CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebam Sana Sini, Pelanggan Runsing Tengok Isi Ayam Goreng KFC

7-2-2023 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2138| Komen: 15

Pernahkah anda ternampak warna seperti kesan lebam pada isi ayam?



Secara tidak langsung, pastinya terlintas pelbagai persoalan di minda mengenai punca mengapa isi ayam menjadi sedemikian, sebagaimana situasi yang dialami seorang individu ini ketika menikmati hidangan tersebut di sebuah restoran makanan segera.



Antara teori dan spekulasi lucu netizen.

"Lebam sana, lebam sini. Kadang-kadang terfikir, apalah jadi dekat ayam ni sebelum dia jadi KFC," demikian tulisnya pada hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Harini.

Individu tersebut turut memuat naik sekeping gambar memaparkan dua ketul ayam goreng yang dipesannya kelihatan bertompok dengan warna seperti merah kehitaman pada bahagian isi dan tulang.


Hantaran tersebut 'meriah' dengan komen netizen yang membuat pelbagai teori dan spekulasi mengenai keadaan tersebut.

"Ini biasanya ayam dah mati sebelum disembelih. Kalau masih hidup sebelum disembelih, ayam segar dan cantik je.

"Saya pernah masak ayam sabung yang kalah bertarung. Ayam tu cedera teruk jadi ayam tu disembelih sebab kalau disimpan, nanti tak hidup lama. Macam itulah rupa apabila dah masak. Lebam sana, lebam sini.


Netizen memberi penjelasan punca daging ayam kelihatan lebam.

"Kalau lebam belah pinggul ke bawah, kemungkinan ayam ni menghidap gout.

"Mungkin ayam ni kena dera," demikian antara pelbagai teori dan spekulasi yang disuarakan netizen.

Namun komen yang dilontarkan oleh seorang netizen merungkai persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya ramai.

"Ayam frozen. Tapi setahu saya KFC hanya guna ayam segar yang baru disembelih. Paling lama simpan dalam chiller pun tak lebih daripada tiga hari. Kalau masih ada yang melebihi tiga hari, ayam tu kena buang. Mungkin mereka guna ayam frozen sebab bekalan ayam segar dari ladang ternakan KFC tak cukup," komen seorang netizen.

Komen tersebut turut disokong oleh beberapa netizen lain dan menjelaskan ayam sejuk beku akan digunakan apabila kekurangan bekalan ayam segar terutamanya ketika musim perayaan.

"KFC guna ayam frozen bila bekalan tak cukup. Contoh musim perayaan. Saya cakap ni sebab pengalaman kerja dengan KFC.



Antara contoh ayam sejuk beku atau ayam kotak.

"Ini ayam kotak. Ayam kotak ni ayam sejuk beku. Selalunya KFC akan dapat ayam sejuk beku apabila musim perayaan atau musim permintaan ayam goreng tinggi.

"Ramai customer tak tahu kan. Kalau dapat ayam tulang yang dah hitam tu maknanya ayam kotak atau ayam sejuk beku.

"Tapi KFC akan sedaya upaya untuk dapatkan bekalan ayam yang fresh. Jika tiada pilihan, ayam kotak jugak pilihanya," demikian antara komen netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-2-2023 12:36 PM
ayam kfc makin kecik sekecil dosa kaka.
Quote aHoi83 7-2-2023 02:29 PM
I syak manager kfc certain branch beli ayam kt pasar then gaul sekali dgn tepong bersama2 dgn ayam yg kfc supply. Sbb masalah ayam kecik tak standard size ni dkt certain2 branch je yg berlaku.
Quote Simunggu 7-2-2023 02:46 PM
aku jarang makan kfc...setahun mungkin 2-3 kali ja itu pun sikit
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 02:48 PM
aku dah lama x mkn kfc
Quote safieyah1984 7-2-2023 04:31 PM
hurmm kalo dapat mcm tu leh tukar x? iolss kalo dapat mcm tu tu terus ilang selera iolss nak makan. kira daging dah busuk tu
Quote supernaturalee 7-2-2023 04:35 PM
x makan ayam kfc ni

tapi klu ada yang nk belanja, makan la jugak

Quote Decaffeinated 7-2-2023 05:34 PM
Ayam tu pun dari golongan ayam B40 kot selayaknya lah


Quote zulfahmimaidin 7-2-2023 05:56 PM
aku dah tak mkn kfc mcd fast food lain, no feel mcm dlu, dlu2 dorang hantar ke meja siap ada pinggan, skrg cashier mcm berlagak..apa dia ingt restoran kfc ni abah dia punya
Quote zulfahmimaidin 7-2-2023 05:58 PM
ayam hormon ni..bg hormon bg cepat besar...elak kn mkn fast food skrg ni..bahaya penuh bahan kimia..cancer nanti
Quote cmf_premierleag 7-2-2023 06:08 PM
Akak dah lama stop makan any fast food
Lg prefer lauk2 kampung masak lemak cili api bagai
Quote bakingsoda 7-2-2023 06:54 PM
yg komen ayam dah mati sblm sembelih tu komen melawak ke?
Quote jejaka_hensem 7-2-2023 06:59 PM
Tapi ayam kfc lagi sedap dari mcd.
Haritu makan golden egg crunch sedap uols,
Quote Lagubestbest 7-2-2023 07:06 PM
semenjak ayam kecik lama dah tak makan kfc. last tahun lepas kut sekali makan dua ketul. tak feel dah.
Quote kakikuDibibirmu 7-2-2023 07:32 PM
Ayam call girl ada lebam-lebam tak?
Quote Orix 7-2-2023 07:35 PM
iols dekat setahun x gi kfc sejak2 coleslaw manjang xde... haritu tergerak pulak nak pegi kfc so iols pun order la ayam golden egg tu dengan coleslaw n colonel rice........... sedappppppppppppppp namatey

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040259 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top