CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Cabul 17 Kanak-Kanak, Siap Suruh Intai Semasa Buat Seks Dengan Suami

7-2-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1602| Komen: 7

Seorang wanita di Indonesia didakwa terlibat dalam kes cabul terhadap 17 kanak-kanak bawah umur. 

Mangsa terdiri daripada 11 kanak-kanak lelaki dan enam perempuan.

Kompas melaporkan, menurut salah seorang ahli keluarga mangsa dikenali sebagai Eff, suspek dan mangsa menetap di kawasan yang sama.



Gambar Hiasan

Wanita berusia 25 tahun itu dikatakan ada membuat perkhidmatan sewaan permainan Play Station di rumahnya.

Difahmkan kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa sedang leka bermain permainan video di rumah suspek. 

Individu berkenaan bertindak menutup pintu rumah serta memaksa kanak-kanak tersebut untuk mengikuti segala kemahuannya.

Suspek sering memaksa mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki untuk menyentuh pada bahagian badannya, namun memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa dirinya adalah mangsa kepada jenayah seksual.


Lebih keji lagi apabila mangsa perempuan dipaksa untuk mengintip ketika suspek sedang melakukan hubungan intim dengan suami.

Susulan daripada insiden berkenaan, ibu bapa mangsa nekad untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Pengarah Siasatan Jenayah Jambi, Andri Ananta berkata, kes berkenaan masih berada dalam siasatan.

Ada enam saksi tambahan, termasuk suami suspek dan ibu mentuanya. Setakat ini, kita baru mengambil keterangan daripada suaminya sebagai saksi.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 7-2-2023 12:17 PM
jagalah anak kecik elok-elok ramai predator di luar tuh.
Quote Sazreena 7-2-2023 12:47 PM
Fantasi liar ya mbak..abis la bebudak tu corrupt mind and soul nye..bukan senang weh nak cure bebudak yg kena sexual assault.
Quote stingerpressor 7-2-2023 12:52 PM
MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR, at its worst...

[youtube]QNozXsM7UR0[/youtube]
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 03:09 PM
yindon mendonia....
Quote hasniey 7-2-2023 03:12 PM
Pedophile ni mmg babik tau.
Apebenda yg ko bernafsu sgt dgn budak2 ni?siallah
Quote tikusmontok 7-2-2023 03:15 PM
Tine ndon bangsa friska punya otak tak pikir lain..ngacheng ngacheng ngacheng
Quote rosedemon 8-2-2023 08:12 AM
sakit ni. mental kalau org biasa xknla nk wat cmni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.065955 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top