CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet

21-9-2015 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6900| Komen: 3



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://i.imgur.com/PVQJD.jpg


Berat badan berlebihan adalah masalah yang semakin serius dalam masyarakat di Malaysia hari ini. Malaysia adalah 'jaguh' di Asia Tenggara untuk masalah obesiti.


Ramai mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan. Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang ramai adalah melakukan 'diet' dengan kaedah salah.

sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/


Sesetengah daripada kita yang ingin menurunkan berat badan akan mula melakukan 'diet', yang bermaksud tidak makan secara tiba-tiba atau berpuasa secara melampau. Kaedah ini tidak sihat dan membahayakan kesihatan. 


Menurut kajian Harvard Medical School, kaedah pemakanan sihat dan boleh menurunkan berat badan secara sihat dan beransur-ansur serta kekal lebih lama adalah dengan makan secara seimbang.


sumber foto : https://norlizabpsrt.files.wordpress.com/


Pemakanan seimbang yang disaran adalah dengan mengambil karbohidrat sihat yang kaya dengan serat, indeks glisemik (GI) rendah, makan lebih sayur dan buah.


Seseorang juga perlu meninggalkan 'makanan proses' yang tinggi gula, tinggi asid lemak trans dan tinggi karbohidrat halus yang mempunyai indeks glisemik tinggi.


Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kanola, minyak kelapa atau santan juga baik untuk kesihatan. Minum air mineral, kopi O dan teh O tanpa gula adalah kaedah minum secara sihat.


Secara umumnya, Harvard Medical School membuat satu gambar rajah panduan pemakanan sihat berbentuk 'pinggan makan' yang dipanggil 'Healthy Eating Plate'.


sumber foto :http://2.bp.blogspot.com/


Kaedah ini diikuti di Amerika Syarikat yang dipanggil 'Choose MyPlate.gov' dan di Malaysia dipanggil sebagai 'Model Pinggan Sihat'.


Berikut adalah "Rahsia menguruskan badan tanpa berdiet" yang terbukti berkesan dan selamat : 



* Menurunkan berat badan hanya dengan bersenam
Senaman penting untuk menurunkan berat badan, tetapi bergantung kepada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan adalah usaha sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal jumlah makanan dan kalori makanan menyebabkan berat badan susah turun, malah bertambah.

sumber foto : http://w1.bharian.com.my/


Ini kerana ramai mengira kalori yang dibakar apabila bersenam dan menyangka dengan kalori yang dibakar, tidak perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Jika ingin menurunkan berat badan secara maksimum, jumlah pemakanan seharian masih perlu dikawal walaupun anda bersenam.



* Memilih produk 'rendah lemak'
Kita selalu memilih makanan atau produk yang dilabel sebagai 'rendah lemak' dan merasakan ia baik untuk kesihatan dan boleh membantu menurunkan berat badan.
Hakikatnya, produk itu sebenarnya mempunyai nilai kalori tinggi kerana kandungan gulanya sangat tinggi. 

sumber foto : https://s2.yimg.com


Pengeluar produk ini mengurangkan lemak dalam produk mereka tetapi menambah kandungan gula untuk membuatkan produk ini lebih sedap. Kajian sains mendapati lemak mono tak tepu (kekacang, avocado, minyak zaitun) dan lemak Omega 3 dari ikan baik untuk menurunkan berat badan.



* Memilih minuman 'diet'
Kajian mendapati pengambilan minuman 'diet' menyebabkan masalah berat badan dan kencing manis walaupun kalorinya lebih rendah. 

sumber foto : https://docakilah.files.wordpress.com/


Satu kajian di Texas Health Science Center di San Antonio, Amerika Syarikat mendapati seseorang yang mengambil minuman 'diet' menghadapi sehingga 70 peratus peningkatan saiz pinggang daripada seseorang yang mengambil minuman biasa. Kajian sebelumnya juga mendapati, risiko obesiti bertambah sehingga 41 peratus untuk penggemar minuman 'diet'.


Menurut pakar pemakanan, fenomena ini berlaku kerana pemanis tiruan aspartame yang rendah kalori dalam minuman 'diet' meningkatkan selera makan dan menghalang otak mendapat 'isyarat kenyang' apabila perut penuh. Minuman terbaik untuk menurunkan berat badan ialah air mineral.


sumber foto : http://www.indeksmedia.com/


Jika anda gagal dalam percubaan pertama untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu cepat mengalah. Kajian mendapati seseorang yang hanya cuba menurunkan berat badan mendapat faedah kesihatan walaupun gagal menurunkan walau sedikitpun.


Jadikan matlamat untuk mendapat kesihatan baik sebagai sebab utama menurunkan berat badan kerana kesihatan baik akan terpancar sebagai kecantikan sebenar.-CARI Infonet

23

Bagus
16

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
28

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 21-9-2015 05:03 PM
yelah yelah..
Quote mizkajura 22-9-2015 08:42 AM
jom berdiet hehehehe
Quote kamarul79 22-10-2015 06:59 AM
Edited by kamarul79 at 22-10-2015 07:03 AM

Gaya hidup yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti bersukan menyebabkan kegemukkan. Di tambah plk dengan cara pengambilan makanan yang tidak seimbang membuatkan kita mudah di serang pelbagai penyakit kronik.

Dapatkan tips dan cara mudah untuk turunkan berat badan..
Ubah gaya hidup dan cara pemakanan anda mulai sekarang.
Tanamkan azam dan semangat untuk buang lemak berlebihan dan lakukan transformasi baru untuk badan anda

Layari disini untuk dapatkan tips dan nasihat kesihatan secara PERCUMA!!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049724 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top