CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tonto Terpedaya, Anggota JPJ Menyamar Jadi Orang Awam- 26 Lori Terlebih Muatan Ditahan

3-2-2023 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 697| Komen: 1

Besut: Penyamaran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai orang awam berjaya mengaburi mata pemberi maklumat atau 'tonto' apabila 26 lori membawa muatan batu kasar secara berlebihan ditahan dalam operasi dua hari berakhir Selasa lalu.


Difahamkan, tindakan 'tonto' sebelum ini menyebabkan pemandu lori bebas membawa muatan batu secara berlebihan dari Kuari Bukit Yong, di sini, ke Kampung Bintang, Setiu, membabitkan jarak perjalanan sejauh kira-kira 30 kilometer.

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata, menerusi operasi yang dilakukan dengan kerjasama polis itu, sebanyak 89 lori diperiksa dan 26 daripadanya dikenakan notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dengan jumlah keseluruhan 133 notis.


Foto: Harian Metro

"Lima kes membabitkan kesalahan lebih muatan, empat kes membawa muatan secara berbahaya, teknikal (63 notis) dan 61 notis membabitkan lain-lain kesalahan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.


Katanya, pihaknya terpaksa melakukan penyamaran kerana kehadiran 'tonto' menyebabkan beberapa operasi yang dijalankan sebelum ini gagal.

"JPJ dengan kerjasama polis akan melakukan pemantauan secara berkala di sepanjang laluan terbabit bagi memastikan lori yang membawa muatan batu ke tapak pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Bintang, Setiu itu mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abc246 3-2-2023 10:13 PM
Good job jpj

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067073 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top