CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Tunjuk Kad Pengenalan Kalau Nak Beli Minyak Masak Bersubsidi

4-2-2023 08:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1554| Komen: 14

Pengguna di Indonesia perlu menunjukkan kad pengenalan bagi pembelian minyak masak bersubsidi, MinyaKita.

Menteri Perdagangan, Zulkifli Hasan, berkata ia penting bagi mengelak orang ramai membeli minyak masak secara berlebihan.


Katanya, walaupun dibenarkan membeli bungkusan minyak dalam jumlah yang lebih besar, tetapi ia tidak boleh dijual semula.


Utusan

"Mereka dibenarkan membeli sehingga lima kilogram, asalkan tunjuk kad pengenalan dan tidak boleh membeli secara berlebihan untuk tujuan penjualan semula," katanya ketika melawat Pasar Kreneng di sini bagi meninjau harga komoditi seperti dilaporkan antaranews.com.

Zulkifli juga menggesa peniaga supaya tidak menjual produk MinyaKita melebihi harga runcit tertinggi iaitu Rp14,000 (RM3.78) seliter, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan, atau kedai mereka akan ditutup oleh Pasukan Petugas Makanan.


Katanya, kerajaan dan pengeluar bersetuju menambah bekalan minyak masak iaitu daripada 300,000 tan sebulan kepada 450,000 tan.

"Kami juga mengurangkan (bekalan) ke pasar raya moden dan pasar dalam talian. Bekalan kini (diutamakan) kepada pasar (tradisional)," katanya sambil menambah bahawa pasar tradisional akan diutamakan untuk bekalan sekurang-kurangnya sehingga Aidilfitri pada April depan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji prestasi berkesan Datuk Bandar Denpasar I Gusti Ngurah Jaya Negara dalam mengawal harga makanan asas di bandar itu.

"Pihak berkuasa Denpasar memantau harga barangan keperluan asas setiap hari dan memberikan subsidi kepada peniaga untuk membantu menstabilkan harga," katanya.

Pada tinjauan itu, minyak masak MinyaKita dijual pada harga ditetapkan iaitu Rp14,000 seliter, manakala produk minyak masak premium lain berharga dalam lingkungan Rp16,000 (RM4.34) hingga Rp17,000 (RM4.60) seliter. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 4-2-2023 08:45 PM
Quote Samerosie 5-2-2023 08:08 AM
Kenapa nak kena tunjuk IC ada org telen ngan singapura ke dtg beli jugak?
Quote mamajawie 5-2-2023 07:48 PM
Ironinya pengeluar minyak sawit terbesar tapi minyak sawit utk rakyat bercatu..sama la cam sini gak
Quote Skuau 5-2-2023 08:03 PM
sementara itu di Msia Boleh....PATI pung...'dipermudahkan'...kalo nak beli.
Quote gigahertz 6-2-2023 09:12 PM
Samerosie: Kenapa nak kena tunjuk IC ada org telen ngan singapura ke dtg beli jugak?

bekalan tak cukup. diaorang tak nak ada seseorang kaut semua pastu jual balik.
bekalan kurang demand mesti tinggi gila gila. harga akan naik mendadak
Quote gigahertz 6-2-2023 09:12 PM
mamajawie replied at 5-2-2023 11:48 AM
Ironinya pengeluar minyak sawit terbesar tapi minyak sawit utk rakyat bercatu..sama la cam sini gak

satu satunya pengeluar yang rugi bila jual produk adalah Malaysia dan Indonesia.
Quote felinecat 6-2-2023 09:21 PM
Meanwhile in Malaysia, minyak diseludup ke negara jiran
Quote green~tea 6-2-2023 09:23 PM
Edited by green~tea at 6-2-2023 09:24 PM

Tarik je lah subsidi minyak masak.. alahai

Tak kisah la memane pun..
Quote jasmeen 7-2-2023 04:16 AM
green~tea replied at 6-2-2023 09:23 PM
Tarik je lah subsidi minyak masak.. alahai

Tak kisah la memane pun..

kenapa cakap macam tu...bukan perlu ke subsidi ni ?...
Quote green~tea 7-2-2023 07:30 AM
jasmeen replied at 7-2-2023 04:16 AM
kenapa cakap macam tu...bukan perlu ke subsidi ni ?...


Sebenarnya ada banyak dah method utk bg subsidy secara bersasar & betul2 dpt kat golongan yang perlu, elak KETIRISAN especially kepada warga asing yg menyeludup & sesuka hati pakai barang subsidi kita.. method2 baru ni antara berani nak implement  atau tak je...

Sbb bila nak implement kena inform public bebetul, sbb rreaction tu +ve or -ve, baru berkesan.. contoh cam GST dulu, walau bagus, tp cara perlaksanaan & cara penyampaian kat public tu tak berkesan langsung.. end up back fired...

Subsidi kalo tak kawal ketirisan & terlalu byk akan jadi negara socialist end up bankrupt mcm GREECE
Quote sangbara2020 7-2-2023 08:06 AM
entahlah..bnde xkaji bebetul pastu nyusahkan org
Quote capiloton 7-2-2023 11:01 AM
benteras dulu minyak peket seludup yang terlepas bertan tan ke thailand

yang jadi pengkhianat negara, elok di hukum gantung saja.
dan kuburkan tanpa nesan.
Quote kemaruk 7-2-2023 11:04 AM
Ramai sangat ke pati kat indon sana?

Expat pulak hadap ke minyak murah nih?
Quote mamajawie 7-2-2023 11:39 AM
gigahertz replied at 6-2-2023 09:12 PM
satu satunya pengeluar yang rugi bila jual produk adalah Malaysia dan Indonesia.

itu la psal..bangang abadi

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053876 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top