CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kan Dah Letak Kerusi, Bengap!"- Orang Flat Marah Parkir Diambil, Siap Tulis Nota Marah-Marah

7-2-2023 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3068| Komen: 31

Seorang pengguna Facebook berkongsi gambar sekeping nota ditinggalkan seorang individu yang meluahkan rasa marahnya apabila ruang parkir keretanya diambil orang lain.

Situasi itu dikatakan berlaku di kawasan perumahan flat di Cheras apabila individu tersebut berang setelah mendapat tahu kerusi yang diletakkan di salah satu kotak parkir telah diubah oleh individu lain.


Menurut individu itu, kotak parkir berkenaan merupakan miliknya disebabkan dia telah meletakkan tanda (kerusi) agar ruang tersebut tidak diguna oleh penghuni flat yang lain.

Foto:Kosmo

“Ini parkir orang. Kalau dah letak tanda kerusi, maknanya parkir itu ada orang punya.

“Suka-suka hati ambil parkir aku, pandai pula letak kerusi dalam rumah aku, cerdik ke bengap ni, kau tak belajar beradap kah?,” soal individu tersebut menerusi nota yang ditinggalkan.

Di ruangan komen pula, rata-rata orang ramai mendesak agar pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas mengawal situasi ‘cop’ parkir seperti ini kerana budaya tersebut menyusahkan ramai penghuni yang lain.


“Pihak PBT perlu pantau, buat rondaan kawasan-kawasan flat, mana letak kon, botol air, kerusi, angkat sahaja dan buang, kalau nak cop, bayar kotak parkir secara bulanan atau tahunan, tak ada siapa nak marah,” kata @sheronazuki14.

“Pihak berkuasa perlu cari solusi untuk tambah kawasan parkir terutama kawasan flat, terhad sangat, kadang terpaksa parkir tepi jalan yang tinggi risiko untuk kena curi, pecah kereta,” cadang Azizi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybugz 7-2-2023 10:11 AM
that means not that's mean. sekian.
Quote wirazam 7-2-2023 10:15 AM
ladybugz replied at 7-2-2023 10:11 AM
that means not that's mean. sekian.


Kannnnn
Quote wirazam 7-2-2023 10:17 AM
Boleh tak hapuskan flat Kos rendah nih yg bertingkat tingkat tuh...
Alihkan penduduk kat tempat lain
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 10:39 AM
Sebenarnya makin ramai manusia yg makin kurang pandai
Quote slyfynx 7-2-2023 10:41 AM
That's mean = That is mean.

Macam tgk org pukul kucing,
Oi, that's mean you heartless &*^%

Ko nk guna that means, bukan that's mean, atau thats mean.

Sama mcm org guna take noted.
Haish.
Quote krustykrab 7-2-2023 10:43 AM
wirazam replied at 7-2-2023 10:17 AM
Boleh tak hapuskan flat Kos rendah nih yg bertingkat tingkat tuh...
Alihkan penduduk kat tempat lain ...

Pemaju patutnya buat parking bertingkat kt bawah mcm kondo tu. Baru la pprt ni tak sesqk n semak mcm skrg ni.
Quote She-Ra 7-2-2023 10:45 AM
ko yg takde adab dekk
sukasuki cop parking.. bkn ada nama atau no rumah pun parking tu, sesiapa boleh parking kann
Quote kemaruk 7-2-2023 10:46 AM
Sepatutnya tanah pnb118 dibina PPRT untuk rakyat

Buat bangunan tinggi2 bukan ada orang sewa pon
Quote Decaffeinated 7-2-2023 10:49 AM
"cerdik ke bengap ni, kau tak belajar beradap kah?,”

cerdik ke bengap ni, kau tak belajar English kah? Kalau tak belajar takde siapa paksa ko guna that's mean sebab that is mean. Faham?

