CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu Tukang Masak Pukul Majikan Sampai Direman Tujuh Hari

7-2-2023 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 766| Komen: 3

Seorang pembantu tukang masak lelaki yang disyaki memukul majikannya sehingga menyebabkan kematian di Jalan Stadium di sini, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata suspek yang berumur 55 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.



BERNAMA

“Polis masih sedang menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa daripada pihak hospital. Semakan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

“Setakat ini, terdapat kira-kira lima saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan berhubung kes yang berlaku itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang pembantu tukang masak lelaki dipercayai bertindak menumbuk dan memukul majikannya yang berumur 68 tahun menggunakan sebatang kayu dalam pergaduhan di belakang sebuah restoran di Jalan Stadium pada 5.15 petang Sabtu (4 Feb).


Mangsa, Ishak Othman, dikatakan tiba-tiba rebah sebaik sahaja pergaduhan dengan suspek berjaya dileraikan ahli keluarga masing-masing sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.


Sinar Harian

Difahamkan, punca pergaduhan adalah apabila suspek berang kerana isterinya dimarahi mangsa dipercayai berkaitan pinggan mangkuk yang dicuci.


Sumber: BERNAMA



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 7-2-2023 12:42 PM
sakit jantung ler barangkali
Quote lanacondor 7-2-2023 02:57 PM
Xpuas ati berhenti je la..cri kje lain..Ikut kan baran xpasal2 dh jd kes bunuh..
Quote supernaturalee 7-2-2023 03:04 PM
dikatakan tiba-tiba rebah sebaik sahaja pergaduhan dengan suspek berjaya dileraikan ahli keluarga masing-masing



blh jd sangkut blh jd lepas


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.247287 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top