CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Nikah Pun Tak Senang! Bunyi Bising Orang Main Lato-Lato Di Majlis Kahwin Bikin Jurunikah Bengang

7-2-2023 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2421| Komen: 20

JAKARTA – Permainan lato-lato yang kini menjadi kegilaan di Indonesia turut mencetuskan kontroversi apabila bunyi bising alat mainan itu mengganggu ketenteraman orang ramai, lapor portal berita Wolipop.


Dalam satu klip video tular di media sosial, seorang jurunikah terpaksa menegur tetamu yang bermain lato-lato semasa akad nikah kerana bunyi mainan itu mengganggu upacara tersebut.




Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram itu, seorang jurunikah dilihat  bersiap sedia melangsungkan  upacara akad nikah sepasang pengantin.

Ketika duduk di hadapan pengantin lelaki dan membacakan lafaz ijab, jurunikah tersebut secara tiba-tiba menghentikan percakapan kerana diganggu  bunyi bising lato-lato.

“Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato..diam, lato-lato diam. Saya ulangi. Wahai Sutriono bin Taman saya nikahkan dan kawinkan,” kata jurunikah tersebut dengan nada terganggu.


Selepas mendengar teguran tersebut, bunyi lato-lato akhirnya lenyap sebelum jurunikah meneruskan upacara tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.


“Di mana pun berada, suara lato-lato selalu ada,” kata seorang pengguna.

“Jangan ada yang berkata mereka hanya kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak juga perlu tahu adab dan sopan ketika berada di majlis orang. Amat penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka agar bersikap sopan di tempat orang,” ujar seorang netizen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 7-2-2023 09:01 AM
Ye la..tak kena tempat
Semalam iols gi kedai..ada budak ni main lato2 dalam kedainyang ramai orang tu
Ada pakcik ni sound..kalau kena kat oramg..siap ko..
Depan2.mak budak tu
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 09:31 AM
huhuhu
Quote ifanonline 7-2-2023 09:31 AM
lato2 wajib di haramkan
Quote selipar_hijau 7-2-2023 09:48 AM
shernazz replied at 7-2-2023 09:01 AM
Ye la..tak kena tempat
Semalam iols gi kedai..ada budak ni main lato2 dalam kedainyang ramai orang t ...

haa bagus pakcik tu
Quote Andyscenes 7-2-2023 11:12 AM
tah pape budaya sana bwk ke sini.
Quote shernazz 7-2-2023 01:11 PM
selipar_hijau replied at 7-2-2023 09:48 AM
haa bagus pakcik tu

Kan...masa tu iols bawa anak..pakcik tu pung bawa cucu dia..
Jadi takut la benda tu terkena kepala kang...sorry pung takdak makna dah masa tu...
Mak dok bior je
Quote teen_angelJB 7-2-2023 01:18 PM
sama mcm aku kena la..tengah tgu turn kat klinik..dah KK kerajaan mmg berabad la kan..ada pulak adik beradik ni dok main benda alahni..hampeh tol..bising hamat okkkk..annoying giler
Quote gideoncross 7-2-2023 01:27 PM
“Jangan ada yang berkata mereka hanya kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak juga perlu tahu adab dan sopan ketika berada di majlis orang. Amat penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka agar bersikap sopan di tempat orang,” ujar seorang netizen.

Yg ni iol stuju, ni prgi rumah org & tuan rumah x kasi pgang brg, trus c budak mnangis mlalak x ingt dunia sbb dh biasa d mnjakn. Nk itu dpt, nak ini dpt, jdi bila x dpt, mlalak mroyan. Dsar muka minta kna sepak.
Quote gideoncross 7-2-2023 01:28 PM
shernazz replied at 7-2-2023 09:01 AM
Ye la..tak kena tempat
Semalam iols gi kedai..ada budak ni main lato2 dalam kedainyang ramai orang t ...

Bagus pkcik tu, iol skong sbb kdg2 ada mak mls/sngja x nak tgur tntng klakuan anak2 dorg yg x snonoh kat public. Bila dh mnangis or budak lain cdera, bru eksen2 c mak nak msuk cmpur.
Quote prettyuglybabe 7-2-2023 01:47 PM
shernazz replied at 7-2-2023 01:11 PM
Kan...masa tu iols bawa anak..pakcik tu pung bawa cucu dia..
Jadi takut la benda tu terkena kepala ...

pastu mak budak tu buat apa?
Quote shernazz 7-2-2023 02:08 PM
gideoncross replied at 7-2-2023 01:28 PM
Bagus pkcik tu, iol skong sbb kdg2 ada mak mls/sngja x nak tgur tntng klakuan anak2 dorg yg x snon ...

