Seorang lelaki melakukan aksi berani mati apabila memanjat bangunan pencakar langit setinggi 400 kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan baru-baru ini. Alexis Landot, 22, berjaya memanjat Tour Franklin di Paris, Perancis dengan hanya memakai seluar jeans pendek, kemeja-T dan berkaki ayam dalam tempoh 35 minit.
Lelaki tersebut mempunyai pengalaman sebagai pendaki sepenuh masa selama tiga tahun dan berkongsi pencapaian luar biasanya itu ke media sosial. "Sebelum mendaki, saya berasa sangat cemas. Sukar untuk saya benar-benar mula mendaki. "Tetapi apabila berada pada ketinggian 164 kaki, saya berasa lebih baik. "Semua tumpuan ketika memanjat adalah pada struktur itu. Saya tidak boleh membiarkan diri saya gagal dan perlu berjuang," katanya. Landot mula melakukan aktiviti mendaki di gimnasium ketika berusia tujuh tahun dan setakat ini, dia sudah pun memanjat sebanyak 15 bangunan pencakar langit. Atlet itu berkata, meskipun sukan tersebut mencabar dan berisiko, ia tidak menjadikannya sebagai penghalang. "Saya seorang yang suka mengambil risiko, dan saya tahu risiko yang saya ambil dalam hidup saya. "Itulah sebabnya saya sangat menyukai sukan ini, kerana saya boleh menjangkakan risiko dan mengawalnya," katanya.
|
mojarean_X replied at 4-2-2023 10:54 PM
hmmmm....hebat lg Tom Cruise
mojarean_X replied at 4-2-2023 10:54 PM
hmmmm....hebat lg Tom Cruise
ADVERTISEMENT