Seorang pelanggan terkejut apabila mendapati roti yang dipesan daripada sebuah restoran terkenal berkulat. Menurutnya ia seperti sudah beberapa minggu dimasak namun dipanaskan berulang kali.
Menerusi hantaran di Facebook, individu terbabit enggan memanjangkan isu berkenaan walaupun roti berkulat itu sudah dimakan oleh anaknya hampir separuh. "Sis tak mau bising-bising.. dapat roti hot roll add on kulat nasib tak tumbuh cendawan.. anak dah makan half. "Dia nak makan hotdog je sekali ambik.. ada perisa tambahan, nasib jugak nak buang roti tu kalau tak habis ditelannya." Menurutnya lagi pihak restoran telah bertanggungjawab atas insiden tersebut dengan menggantikan dengan roti hot dog lain serta memberi voucher kepadanya. Dalam masa yang sama wanita itu berharap pekerja di mana-mana restoran makanan supaya lebih peka dengan perkara sebegini kerana bimbang dapat menjejaskan kesihatan pelanggan.
"Kerja kedai jual makanan patut kena alert la benda macam ni bahaya tau, buatnya jenis perut tak tahan ke apa." Di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa jijik dan loya melihat roti dipenuhi kulat itu. Malah, ramai juga yang meluahkan rasa kecewa terhadap pihak restoran kerana tergamak menjual makanan yang sudah busuk dan berkulat. -CARI
|
orangbiasaje replied at 3-2-2023 01:52 PM
Zus...jual kopi je la...bab makanan dah berkali2 fail. Asyik berkulat
noorhairiahma replied at 3-2-2023 02:35 PM
selalu, eh?
u pernah kena?
u beli apa?
sarahmirza replied at 3-2-2023 02:15 PM
Bagus sis ni... Walaupun tak bagi tau kedai apa tapi bagi gambar sipi2 org boleh tau. I memang dah l ...
supernaturalee replied at 3-2-2023 03:28 PM
iols gigih besarkan gmbr tp xdpt detect
tgk kt #² yg bnyk tu br perasan terang2 dia letak
doubleharmonic replied at 3-2-2023 03:35 PM
baris pertama ayat dah sebut nama kedai
supernaturalee replied at 3-2-2023 03:28 PM
iols gigih besarkan gmbr tp xdpt detect
tgk kt #² yg bnyk tu br perasan terang2 dia letak
ADVERTISEMENT