CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kajian Dapati Lelaki Lebih Banyak Menyimpan, Wanita Gagal Rancang Kewangan

21-9-2015 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11559| Komen: 78

Oleh Adib Za

Anda mungkin pernah berhadapan dengan rakan yang gemar membeli-belah sehingga sanggup berhutang demi memenuhi kehendaknya itu.


Sebenarnya, ia merupakan situasi biasa di kalangan masyarakat hari ini, gagal mengawal kewangan dengan baik. Ia berlaku kepada kedua-dua gender lelaki mahupun wanita. Namun, lebih ramai wanita gagal untuk merancang kewangan mereka. Adakah hal ini benar?

Amalan berbelanja boros ini menjadi kerisauan apabila individu terbabit semakin ketagih untuk berbelanja, meskipun untuk hal yang tidak sepatutnya sehinggakan melupakan 'bekalan' untukhari esok.


(Sumber foto: singlemindedwomen)


Kajian yang dilakukan oleh Perkhidmatan Nasihat Kewangan UK (Money Advice Service) iaitu satu agensi yang membantu anda menguruskan kewangan, hutang, pencen dan sebagainya; mendapati 25 peratus kaum wanita sanggup berbelanja boros sehingga dan melupakan perancangan untuk hari esok.

Manakala, sebuah agensi perbankan di United Kingdom, Halifax mendapati 36 peratus kaum wanita sangat cenderung menghabiskan wangnya untuk membeli-belah berbanding lelaki. Halifax juga melaporkan pada tahun 2014, kaum lelaki di United Kingdom membuat simpanan lebih kurang £1,045 dalam masa tiga bulan, berbanding wanita hanya menyimpan £473 untuk jangka masa sama. 

Kini, kecanggihan teknologi membuatkan duit lebih mudah 'dihabiskan' dengan pembelian secara dalam talian. Kajian yang dibuat daripada comScore, iaitu sebuah agensi yang membuat analisis pasaran internet di Amerika, mendapati kaum wanita cenderung untuk membeli-belah secara "online"  61 peratus lebih tinggi daripada kaum lelaki.

(Sumber foto: theguardian)


Semua ini membuktikan masyarakat hari ini bukan sahaja berhadapan dengan masalah ekonomi, namun diri mereka sendiri gagal membentuk satu sistem kewangan berkesan untuk masa hadapan diri sendiri. 

Paling memalukan, seseorang yang sudah mempunyai pekerjaan tetap dan aset seperti rumah dan kereta, masih perlu 'meminjam' bukan daripada orang lain, namun ibu bapa yang sering menjadi 'mangsa'. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan, dek kerana taksub dengan gaya hidup boros, membuatkan seseorang itu menjadi papa kedana dan tidak mampu untuk membiayai sesuatu yang berbentuk kecemasan. Termasuklah kerosakan kereta, jatuh sakit dan sebagainya.

Oleh itu, apa yang harus dilakukan? Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun berganti tahun. Sepanjang anda bekerja, berapakah duit simpanan anda?  Memang duit dan harta tidak boleh dibawa ke dalam kubur, namun ia sangat diperlukan pada waktu-waktu 'kecemasan'.

Oleh itu, tidak kiralah, lelaki atau wanita yang pada waktu ini, menjadikan gaya hidup boros sebagai sikap dan kemegahan, ubahlah segera. Berbelanja, namun dengan cara berhemah. Sayangi masa hadapan anda. - CARI Infonet


(Sumber: Dailymail UK, Realbusiness UK)
7

Bagus
13

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BungaTepiMeja 21-9-2015 04:16 PM
perempuan memang tengah bulan duit dah negatif... huhu
Quote wwwvvvwww 21-9-2015 04:17 PM
Itu macam ka
Quote Simunggu 21-9-2015 04:20 PM
perempuan mati akal dgn soping online...
Quote lurve82 21-9-2015 04:22 PM
dh lama xshopping online...
Quote obelisk 21-9-2015 04:24 PM
Betul. Sebab tu bab2 kewangan aku kawal 100 peratus.
Quote Emperor95 21-9-2015 04:27 PM
kebanyakannya shopping online. Tidak nampak cash keluar.
Quote chinta89 21-9-2015 04:28 PM
eh iye ke??
apesal aku tgk persekitaran aku lelaki yg boros dan sengkek bulanan hujung2 kedian hari..

