Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang pelanggan berkongsi pengalamannya berkunjung ke sebuah restoran yang terkenal dengan aneka lauk dan sayur-sayuran di Kuala Lumpur. Berdasarkan pengalamannya, dia menasihatkan orang ramai supaya memeriksa jumlah bil terlebih dahulu sebelum membuat bayaran di restoran berkenaan.
"Hari ni untuk tiga orang... Jumlah bil 'mengerikan' RM129 yang tidak masuk akal sama sekali. "Setelah dikira semula bil yang diperincikan adalah RM75," tulisnya yang mana hantaran itu kini menjadi tular. Menerusi hantaran itu juga, pelanggan berkenaan mendakwa restoran tersebut 'sengaja' menaikkan harga bil kerana mengetahui pelanggan tidak menyemaknya. "Terlebih hampir RM60. Tidak bertanggungjawab untuk cuba mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan perlu dihentikan," dakwanya lagi.
Semakan mendapati restoran yang sering dikunjungi ramai terutama waktu makan tengah hari telah meletakkan tanda harga pada setiap menu. Susulan hantaran yang tular, kedai makan berkenaan, Restoran Sambal Hijau tampil memberikan penjelasan berhubung kes 'salah kira' seperti yang didakwa oleh seorang pelanggan. "Berkenaan kes salah kira ni memang betul, sebab tu kami letak tanda harga siap-siap dan pentingkan buat itemised billing, jika berlaku salah harga dan silap pengiraan boleh diperbetulkan. "Jika sesiapa yang biasa datang makan memang tahulah macam mana ramainya pelanggan tambah-tambah lagi pada hujung minggu dan cuti umum. "Kadang-kadang kalau dah kelam-kabut staf yang kira tu terlupa pesanan pengurusan minta kira dua-tiga kali sebelum serahkan bil," tulisnya di Facebook. Walau bagaimanapun, pihak restoran memohon maaf atas kejadian yang berlaku. "Tapi itulah... semalam ramai sangat, staf tu pun dah mengaku salah. Kami pun minta maaf sebab kesilapan ini," katanya. Namun restoran berkenaan menafikan dakwaan ia sengaja menaikkan bil pelanggan. "Posting dia bagus dah sebab minta pelanggan pastikan dulu bil baru bayar cuma ayat 'purposely inflated the bill' (sengaja menaikkan bil) tu memang jelas fitnah. "Apa pun kami mohon maaf sekali lagi," menurut kenyataan itu lagi. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan pelanggan memeriksa bil sebelum membuat bayaran, dan tidak seharusnya menularkan isu tersebut. "Alhamdulillah lauk memang puas hati sedap. Jika ada kesalahan pada resit, sila bertanya semula. "Kalau rasa harga yang ditulis tu salah atau tak masuk akal, lebih baik tanya semula dan bukan terus kecam. (Restoran berkenaan) memang ramai orang, kena faham tu. Setakat ni tak pernah salah lagi, harga pun ditulis pada setiap menu. Jadi tak ada masalah," komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
Burong_Hantuk replied at 7-2-2023 10:41 AM
restoran mana ni???
kedai makan berkenaan, Restoran Sambal Hijau tampil memberikan penjelasan
Decaffeinated replied at 7-2-2023 10:59 AM
aku memang tak check
pernah sekali dah masuk kereta ada orang nak tengok bil aku kasilah. Bingo! bu ...
takkizawa replied at 7-2-2023 11:06 AM
Hari tu bukan sibuk keluar tiktok dia kata takde orang. Tpi tula. Sambal hijau ni merepek. Tempat ny ...
ADVERTISEMENT