CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Berangan Nak Perbaharui Lesen Premis Jika Tandas Bukan ‘A’

3-2-2023 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1981| Komen: 30

Premis perniagaan makanan yang gagal memperoleh sijil A bagi kebersihan tandas mungkin tidak akan dibenarkan memperbaharui lesen.

Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan tersebut selaras dengan dasar BMW iaitu Bersih, Menawan dan Wangi yang diperkenalkan kerajaan.


Dasar tersebut akan dilaksanakan secara tiga fasa bermula tahun depan.


IMBAS KEMBALI. Kor Ming periksa bekas syampu yang tidak berganti baharu dan paip air tidak berfungsi di tandas awam Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

“Untuk semua restoran makanan (F&B) bermula tahun depan di peringkat kawasan bandar raya semua wajib mendapat sijil A untuk tandas iaitu restoran, hotel, warung kopi, kedai mamak dan lain-lain.

“Jika tidak capai kebersihan sijil A maka pembaharuan lesen mungkin tidak dibenarkan. Kita akan ada garis panduan jelas perkara yang perlu dibuat,” kata Kor Ming.


Katanya, peringkat majlis perbandaran akan dikuatkuasakan bermula tahun 2025 dan peringkat majlis daerah pada tahun 2026.

Tambah Kor Ming berkata, sejumlah 18,000 tandas akan terlibat dalam dasar itu.

“Kita nak pastikan dia BMW selaras dasar KPKT. Ia akan meningkatkan imej negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kita tidak mahu ada lagi tandas berbau busuk, kurang senang hati. Kita akan melihatkan pemegang taruh seperti persatuan-persatuan kedai dan penjaja,” kata Kor Ming.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat kementerian di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada 4 Januari lalu, MalaysiGazette melaporkan, Kor Ming mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memastikan semua tandas awam bertaraf BMW.

Serentak itu, Kor Ming telah mengarahkan 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mewujudkan unit pemantauan kebersihan tandas awam.

Justeru, katanya, setiap tandas awam mesti bertaraf BMW sekali gus meningkatkan persepsi rakyat terhadap PBT.

Menurut Kor Ming, kebersihan tandas awam khususnya yang menjadi destinasi utama pelancongan berkait rapat dengan imej negara.

Katanya, PBT di seluruh negara perlu melaksanakan kerja penyelenggaraan mengikut jadual supaya memastikan tandas awam di negara ini sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, berfungsi baik dan teratur.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abc246 3-2-2023 09:59 PM
Elok la. Tandas bersih mencerminkan macam mana owner jaga kebersihan dapur dan seluruh restoran
Quote Decaffeinated 3-2-2023 10:28 PM
Ini yang ditakuti ummah kot bila PAP eh DAP memerintah

Aku pernah tulis restoran cina rata2 bersih dorang most likely tak akan ada masalah nak comply. Kita tengok lah nanti siapa yang mula2 akan menggelupor

Quote bintangct 4-2-2023 01:00 AM
strongly agreed
skg ni keje mencuci makin byk gadjet n pencuci mcm² jenis ada.. yg spray xyah gosok² pu  ada Kenapa la pengurus restoran malas sgt nk jaga tandas
Quote cmf_jeangrey 4-2-2023 01:06 AM
Yes moving forward..lama dah tunggu implementation mcm ni
Quote Perawankota 4-2-2023 04:57 AM
Kalau pi mana2, kalau tandas pon kotor, maknanya... Pernah sekali pi tandas mekdi, sekali terbaru mcm bangkai tikus, tapi bau dia mcm ujung2 jer.. Kuat tak kuat.. Tapi Lepas baper bln singgah lagi makan kt situ, dah tak der bau.. Tapi mekdi tu, staff nak bersihkan table pon lambat. Customer pon makan bersepah2 atas meja pastu tak nak buang sampah wlupon tong kat sebelah table jer.. Ikut Hati tak nak pi situ, tapi Kadang2 ada lak yg nak makan mekdi la apa..
Quote cmf_acura 4-2-2023 07:22 AM
Decaffeinated replied at 3-2-2023 10:28 PM
Ini yang ditakuti ummah kot bila PAP eh DAP memerintah

Aku pernah tulis restoran cina rata2 bersih  ...

gerai cina laa paling teruk...tak percaya?? dengan usus tergantung2... usahkan tandas...
BTW, biasanya gerai tidak mempunyai tandas.. dan kompleks gerai yg mempunyai tandas... , kecuali gerai stand alone.
sepas ni gerai ini dah tak buka kemudahan tandas...dah, hanya buka untuk check
nak maintain A katanya.

