CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ubai Tak Kisah Bakal Isteri Tua 7 Tahun, Belum Bawa Shila Amzah Jumpa Keluarga "Kami Banyak Persamaan"

7-2-2023 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11379| Komen: 107

Pempengaruh TikTok, Ubai mengesahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi terkenal, Shila Amzah sejak tahun lalu.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.


Foto: IG

"Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014.

"Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).

"Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.

"Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok," katanya ketika dihubungi Harian Metro.




Menurut Ubai, pendedahan dibuat Shila pada sesi siaran langsung di TikTok adalah secara spontan selepas 'diasak' oleh peminat dan disaksikan lebih 13 ribu pengikut.

"Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.

"Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama.

"Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.

"Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini," katanya.


Semalam Shila dan Ubai mendedahkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi teka-teki.

Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.



Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 7-2-2023 02:41 PM
Ya Allah...aku tengok budak ni kat bedeo tu cam tak siap je kalau betul la nak dibuat laki. Jauh dari sekufu.
Quote tuttt 7-2-2023 02:43 PM
Bapaknya shilalat restu dak ni hahha
Quote SherryZass 7-2-2023 02:48 PM
"Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014.

Sekarang umur dia 25 tahun. Kalau 9 tahun dulu, 16 tahun.
Quote prizadane 7-2-2023 02:51 PM
Okay semoga kekal lah jodoh dengan Ubai ni ye silalat. Semoga direstui juga oleh pak ND lala
Quote myvi132806 7-2-2023 02:52 PM
Alahaaiii dek.
Kau nk senyum ke x senyum tu ? Hahaha????????
Quote talia 7-2-2023 02:56 PM
SherryZass replied at 7-2-2023 02:48 PM
Sekarang umur dia 25 tahun. Kalau 9 tahun dulu, 16 tahun.

i pun baru kira td  
Quote anony-mous 7-2-2023 02:58 PM
Xpe la, i pilih nanaz lg
Quote kakakmanis 7-2-2023 03:02 PM
Budak higusan mana pulak ni dia pilih. Aduhaiii.

Igtkan bila dah bangkit dr kegagalan rumahtangga, dia cr laa yg herlokkkk sikit atau lebih semenggah orgnya.

Tapiii saiyanggggggg
Quote dua_chzy 7-2-2023 03:03 PM
Dari Shanaz ke ex laki kau ke bubai ni.

Erm. Downgrade abis tanda desperate ke apa nok?
Quote Cpkay 7-2-2023 03:05 PM
asalkan dapat restu keluarga  .. itu yg penting.. tak payah sibuk nk cari yg graduate obersea or keje obersea..
kat malaysia ni ramai yang herlok
Quote hasniey 7-2-2023 03:05 PM
Ko giler ke shila??
Budak2 sgt yg ko pilih pon.
Quote Cokoro 7-2-2023 03:07 PM
Muka budak2 sgt. Janganlah sbb rebound
Quote kaseh80 7-2-2023 03:17 PM
Shilalat nak main pondok pondok ke ?
Quote Afie13 7-2-2023 03:19 PM
Edited by Afie13 at 7-2-2023 03:20 PM

Lol budak lagi baru 25. Ingatkan beza umur 4 tahun tapi rupanya 7 tahun nampak mcm kakak dgn adik je bila duduk sebelah gitu
Quote meteorspeed 7-2-2023 03:20 PM
Aku tgk mcm budak tak matang pun ado.. Adoi pilih la yg elok sikit wei
Quote cikatilia 7-2-2023 03:24 PM
lain maciam taste shila kali inih
Quote Miss.Rara 7-2-2023 03:26 PM
ubai kena ubah style rambut lagi pendek..

style nie nampak macam rambut cendawan... nampak benorrr macam budak blom baligh..

hahahhaha
Quote babyorange 7-2-2023 03:45 PM
Afie13 replied at 7-2-2023 03:19 PM
Lol budak lagi baru 25. Ingatkan beza umur 4 tahun tapi rupanya 7 tahun  nampak mcm kakak dgn ad ...

Helok lagi si fatah...wlpn 7thn jgk kan beza ngn fazura?
Quote Lavender_Violet 7-2-2023 03:50 PM
Cemana si Xila ni tetiba boleh kurus?
Cepat beno ye boleh panggil 'Yang' kat boifren sheols

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.059389 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top