CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Serik, Tapi Ayda Jebat Takkan Sertai Pertandingan Berbentuk Realiti Lagi

7-2-2023 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4926| Komen: 47

“Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi.”

Demikian keputusan pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang mengumumkan setakat ini, dia tidak mahu menyertai mana-mana pertandingan hiburan berkonsepkan realiti sejurus tamat Famili Duo, malam tadi.



IG

Ayda,30, bagaimanapun masih terbuka untuk terlibat dalam sebarang pertandingan yang tidak memerlukan komitmen mingguan.

“Saya beritahu jujur. Sebenarnya masa, energi dan kreativiti itu kita tak boleh nak… Macam mana nak cakap ya.

“Saya rasa sudah cukuplah. Maksud saya, yang berbentuk realiti.

“Kalau Anugerah Juara Lagu itu lain, insyaAllah. Yang bukan perlukan komitmen pada tiap-tiap minggu,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia turut berkongsi hal tersebut dengan suami, Nabil Mahir yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya sebelum ini, jawab Ayda;


“Saya tidak beritahunya lagi (mengenai keputusan tersebut). Tapi saya rasa dia mengenali saya seorang yang bagaimana.

“Cukuplah setakat ini. Tidaklah serik… tapi buat masa sekarang biarlah saya beri fokus terhadap perkara lain pula selepas ini,” katanya lagi.

Terdahulu dalam saingan malam kemuncak Famili Duo musim kedua yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam, Ayda dan adiknya Fyna Jebat (The Jebats) diumumkan sebagai Naib Juara.



Pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah muncul juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh duo Bella Astillah & Wany Kayrie dan Naim Daniel & Sissy Imann.

Famili Duo musim kedua bersiaran selama lapan minggu dan bagi edisi kali ini, ia menampilkan tujuh pasangan selebriti yang berentap setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan.

Pemarkahan ditentukan oleh juri tetapnya, Ajai dan Mas Idayu sebanyak 80% sementara 20% berdasarkan undian atas talian oleh peminat.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 7-2-2023 03:48 PM
Halah halahhhh..tk dpt jd juara terus keluar mcm2 statement. Habis 150k laa.. tk nak masuk dah pertandingan realiti laa.. Adat bertanding ada yg kalah ada yg menang. Kata enjoy. Ni la akibatnya bila terlebih over confident
Quote adeqbun 7-2-2023 03:55 PM
Move on jelah..mcm la vokal tu terpaling hebat..dgn kes adik ko lg...xnak masuk sudah..padahal ko pon lahir dr pgram realiti jugak
Quote doubleA 7-2-2023 04:08 PM
Edited by doubleA at 7-2-2023 04:57 PM

Ko bukan level aina bedol ke tokti ke ko tak nyanyi dah pun bukan kehilangan besar pada industri. Merempan sebab rasa hadiah 20k tak berbaloi kot. Lain kali jangan accept dari awal, bebal sgt ke tak baca agreement atau jumlah hadiah sebelum accept?
Quote She-Ra 7-2-2023 04:17 PM
dia dgn fyna ok je cuma bila ko dh terlalu hover konpiden boleh menang, ginilah jadinya
siapa suruh berhabis naw naw, man man sudehhhhh

jauh beza yg juara dgn kedua
kedua ketiga keempat, rapat2 je dlm 5k beza
Quote Dzahin_poch 7-2-2023 04:18 PM
Sb ko pon x leh performed .. kena lah terima kenyantaan x kan menang.. nak sentap2 pg main saidina je lah.. main tipu pon boleh menang hahahha
Quote KamikuP 7-2-2023 04:30 PM
Edited by KamikuP at 7-2-2023 08:31 AM

Jauh di sudut hati kuciwa yg teramat sgt mana tak ralat dah RM150k terbuang gitu shj hujung2 menang RM20k jahh.. ekekeke
Quote princessmiang 7-2-2023 04:44 PM
Eloklah bakat kau pun buat orang serik tgk tv
Quote Bawang123 7-2-2023 04:45 PM
Sewajarnya
Quote MatDeghem 7-2-2023 04:51 PM
Salah juri. puji melambung lambung. bagi markah 100%. Mana tak confident.

Akhir nya Malaysia pilih anak2 Pak Jamal
Quote KelisaOren 7-2-2023 04:52 PM
Elok la tu rimas tengok kau menyeringai atas stage tiap2 minggu
Quote babelina 7-2-2023 04:52 PM
dia mmg x bole tima kekalahan kn.. adat bertanding dik.. mmg la gitu..
Quote dudaberhias 7-2-2023 04:53 PM
bagus la kau berhenti dikkk...

hakak tengok kau pun terus kalih ke channel animal planet tengok binatang...
beriya betul mekap semua bagai ala2 pondan drag kat kelab malam...

ko yang gigih nak perabih duit ratus2 ribu... lepastu nak salahkan orang sebab tak menang...

tu fyna tu dah gigih berebut botoi kicap orang... cuba la mintak tolong... takpun mintak faraid awal2 untuk bayar kos tu... memang la untung takde tapi balik modal pun dah cukup
Quote scarflicious 7-2-2023 04:59 PM
Eloklah. We all pun x mau tgk muka u tiap2 minggu keluar tv.
Quote makadek 7-2-2023 05:08 PM
20k tu 2hr aku shopping setel
Quote 3chanceno 7-2-2023 05:08 PM
Bagus kalau gitu...adik beradik boleh tumpu pada famili masing2 terutama fina tu...maklumlah fina masih perantin baru
Quote alieyrina 7-2-2023 06:23 PM
Sentapp sampai mcm tu sekali haahahaa

Takdak org feedback ka perfomance depa ni. Aku pun x sure cemana juri leh tehibur
Quote margo20 7-2-2023 06:24 PM
Eleh frust menonggeng lettew sbb tula jgn usik family org eh tiber
Quote Hoola 7-2-2023 06:59 PM
Edited by Hoola at 7-2-2023 07:03 PM

elokla
tumpukan kpd buat 13anak sptmana katamu dulu
dan sorg lg tumpukan pd tugasmu sbg isteri ke2

gitulah hrpn kbykn netijem
Quote red_velvet 7-2-2023 07:44 PM
Edited by red_velvet at 7-2-2023 07:46 PM

Nyanyi pada syurga diwajahmu terjerit2 terlolong2 macam nampak pocong.. sebijik macam nuhauk masa nyanyi lagu kau kekasih awal dan akhir ritu... Bajet epic habis la performance terjerit jerau camtu.. rasa nak lempang je..  ko dress up la macam mana sekalipun, kerawang penuh sampai lelangit pun, tetap rupa rosnah mataris jua.... Lebih baik bersara dekkkkkk.. nak nyanyi kat AJL? Lagu ko pun tangkap muat macam persembahan budak tadika..berangan masuk AJL

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039489 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top