Pengacara popular, Datuk AC Mizal memuji semangat dan kesungguhan pengasas jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang cekal dalam usahanya meluaskan empayar perniagaan yang wajar dijadikan contoh.
Menerusi sesi lintas langsung yang diadakan di butik tiga lot premis niaga terbaharu miliknya Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Datuk AC turut hadir ditemani isterinya, Datin Emylia Rosnaida. “Bukan senang nak cari peniaga Melayu bumiputera macam ini. Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya. Sekarang ini butik Rafidah semakin membesar dan meluas, tahniah. Siap bawa jenama Coach dan lain-lain. “Butik baharu miliknya mengingatkan saya seperti sebuah butik saya lawati ketika percutian di Jepun baru-baru ini, memang sebiji. Malah harga ditawarkan juga lagi murah berbanding di luar,” kata bekas anggota kumpulan 4U2C itu. Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga turut berpendapat, manusia hidup atas satu perkara dipanggil harapan. “Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.
|
prettyuglybabe replied at 7-2-2023 02:56 PM
kalau ori kenapa tak beli dari butik je terus?
murah ke dia jual?
ke fufu?
nena9042 replied at 7-2-2023 12:16 PM
Memang biz dia ni dah elok. Tapi slack bila decided nak jadi anak murid jijan semang
syitaeyqa replied at 8-2-2023 04:09 PM
ori murah sbb dia beli masa sale kt outlet US rasanya. dulu dia PS je kan. Tp harga dia bit higher ...
dua_chzy replied at 7-2-2023 03:06 PM
Ya Allah fesyen sense tokeh kedai barangan fesyen ni pun...
Mekgadis16 replied at 9-11-2023 12:33 PM
True. Dia mahal sikit. I selalu compare harga dia dengan harga PS lain and I always end up dengan ...
ADVERTISEMENT