Harris Annuar yang bakal bergelar bapa mendedahkan isterinya Asha Merican kini mempunyai tabiat pelik apabila gemar menghidu bau simen pada dinding. Katanya, insan kesayangan yang sedang hamil anak sulung mereka itu menyatakan aroma simen dapat mengelakkan rasa loya akibat alahan atau ‘mabuk’.
Kata bintang drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, setiap petang dia akan menemani Asha turun ke bahagian dinding tangga keselamatan di kediaman mereka yang dilepa dengan simen. “Dilema seorang ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia ke kawasan tangga kecemasan,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram. Dalam perkongsian tersebut, Harris, 30, turut memaparkan gelagat isterinya yang juga seorang pelakon dan model sedang menghidu dinding. Malah aktor merangkap hos itu turut mengusik Asha yang dilihat secara curi-curi meneruskan tabiat mencium aroma simen dalam perjalanan keluar dari tempat itu.
|
ADVERTISEMENT