Quote azimodin 7-2-2023 12:08 PM
Aku pernah kena camni masa menyewa kat kota damansara. Tuan rumah cakap parking ti x de assigned lot, aku parking je la mana yg kosong.. tuptup kena tegur dengan ketua block sebab parking kat spot anak dia. Jilake.. rumah dia je dah cop 3 parking. Tu belum lagi yg letak pasu bunga.

Sekaranh dah pindah ke kawasan m40 tapi banyak jugak yg kekwat. Bising sikit sebab drill nak pasang rod langsir pon dah memekak dalam group whatsapp sebab ganggu dia wfh, padahal kita dah inform dalam group & buat siang2 hari. Hari kerja, bukan hujung minggu. Buat kerja drilling malam2 nanti jiran lain pulak bising. Serba salah kita dibuatnya
Quote fealefea 7-2-2023 12:25 PM
tunjuk la mane geran parking kau. kalau tak tu parking umum.
Quote nazurah 7-2-2023 12:33 PM
kerajaan bina flat bajet yang miskin jek duduk situ... takde kenderaan besar, paling2 pun motor EX5 ajelah.

tetiba yang duduk situ haaaa honda, toyota... silap2 alphard dengan vellfire pun ada, odessey. tu belum yang kerja bawak bas, lori.... depa parking tepi jalan.

bab2 ni memang salah kerajaan, buat rumah tak buat parking yang cukup... hahaha
Quote hyie 7-2-2023 12:35 PM
baru last week kat tempat meols, cina pompuan tua gaduh dengan melayu pompuan muda. Cina tu ludah kat cermin depan kete melayu tu pastu apa lagi ada budak kecik nampak diorang pi report kat melyu tu la, parking x sampai 5 minit pon kat tempat yang cina tu dah chop, sebab dia duduk situ dan suka main chop2 parking.

ujung2 bertekak jerit kuat2 dalam 15 minit memalam buta kol 12am. Puas hati iols si bodo tu kena maki sebab main chop2. Sama la ayat dia macam kat dalam gambar atas tu. Takda common sense langsung.
Quote sekngucing 7-2-2023 12:44 PM
nazurah replied at 7-2-2023 12:33 PM
kerajaan bina flat bajet yang miskin jek duduk situ... takde kenderaan besar, paling2 pun motor EX5  ...

aku dtg kl dpt tgok betapa bangsatnya penghuni flat ni
Quote Sazreena 7-2-2023 12:58 PM
Yg bodohnya pasal parking ni sanggup bergaduh sesilap ada yg sampai membunuh. Umah flat cop parking, umah teres setingkat / 2 tingkat renovate porch, pastu parking kat umah jiran. Sama gak masalahnya..semuanya bermula dgn mindset. Mcm jiran aku la, asal kosong keta dia anak beranak je conquer. Pakej ngan menantu sekali. Dah bangka pun degil dan bodoh.
Quote Buritan 7-2-2023 01:00 PM
wirazam replied at 7-2-2023 10:17 AM
Boleh tak hapuskan flat Kos rendah nih yg bertingkat tingkat tuh...
Alihkan penduduk kat tempat lain ...

Letak dlm utan je laa.. tak pun estate..
Quote TomyamPuteh 7-2-2023 01:06 PM
Letak dlm kandang je makhluk mcm tu.
Quote Firenzza 7-2-2023 01:10 PM
nazurah replied at 7-2-2023 12:33 PM
kerajaan bina flat bajet yang miskin jek duduk situ... takde kenderaan besar, paling2 pun motor EX5  ...

Skrg gomen kna wajibkan pemaju nk buat flat pprt kena jual sekali kotak parking 3@4 biji. Rega sebiji RM10k.....x mampu beli jgn pakai keta, so xde isu rebut parking
Quote sarahmirza 7-2-2023 01:19 PM
wirazam replied at 7-2-2023 10:17 AM
Boleh tak hapuskan flat Kos rendah nih yg bertingkat tingkat tuh...
Alihkan penduduk kat tempat lain ...

Tak boleh.. Land issue.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.264471 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top