CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kejar Lelaki Bogel Berlari Di Jalan Raya

3-2-2023 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 919| Komen: 0

Seorang lelaki yang didakwa di bawah pengaruh dadah berlari tanpa seurat benang di sebatang jalan raya di Argentina sehingga mengganggu lalu lintas, lapor portal berita MailOnline.

Klip video kejadian pada Rabu lepas itu dirakam seorang pejalan kaki menunjukkan Adrian dikejar anggota polis di sebuah kejiranan di Buenos Aires.



Seorang lelaki berlari dalam keadaan bogel di sebuah kejiranan di Buenos Aires pada Rabu lalu. - La Nacion

Menurut portal berita Contexto Tucuman, Adrian dilihat jiran-jirannya berjalan keluar dari bangunan kediaman mereka dalam keadaan bogel sebelum menghubungi talian kecemasan 911 untuk melaporkan perkara itu.

“Dia tidak melawan apabila ditahan,” kata seorang anggota penguatkuasa undang-undang kepada saluran berita TN, manakala Adrian memberitahu polis, dia mengambil dadah di sebuah parti.

Adrian dibawa ke Hospital Pirovano dan dimasukkan ke unit kesihatan mental untuk penilaian ke atas dirinya.


Ada pengguna media sosial yang bergurau dengan berkata, lelaki itu berlari dengan perlahan manakala yang lain menyatakan anggota polis kurang berminat untuk menangkapnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.130554 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top