owh ye.. ni Kajian yang dilakukan oleh Perkhidmatan Nasihat Kewangan UK aku ni kat mesia  
Quote seramado 21-9-2015 04:29 PM
kawan meols, snggup meminjam sbb nk gi jalan2 kat oversea...itu mcm pun ada..kita pulak risau dgn dia..
Quote delsmomm 21-9-2015 04:30 PM
tapercaya....!!!

sbb iols jumpa ramai wanita yg bijak menyimpan...

somi2 deols plk xreti manage wet...tau perabih jew..

bile anak nak skolah, bini gak kuar wet...

hehehe....
Quote nikaido 21-9-2015 04:39 PM
chinta89 replied at 21-9-2015 04:28 PM
eh iye ke??
apesal aku tgk persekitaran aku lelaki yg boros dan sengkek bulanan hujung2 kedian hari ...

Laki sengkek sebab belanja perempuan. Makan dkt restaurant, Shopping dkt pavi,bercuti oveasea memangla bankrap. Lelaki single mkn tepi jalan, beli brg dkt mydin
Quote Vellfire 21-9-2015 04:41 PM
betul kot
sejak menjak ni aku suka shopping online
takper lepas ni aku nak berjimat cermat
Quote akusukaq 21-9-2015 04:44 PM
Kajian telah membuktikan bilangan pelabur asb wanita yg mempunyai pelaburan maximun jauh melebehi pelabur lelaki. Beli saham cash ya bukan beli melalui pimjaman bank
Quote noor2 21-9-2015 04:48 PM
X semua....ai jenis menyimpan kat asb dan belen gaji masih ada 3-4k lg kat kad atm walau dah ujung bulan masuk gaji baru dan berbelanja dlm bulan tu....
Quote sofiazara 21-9-2015 04:53 PM
saya rasa kalo solo takkan x boleh menyimpan mesti boleh simpan 70% dari income..sbb income kita belanja utk diri sendiri je paling byk pun bg parents

tapi kalo dah ada anak kecik2 dan masih sekolah misalnya mmg susahla nk simpan..mungkin negatif sebelum dpt gaji sbb ada few people kita kena payung bwh kita (the children)

tak kisah ladies or gentlemen
Quote ladybird_ 21-9-2015 05:07 PM
Girls ni nak menyimpan macam mana.
Tiap bulan ada je sale, Mood Republik lah, Vendeur itulah, Festival inilah.

Habih duit duk copinggg. Tak ingat nak saving.
Tapi xsemua okeh. Iols la macam ni.

Quote rospinki 21-9-2015 05:14 PM
wahhhh dasatnya..aku pulak minus 360° ..org laki skrg ni padai kepit duit..pandai2 tupai melompat naaa...
Quote sapp73 21-9-2015 05:18 PM
tak semua..aku, menteri kewangan dalam keluarga aku
Quote red_cattleya 21-9-2015 05:21 PM
aku suka memewahkan parents aku duit boleh dicari
Quote cendolsantan 21-9-2015 05:21 PM
saya memang tak setujulah... siapa kata perempuan gagal menguruskan duit, tuduhan yang tak ada asas pun.... cuba tengok sekeliling kita, kaum jantan lah yang paling banyak aktiviti yang bukan-bukan, macam mana boleh simpan duit... antaranya hisap rokok, kereta, perempuan, memancing ikan, remote control car, main layang-layang, judi di siber cafe, beli motor besar, nyanyi karaoke, urut badan (sebenarnya urut batin), lepak di kedai mamak layan EPL dan banyak lagi..... setuju tak ? Jadi kesimpulannya siapa lebih hebat mengurus duit? Tepuk dada tanya selera ...

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046924 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top