 07:59 PM
suda bayo maaaaa....
pbt leh buat2 buta

Lain kali bayar petak Merah. Bukak sepanjang hari pun okay. Ini kedekut tapi nak berniaga, macamana rezeki nak lebat. Haremmmmm
Quote syamzana 7-2-2023 11:03 PM
bodoh di mana-mana
Quote oranjes 8-2-2023 08:57 AM
aku penah kena park kat parking dpn bank of china yg dibuat foodtruck harga yahudi tu. aku park dari 7am ada keje sampai 8pm, turun2 dh penuh krusi meja foodtruck pastu semua (dgn pelanggan2) memandang sinis. yg dbkl pun bagi org meniaga area parking dah kenapa. dah la parking pun harga yahudi bukan free.
Quote Kilian 8-2-2023 11:06 AM
I pernah kena kat tapak pasar malam. I park kereta kt parking lot tu sbb berhadapan Workshop. Kereta I rosak malam pagi so I biar jela kereta kat situ tggu sampai bengkel bukak baru I pg settlekan. Rupanya that day bengkel tutup. And worst case lot parking I tu lot org meniaga ayam mentah. Mmg sengaja eh peniaga tu siram n percik2 kan air ayam yg hanyir kat atas kereta n cermin kereta. Betul perangai dajal. MMg I doakan semoga lingkup jela bisnes dia.
Quote blakcswan 8-2-2023 11:23 AM
i pernah sound bdk kedai..masa nk amik ank sekolah.meja dah siap susun kat paking. i paking betul2 dpn meja tu..i sound bdk tu jgn letak meja kerusi kat paking, i nk paking x blh i is marah...nti majlis bg kompoun...haaaa..esoknye dah x de lg dah...
Quote sagiman91 8-2-2023 11:31 AM
TEKAN REMOTE ALARM... PEDAJAL BALIK TUAN KEDAI TUH...
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 11:32 AM
macam setan perangai
Quote iman_kasih 8-2-2023 11:34 AM
Penah kena jugak..malas panjang2 say sorry je.
Quote hareeeesah 8-2-2023 11:39 AM
oranjes replied at 8-2-2023 08:57 AM
aku penah kena park kat parking dpn bank of china yg dibuat foodtruck harga yahudi tu. aku park dari ...

Tapi situ half side ja trucknya half lg mmg parking.. mmg ada line situ dorg letak. Tapak tu mmg sewa & pulak private property dbkl no say ler
Quote renko 8-2-2023 11:41 AM
Kilian replied at 8-2-2023 11:06 AM
I pernah kena kat tapak pasar malam. I park kereta kt parking lot tu sbb berhadapan Workshop. Kereta ...

harap mampos je peniaga tu
kubur kena jirus dengan darah ayam
Quote ninja boy 8-2-2023 11:47 AM
Edited by ninja boy at 8-2-2023 12:00 PM

Ai mmg x akan singgah kedai mkn yg parking susah, kedai makan yg curi parking, kedai yg kena byr parking setakat pergi kedai x sampai 5min, sebaliknya pergi yg parking percuma supermarket market fast food pandu lalu parking yg majlis x check kupon biasa kawasan sendu, kena bekerja company ofis di tanah persendirian tiada kos parking
Quote TomyamPuteh 8-2-2023 12:42 PM
DBKL tido ke? Ke dh kenyang mkn free?
Quote DARSITA 8-2-2023 03:03 PM

Aii pernah kena .. dkt Kinrara (lamaaaaa dah). Dulu kan ada pasar malam (tak ingat hari apa). Aii masuk Bank Simpanan Nasional .. bila keluar aii tgk kereta dah hilang. Cari cari .. peniaga di situ beritahu kereta aii dah ditolak ke sekian kawasan. Dia orang ckp bagus aii tak tarik hand break jadi dia orang boleh pakat pakat tolak kereta.

Aiyoo very the scary :-)
Quote prettyuglybabe 8-2-2023 03:20 PM
siapa la selera makan kat chow kit tu..
sah sah kedai indon..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047785 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top