Suami kepada pelakon Emma Maembong iaitu Muhammad Shazli Azhar mencuri perhatian netizen apabila meniru gaya isterinya. Menerusi perkongsian di TikTok @themariposa7, suaminya meniru cara percakapan serta gaya Emma berjalan.
Di dalam video tersebut, Shazli mendukung anak, pergi ke salon rambut, makan telur separuh masak dan memesan makanan dengan keluhan sama yang Emma sering lakukan. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan lakonan tersebut dan tidak menyangka bahawa suami Emma seorang yang kelakar. “Masuk air juga laki mu mek oi. “Biasa aku tengok senyap je. Hari ni baru tahu macam ni rupanya laki Emma Maembong ni.
“Dah lama sangat dia pendam ni,” komen netizen. |
ADVERTISEMENT