CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Mengeluh, Harga Sayur Dari Cameron Highlands Mahal Melampau

7-2-2023 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 750| Komen: 1

SUNGAI PETANI – Peniaga di pasar basah Tikam Batu, di sini mengeluh berikutan kenaikan mendadak harga barang basah sejak perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Tinjauan di pasar tersebut mendapati rata-rata peniaga terpaksa mengehadkan jenis sa­yur yang dijual kerana tidak mahu menanggung kerugian apabila pelanggan tidak membeli sayur kerana harga mahal.


Seorang peniaga sayur, Aminah Abdullah, 43, berkata, dia terpaksa menjual sayur dengan harga lebih 50 peratus susulan harga borong beberapa jenis sa­yur naik mendadak.


Gambar Hiasan

“Antara harga sayur yang naik melambung ialah tomato, sawi, kacang buncis, timun, daun sup, daun bawang dan bendi.

“Saya terpaksa berhenti membeli sayur dari Cameron Highlands memandangkan harga bekalannya naik terlalu tinggi.

“Kebanyakan sayur yang dijual hari ini (semalam) adalah bekalan yang diambil dari Thailand,” katanya ketika ditemui semalam.


Ujarnya, harga bekalan sayur dari Thailand juga sudah naik, jika dahulu harga sekotak tomato saiz kecil ialah antara RM20 hingga RM30, kini sudah naik kepada RM50 sekotak.

Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali Ani, 45, berkata, dia terpaksa mengehadkan jenis sayur yang dijual kerana tidak mahu menanggung kerugian.

“Saya tidak mengambil bekalan tomato berikutan harga borong tomato dari Cameron Highlands kini sudah mencecah kira RM90 sekotak iaitu kira-kira berat enam kilogram.

“Jika saya ambil bekalan tomato, saya perlu jual dengan harga kira-kira RM10 hingga RM20 sekilogram,” jelasnya.

Selain itu, harga ikan kembung dan hasil laut lain juga masih tinggi iaitu antara RM8 hingga RM10 sekilogram bagi saiz kecil.

Sementara itu, peniaga ikan, Muhamad Rizal Sanudin, 24, berkata, dia cuma menjual ikan kembung dan sotong bersaiz kecil sahaja kerana tiada bekalan.

“Saya jual ikan kembung RM8 sekilogram, manakala sotong pula RM16 sekilogram,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 8-2-2023 08:08 AM
xyahla makan sayur kome

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.027830 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top