CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Pemuda Gila Seks, Cabul Budak Lelaki Bawah Umur Dalam Masjid

7-2-2023 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1400| Komen: 11

Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan polis kerana disyaki melakukan jenayah seksual terhadap remaja bawah umur.

Suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di tingkat dua sebuah masjid di Kapanewon Gamping, Kabupaten Sleman, Indonesia, pada 15 Januari lalu.


Menurut polis dari Ibu Pejabat Polis Sleman, M. Safiudin, suspek disyaki mencabul remaja lelaki berusia 16 tahun yang sedang tidur sebelum kejadian tersebut disedari oleh seorang saksi.


Gambar Hiasan

"Di tingkat dua, terdapat dua kanak-kanak sedang tidur. Seorang mangsa dan seorang saksi. Ketika suspek melakukan perbuatannya, saksi itu terjaga dan melihat perbuatan suspek," kata Safiudin.

Melihat perbuatan suspek, saksi kemudian mengejutkan mangsa.

Selepas itu mangsa pulang ke rumah dan menceritakan apa yang berlaku kepada rakan-rakan serta ibu bapanya.

"Selepas mangsa memberitahu rakan-rakannya mengenai kejadian itu, mereka juga membuka cerita bahawa pernah menjadi mangsa kepada pelaku yang sama," dedah polis lagi.


Lebih mengejutkan, pelaku didakwa mula melakukan kegiatan itu sejak tahun 2013 lagi.

Biarpun ada beberapa individu mendakwa pernah menjadi mangsa, namun hanya satu laporan dibuat setakat ini, kata polis lagi.

Safiudin berkata, suspek merupakan ketua pemuda masjid berkenaan.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sleman dan berdepan hukuman penjara 15 tahun atas perbuatannya itu.

Sebagai peringatan, perbuatan jenayah seksual bukan sahaja salah dari segi undang-undang atau malah turut diharamkan haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.- CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-2-2023 09:08 AM
Berita caprut at its best
Quote Simunggu 7-2-2023 09:09 AM
indon lagi
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 09:29 AM




Quote Decaffeinated 7-2-2023 11:46 AM
Ketua Pemuda

Quote Adrif 7-2-2023 08:59 PM
seronok dia masuk penjara. silap2 tak nak keluar
Quote kakikuDibibirmu 7-2-2023 09:01 PM
diharamkan haram tu yang tak menahan tu
Quote matamata 7-2-2023 09:04 PM
Kabupaten Kabupaten Kabupaten Kabupaten Kabupaten Kabupaten Kabupaten Kabupaten
Quote kakikuDibibirmu 7-2-2023 09:10 PM
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini membundel kabupaten kedubes muntaber kapan nyemprot memuncratkan ketabrak, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia ...mbak... kalau nggak bisa, kita ambil ular bisakan dia, pantek goblok lonte Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote kitmal 7-2-2023 09:15 PM
ingatkan kat sini...seberang rupanya
Quote tungkai 7-2-2023 09:34 PM
Hahaha....Tak jadi nak marah lepas baca komen
Quote rosedemon 8-2-2023 08:06 AM
ko xtkot ke tbakar kat masjid cam cte dalam mastika tu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056020 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top