CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Hantaran Gambar Dan Perkataan Lucah, Ebit Lew Hadir Sambungan Perbicaraan Pagi Ini

7-2-2023 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1590| Komen: 10

TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di pekarangan Mahkamah Majistret pada pukul 9.10 pagi tadi.

Ebit yang berkemeja dan berseluar serba hitam serta berkopiah putih tiba dengan menaiki Toyota Land Cruiser bersama peguam dan pengiringnya.


Beliau hadir ke mahkamah bagi menghadiri sambungan perbicaraan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita yang didakwa dilakukan olehnya antara Mac hingga Jun 2021.


Foto: utusan

Atas pertuduhan itu, Ebit didakwa bagi 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Justeru, beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.


Kes itu dibawa ke mahkamah susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang wanita berusia 42 tahun pada 7 Ogos 2021.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 10:53 AM
Quote makneng 7-2-2023 01:02 PM
Wah heolls balik2 umrah terus jah pi court yach!
Mcm mana mak tau dia pi umrah? Dia satu flight dgn mak. #doneclaim [em:3:]
Quote 3chanceno 7-2-2023 01:31 PM
Meols tertunggu2 kes nie, ingat dah siap2 dikambus belakang kebun  semuga kebenaran dapat ditegakkan...
Quote 3chanceno 7-2-2023 01:34 PM
Edited by 3chanceno at 7-2-2023 01:36 PM
makneng replied at 7-2-2023 01:02 PM
Wah heolls balik2 umrah terus jah pi court yach!
Mcm mana mak tau dia pi umrah? Dia satu flight dgn  ...


Amboi makneng,  khaborkan kira insan terpilih naik sama flight dgn dewasayu tu Makneng mintak autigraph & berswafoto atau dewasayu yg mintak autograph makneng?

Huntonglah ada kes mahkamah, masih boleh gi jln2 & umrah..

Quote tikusmontok 7-2-2023 03:34 PM
3chanceno replied at 7-2-2023 01:34 PM
Amboi makneng,  khaborkan kira insan terpilih naik sama flight dgn dewasayu tu Makneng mintak au ...

Kira nasib dia lebih baik dr wak jahit, pasport tak kena tahan
Quote epal_putih 7-2-2023 03:35 PM
manakala pemenat2 masih memberi sokongan yg padu
harap kebenaran dapat dirungkaikan
Quote prince_marhaen 7-2-2023 03:49 PM
empphsss.... syhhh diammm!



emmphhh geramm!


Quote Kitty_catz 7-2-2023 06:48 PM
euwww cannot la nengok muka heols nehh

tainted dgn gambo konek tumbuk sambal
Quote makneng 7-2-2023 10:27 PM
3chanceno replied at 7-2-2023 01:34 PM
Amboi makneng,  khaborkan kira insan terpilih naik sama flight dgn dewasayu tu Makneng mintak au ...

Ah kosser mak nak berswafoto n minta autograph heolls…mak flip mini telekung sambil membilang tasbih jah tgk ada few passengers bersalaman dgn heolls. Ada gak yg berswafoto dgn heolls masa kat balai berlepas. Ada pompuan satu grup dgn mak eksited terserempak dgn dewasayu. Mak layankan aje. Malas mak nak lahar..yelah mak cuba berkelakuan baik kannn asbab nak menunaikan umroh
Quote rosedemon 8-2-2023 08:09 AM
bila nak selesai ni aduhai

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.031495 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top