It always too good too be true
Quote Decaffeinated 4-2-2023 03:30 PM
cmf_acura replied at 4-2-2023 07:22 AM
gerai cina laa paling teruk...tak percaya?? dengan usus tergantung2... usahkan tandas...
BTW, bias ...

Gerai mana ada yang bersih. Tu pasal kena pergi restoran.

Quote SayaSayangMama 4-2-2023 04:51 PM
cina nampk mcm pengotor sbb mkan babi, tp dr segi pengendalian makanan tu depa bersih sbnarnya. iols dr kecik mak iols tanam dlm minda yg cina tu pengotor pengotor, tp bila dah tua ni mcm baru tersedar dr lamunan. kami duk di perumahan ramai cina. perumahan kami bersih, banding dgn perumahan yg ramai melayu dah nampk comot buruk, wlu dibina tahun 2000 (dua dua perumahan di tahun yg sama)
Quote gigahertz 4-2-2023 06:02 PM
bintangct replied at 3-2-2023 05:00 PM
strongly agreed
skg ni keje mencuci makin byk gadjet n pencuci mcm² jenis ada.. yg spray xyah gosok ...

Free ma. Cuba kalau kata letak harga.
Quote gigahertz 4-2-2023 06:04 PM
SayaSayangMama replied at 4-2-2023 08:51 AM
cina nampk mcm pengotor sbb mkan babi, tp dr segi pengendalian makanan tu depa bersih sbnarnya. iols ...

I ni melayu duduk kawasan cina semenjak celik mata.
cina boleh di katakan positives vibes.
Ada amoi joging, ada taichi. Kalau 10 malam semua dah senyap
I duduk kawasan shah alam ..gi restoran makan awek melayu
Pakai shot panta makan wei. Terkejut i tengok.
Quote nefnefnef 4-2-2023 06:57 PM
Bak kata Abdul Wahub, ini undang-undang sangat  baik!
Quote orkidorkido 4-2-2023 09:35 PM
Bagus. Sokong. Jamban pelita bangsar pun dahsyat. Patut kena jer
Quote pinkpunk 7-2-2023 03:38 PM
baguslah.. rakyat msia pengotor sgt.. dlm byk tandas, tandar RNR je bersih pasal cleaner mmg standby kt situ
Quote She-Ra 7-2-2023 03:40 PM
iols pun kalau pegi kedai makan, mesti akan pegi ke tandas
sambil lalu tu, jeling2 keadaan.. sampai tandas haaa ko pikir la sendiri
Quote mizruncing 7-2-2023 03:41 PM
ni aku setuju. tak paham aku jenis manusia dah guna toilet tak reti nk flush. pas tu buang je tisu kat lantai ikut suka mak pak ko yg punya. dengan bau hancing macam tak pernah basuh setahun. eeii pantang aku toilet kotor2 ni
Quote zuliana29 7-2-2023 03:45 PM
sokong.... jgn lupa bidettt..
Quote tripleid 7-2-2023 04:13 PM
Edited by tripleid at 7-2-2023 04:16 PM

Terbaik Nga Kor Ming..kenot brain org  yg suka mencekik roti canai mamak..mostly kdai mamak/melayu sabun dlm tandas pun takde..imagine dorg uli2 tepung pakai bare hands yg x cuci lepas dorg basuh berak..mmm dapnyehhh
Quote syamzana 7-2-2023 04:20 PM
rule ni sangat bagus. iols sejak ada anak 4thn suke nau membeser bila berjalan ni mmg stress bila masuk toilet resto2.
resto seafood  kat banting siap ada surau tp toilet sebelahnya masyaallah anak i yg kecik tu pun taknak kencing. iols smpai skrg dok teringat toiletnya
belum lg jenis kene simbah sendiri, lubang berkerak sejenis berak mmg tak perati keliling kot. bukak seluar asal jalan je
Quote asudau 7-2-2023 04:22 PM
cantik macam mana pun toilet, tapi pengguna pengotor, tak guna jugak sis. Mcm toilet dekat starhill galery, toilet kemain cantik, tapi bila bukak penutup jamban, (seram sejuk, bila nak bukak penutup jamban kalau ditutup), nah kot, tisu segumpal dan taik tak flush..ayoo...tak check ke sis,sebelum keluar...aduhai..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037133 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top