Haah...kan..
Iols baru tau keras juga plastik lato lato tu...
Mmg.patut la kan orang risau sampai kenencermin kete bagai...
Anak2 iols ada nak juga tp iols ckp banyak lagi benda boleh main...haha
Quote shernazz 7-2-2023 02:08 PM
prettyuglybabe replied at 7-2-2023 01:47 PM
pastu mak budak tu buat apa?

Mak budak tu diam.je jeling pakcik tu n blah masuk dalam kedai..tp dia tak.bg dah la anak dia main
Quote gideoncross 7-2-2023 02:14 PM
shernazz replied at 7-2-2023 02:08 PM
Haah...kan..
Iols baru tau keras juga plastik lato lato tu...
Mmg.patut la kan orang risau sampai  ...

Hri tu ada post psl budak2 main Lato2 ni pstu trkena dahi, benjol teruk.
Quote shernazz 7-2-2023 02:20 PM
gideoncross replied at 7-2-2023 02:14 PM
Hri tu ada post psl budak2 main Lato2 ni pstu trkena dahi, benjol teruk.

Itu le..riso la iols
Tak.pasal2 je membenjol kepala anak2 iols
Tak.kepala.depa..kepala.orang lain.plak kang..
Hahaha.....iols.okay je budak2 nak.main tp jgn le kat tmpt crowded kau nak main juga...
Main kat taman jauh dari orang ke..
Sakit ooo kalau kena
Quote Samerosie 7-2-2023 02:20 PM
Benda alah ni main macamana?  I google hantukkan dua bijik tu je sampai ajl.  Ye ke?  cam bengong je main cam ni.
Quote pittjie 7-2-2023 02:30 PM
gideoncross replied at 7-2-2023 01:27 PM
“Jangan ada yang berkata mereka hanya kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak juga perlu tahu adab dan  ...

Ya .. ajar la anak adab dan hormat tmpt jgk majlis. Mcm tu jgk kan kalau bawak anak gi solat kt masjid. Sbb tiba2 teringat thread bulan puasa ntah berapa thn lps. Ada forumer mengadu rengsa dgn bdk2 kt masjid waktu solat terawikh. Kat bilik solat perempuan la. Mak tak tegur anak tu dok buat bising dan lari2 celah2 jemaah sampai terpijak spec jemaah. Pecah spec org tu. So acik tu tegur la bdk yg x reti duduk diam. Dah emak sendiri pun tak reti tegur. Tapiiiii ... Ada pulak laa forumer yg back mak & anak tuu dan marah forumer2 yg setuju dgn acik yg rengsa tu. Dia kata bdk kecik apa tauuu. Kita kan kena galakkan bdk2 cinta rumah Allah gituh. Konsepnya kita kena redha je la walau apa pun berlaku kan. Terganggu solat kita ke, kena tarik telekung kita sampai terdedah aurat ke, cermin mata pecah kena pijak ke ... Redhaaaa ....senyum jerrr. Yiih betul aku dgn forumer yg backing bdk tu. Eh sampai skrg la aku masih geram hahahaha
Quote gideoncross 7-2-2023 02:45 PM
shernazz replied at 7-2-2023 02:20 PM
Itu le..riso la iols
Tak.pasal2 je membenjol kepala anak2 iols
Tak.kepala.depa..kepala.orang lain. ...

Btw toys Lato2 ni sbnrnya prmainan apa eh? Srsly iol x thu & x fham.
Quote gideoncross 7-2-2023 02:50 PM
pittjie replied at 7-2-2023 02:30 PM
Ya .. ajar la anak adab dan hormat tmpt jgk majlis. Mcm tu jgk kan kalau bawak anak gi solat kt ma ...

Konsep Mulayu, mnggalakkan anak2 cinta Mesejid by lari2, jerit2 & pcahkn brg2 org lain dlm Mesejid, jdi kbanggaan katenyeh. Aiol dlu tngh Tarawih, spec iol budak tu bwak main, lps Salam, siap ko budak iol ckp pstu cpat2 mak budak tu tarik anak dia & lari kan diri. Nsib, klau x, mmg iol tmpar muka budak tu, sng2 je main dpn spec iol, silap hribuln mak dia x mmpu byar blik klau ptah.
Quote sangbara2020 7-2-2023 03:08 PM
aku ingatkan bnde ni xtersebar kat msia..
semalam g paso mlm npk ada yg jual bnde nih
ape pekdah??

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.396950 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top