CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vape Dan Shisha Elektronik Haram Di Thailand

3-2-2023 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 872| Komen: 9

BANGKOK – Seorang peguam memberi amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda berat sekiranya didapati memiliki rokok elektronik termasuk vape di Thailand, lapor akhbar The Nation Thailand.


Ronnarong Kaewpetch mengulas isu tersebut selepas kekeliruan orang ramai terhadap kes polis Bangkok yang didapati bersalah mengambil rasuah daripada seorang aktres Taiwan. 

Dua pegawai polis berpangkat kapten polis dan lima orang sarjan dari balai Huay Kwang berdepan dakwaan tatatertib dan jenayah selepas menahan aktres, Charlene An kerana membawa vape pada 5 Januari lalu sebelum meminta wang sebanyak 27,000 baht (RM3,491).

Gambar Hiasan

Pengguna media sosial di Thailand keliru dengan penahanan Charlene An apabila peranti vape tersedia dan digunakan secara meluas di negara itu.

Ronnarong malah memberi amaran bahawa mereka yang ditangkap menghisap vape boleh dipenjara lima tahun dan dikenakan denda empat kali ganda berbanding harga peranti itu.


Tambah beliau, perbuatan menghisap vape di khalayak ramai melanggar Seksyen 42 akta kawalan tembakau yang membawa hukuman denda 5,000 baht (RM646).

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Thailand mengharamkan import peranti rokok elektronik, shisha dan shisha elektronik pada 2014, yang juga meliputi cecair vape.

Perbuatan mengimport peranti atau cecair vape adalah melanggar Seksyen 20 akta import/eksport yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau denda lima kali ganda nilai barangan.

Lembaga Perlindungan Pengguna juga mengharamkan penjualan peranti itu pada 2015 dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan/atau denda 500,000 baht (RM64,643) menanti mereka yang didapati bersalah. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-2-2023 02:37 PM
Klu buat mni kt Malaysia, nangis lah pengusaha2vape kt sini.. Dh x leh buat filem sampah lagi..
Quote sharlenetexas 3-2-2023 02:41 PM
Sayangilah paru-paru anda.


Quote manehnya 3-2-2023 02:48 PM
mmg dah diwartakan x boleh..

haha. kulum cannabis ketom x pe
Quote airfilterkotor 3-2-2023 06:09 PM
Tapi isap marihuana takpe. Biol.
Quote kakikuDibibirmu 3-2-2023 06:17 PM
sharlenetexas replied at 3-2-2023 02:41 PM
Sayangilah paru-paru anda.

Sayangi paru-paru anda setiap hari.... Vitagen!

[youtube]FbrDROKBfXo[/youtube]
Quote blue_blur 3-2-2023 06:43 PM
kakikuDibibirmu replied at 3-2-2023 06:17 PM
Sayangi paru-paru anda setiap hari.... Vitagen!

vitagen....diabetese mengintai!
Quote Decaffeinated 3-2-2023 07:16 PM
Pengguna media sosial di Thailand keliru dengan penahanan Charlene An apabila peranti vape tersedia dan digunakan secara meluas di negara itu.

Samalah polis kalau tahan pelacur pun orang Thai akan keliru atas sebab yang sama
Quote Abc246 3-2-2023 10:17 PM
Good action
Quote CikYaYaYa 4-2-2023 03:21 PM
Harap Malaysia buat macam nie gak sebab aq menyampah dengan manusia yg sukaa isap vape laa pod laa merata2 xkira tempat

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.050568 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top