CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Cemburu Buta Bagi Amaran, Berang Pekerja Kedai Makan Senyum-Senyum Pada Suami

7-2-2023 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2602| Komen: 26

Seorang pemilik kedai makan terkejut apabila tindakan pekerjanya melemparkan senyuman kepada pelanggan sambil mengucapkan terima kasih mengundang cemburu isteri individu itu.

Kejadian itu dikongsi pemilik restoran berkenaan di Facebook baru-baru ini.


Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di mana kejadian itu berlaku.

Difahamkan isteri pelanggan itu menghubungi pemilik premis itu di Facebook untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap mesra pekerja tersebut.

Gambar Hiasan

“Maaf ya kalau saya lancang berkata. Boleh tak pihak kedai bagi tahu dekat pekerja hari ini jangan nak ramah sangat dengan suami orang.

“Kalau nak berterima kasih cukup cakap terima kasih tak perlu senyum-senyum,” katanya.

Terkejut dengan mesej itu, pemilik premis berkata ini merupakan kejadian pertama berlaku apabila pelanggan tidak berpuas hati dengan kemesraan pekerja di premisnya.




“Nanti kalau muka masam orang kata nak menjual ke atau nak marah orang. Terima kasih atas teguran sebab belum pernah pelanggan yang datang komen macam ini.

“Lagipun normal kalau pergi kedai makan tuan kedai akan senyum. Tapi, kalau itu buat kamu terasa, saya minta maaf daripada pihak pekerja,” katanya.

Meninjau di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna menyelar tindakan pelanggan itu yang dianggap cemburu tidak bertempat.

Bagaimanapun, ada juga yang memuji pemilik restoran berkenaan yang tidak melenting apabila ‘ditegur’ oleh pelanggan tersebut.

“Itulah hakikat bekerja dalam bidang khidmat pelanggan. Buat ini salah, tak buat pun salah. Balik rumah bercakap dengan kucing sajalah gamaknya,” kata Razeen.

“Itulah kalau ada pelanggan datang berpasangan saya memang cakap terima kasih pada yang perempuan saja. Risau kalau kena tegur begini,” kata Hany.

“Berurusan dengan orang ramai memang lah kena senyum. Takkan nak masam pula. Simpanlah suami itu di rumah kalau cemburu sangat,” kata Hasanah.

“Nanti gantung kad besar tulis jangan senyum dekat suami aku,” seloroh Puan Sri. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 7-2-2023 10:49 AM
Hasanahhh sgt
Quote plywood 7-2-2023 10:53 AM
Kelakarlah pulak.  

Ini satu tindakan proaktif supaya suami tak curang bak kata thread satu lagi...








Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 11:00 AM
ini namanya isteri rahmah
Quote tikusmontok 7-2-2023 11:05 AM
Edited by tikusmontok at 7-2-2023 11:19 AM

bellah tilah rapuh tersrnyum sinis
Quote BartholomewKuma 7-2-2023 11:32 AM
Pa benda la budak2 zaman la
Quote cikatilia 7-2-2023 11:51 AM
alahaii
mcm la laki dia terkacak terkaya dan segala ter ter ter
Quote Simunggu 7-2-2023 11:53 AM
betullah tu tak boleh...org perempuan selalu betul..
Quote Suchi 7-2-2023 12:07 PM
Edited by Suchi at 7-2-2023 12:10 PM

Cemburu buta tu mmg tak patut laa tp terlebih peramah pun tak patut juga.
Iols baca komen ramai komplen yg staff wanita selalunya peramah ngn pelanggan laki je kalau ngn pompuan depa kureng buat muka kekwat so menda ni kena ubah laa yer.
Muka mmg kena senyum sokmo tp jgn terlebih geletis hingga menggores hati laki/bini org.

Cuba jd macam staff uniqlo tu kadang2 bukak almari kat umah rasa mcm terdengar2
“Welcome to Uniqlo” ermm jap ni gara2 baju uniqlo je byk dlm lemari tu
Maksud iols peramah depa kat semua orang tak kira jate tino semua depa say hi.


Quote becir 7-2-2023 12:14 PM
Suchi replied at 7-2-2023 12:07 PM
Cemburu buta tu mmg tak patut laa tp terlebih peramah pun tak patut juga.
Iols baca komen ramai komp ...

neighbour i dulu penah sound budak2 kaunter klinik kat kaw perumah i ni, "ngan lelaki kemain senyum meleret korang melayan kan? ngan pempuan kemain nak lorat2!" kahkah...sedap dgr nenek tu sembur, terkulat memasing..
Quote Suchi 7-2-2023 12:21 PM
becir replied at 7-2-2023 12:14 PM
neighbour i dulu penah sound budak2 kaunter klinik kat kaw perumah i ni, "ngan lelaki kemain senyu ...

Selalunya mmg camtu kan malah kat hospital pun terbukti staff pompuan selalu bermulut puaka bila merawat pesakit wanita
Tu pasal ada je pesakit pompuan tak kisah kena rawat ngn doktor lelaki.

Quote asudau 7-2-2023 02:37 PM
senyum2 tak pe..jangan mengeletis macam kedai air buah kat terengganu yg viral tu udahlah...terjojol bawa buah sana sini
Quote lolukiya 7-2-2023 05:33 PM
Edited by lolukiya at 8-2-2023 08:04 AM

The food at this restaurant looks delicious.hurdle
Quote Kitty_catz 7-2-2023 06:45 PM
kenapa bini tu ada penyakit inferiority complex ke acane?

ke laki ko tu mmg sejenih mata keranjang?

ke cerita hasanah demi konten sampah sarap?
Quote pooh~key 7-2-2023 07:04 PM
Jijiks yach berita zaman la ni dek??? Kisah cemburu bakal kena kongsi konek laki pun jadi yach dek? Oh sumpah jijiks amat yach dek.
Quote makita 7-2-2023 08:29 PM
Suchi replied at 7-2-2023 12:07 PM
Cemburu buta tu mmg tak patut laa tp terlebih peramah pun tak patut juga.
Iols baca komen ramai komp ...

Lecturer pompuan single pon peramah dgn student lelaki gak. Kalau student pompuan angkat tgan serentak dgn student lelaki nak tnya soklan...lecturer tu layan yg lelaki je. Pompuan dia abaikan
Quote Adrif 7-2-2023 09:25 PM
waiter layan baik, senyum, ko cemburu

waiter sombong, muka masa, ko marah

ko dah kenapa makcik, bawak2 la mengucap
Quote umbut 7-2-2023 09:55 PM
Manatau ramah senyum dia ala2 gatal cam acik buah, mau penampar
Quote capiloton 7-2-2023 11:31 PM



[tiktok]7117950173627665690[/tiktok]



Quote Mary_jane 7-2-2023 11:37 PM
Hasanah kembali lagi.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061961 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top