CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rais Saran DBKL Wujudkan Kawasan Warisan 'Dunia Melayu'

3-2-2023 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 743| Komen: 8

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disaran mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.


Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang mengutarakan saranan itu berkata, ini kerana setakat ini belum ada kawasan khusus sebegitu untuk tatapan para pengunjung di ibu negara.


Utusan

"Kita ada Little India di Brickfields dan China Town di Jalan Petaling. Saya amat percaya DBKL mampu merealisasikan hasrat ini untuk menaikkan taraf Bandar Raya Kuala Lumpur, yang akan menjadi tarikan utama pengunjung dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah di Parlimen di sini.

Rais berkata projek 'Dunia Melayu' itu boleh mengandungi susunan budaya yang menarik perhatian pengunjung luar dan dalam negara termasuk seni, cara hidup budaya tinggi, pertukangan tangan, muzik, seni teater dan makanan warisan Melayu.


Beliau turut berharap DBKL dapat bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memajukan sudut kegiatan seni budaya sekali seminggu di Jalan Tuanku Abdul Rahman serta menggalakkan persembahan teater yang boleh dikunjungi warga seni budaya.

Menurutnya Yayasan Budi yang diasaskannya akan mengikhtiarkan beberapa kemudahan dan kandungan kegiatan budaya pada setiap hujung minggu seperti pameran seni budaya, pemuzik jalanan, pertunjukan seni budaya dan makanan warisan Melayu untuk dipertontonkan dan dinikmati oleh para pengunjung dan warga Kuala Lumpur.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 3-2-2023 06:39 PM
Kalo selayang, warisan dunia rohingya
Kalo tmn connaught, warisan dunia african
Kalo kg baru,warisan indon
Kalo jln silang, warisan paki nepal bangla
Quote ajinomotonosuga 3-2-2023 07:05 PM
cmf_premierleag replied at 3-2-2023 06:39 PM
Kalo selayang, warisan dunia rohingya
Kalo tmn connaught, warisan dunia african
Kalo kg baru,warisa ...

Warisan Pondan plak..mana?
Quote cmf_premierleag 3-2-2023 07:05 PM
ajinomotonosuga replied at 3-2-2023 07:05 PM
Warisan Pondan plak..mana?

Tu kat tasik permaisuri, bdr  sri permaisuri cheras
Quote kakikuDibibirmu 3-2-2023 07:08 PM
Ni bercadang ke soalan?

[youtube]pyL3zR-TOPI[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 3-2-2023 07:09 PM
Robengah tersenyum sinis dengan Rais Orphan
Quote blue_blur 3-2-2023 07:12 PM
celah mana lagi ada kat kl warisan melayu nya? yistana negara tu pun taikun cina asal punya (waris2 dia sekarang mana ek? geng dragon?)

kat klang punya la banyak, kerabat sendiri pun tak hargai ntah apa sebab, kenapa tak nak sentuh luar kl juga?

atau dia bagi hint nak convert sebahagian kampung baru macam china town / brickfields?
Quote Adrif 4-2-2023 11:11 AM
haritu tengok variety show korea, dioarang melawat kawasan warisan kat sana

perkampungan budaya ke apa namanya ntah

besar gila kawasan tu

masalahnya, kat Malaysia ni bila buat, macam takde perancangan. satgi sia-sia. lingkup

contohnya, MAPS kat Ipoh nun
Quote stingerpressor 4-2-2023 11:20 AM
Tak payah ler mercu mercu tanda utk melambangkheun warisan melayu jika warisan UNIVERSAL ,yaitu menjaga kebersihan tandas awam dan common place iteww sendiri macam siyalllll....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.304980 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top