CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alami Tekanan Sebab Putus Cinta, Wanita Bertudung Nak Terjun Dari Jambatan Putrajaya

3-2-2023 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7989| Komen: 114

PUTRAJAYA – Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan akibat putus cinta berjaya diselamatkan selepas cuba terjun dari Jambatan Wawasan di Presint 2 di sini, dalam kejadian awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 6.25 pagi memaklumkan tentang seorang wanita yang dilihat cuba terjun dari jambatan tersebut.

Foto: Kosmo 

“Susulan itu, sepasukan anggota polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan wanita itu berjaya dipujuk sekali gus membatalkan hasrat untuk terjun dari jambatan tersebut beberapa minit kemudian.

“Rakaman percakapan mangsa telah diambil dan wanita berusia awal 20-an itu mengaku cuba terjun ke dalam tasik di jambatan itu selepas teman lelakinya bertindak memutuskan hubungan dengan alasan wanita berkenaan mempunyai masalah mental,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Difahamkan, sebelum kejadian, wanita itu telah menerima panggilan daripada teman lelakinya yang menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dan akan berkahwin dengan wanita lain mengakibatkan dia hilang pertimbangan lalu cuba untuk terjun dari jambatan tersebut.

Menurut A. Asmadi, selepas menghantar wanita berkenaan pulang ke rumah, ibunya memaklumkan bahawa mangsa pernah mendapatkan rawatan psikiatri dan baharu sahaja disahkan sembuh.

“Pegawai Penyiasat kemudiannya telah membuat semakan di Bahagian Psikiatri sebuah hospital di Perak dan mengesahkan bahawa wanita berkenaan ada menerima rawatan di sana dengan tarikh rawatan terakhir pada 11 November 2022 dan bergantung kepada ubatan yang dibekalkan doktor.

“Wanita tersebut kemudiannya telah dibawa oleh Pegawai Penyiasat untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya dengan ditemani oleh ahli keluarganya,” ujar beliau. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 3-2-2023 02:08 PM
Kenapa i nampak mcm nisha ezzati
Quote bulanbulat 3-2-2023 02:16 PM
bulanbulat: Kenapa i nampak mcm nisha ezza ...
dia tgh hepi ja ngan laki dia
Quote Samerosie 3-2-2023 02:19 PM
"...selepas teman lelakinya bertindak memutuskan hubungan dengan alasan wanita berkenaan mempunyai masalah mental,”
-----
No komen.
Quote cheezel 3-2-2023 02:24 PM
Bodoh. Kang situ jd port bunuh diri plak.
Quote cheezel 3-2-2023 02:25 PM
Kalau nk terjun dah lama terjun. Nak attention je kann?
Quote manehnya 3-2-2023 02:45 PM
dah jangkit dr penang ke putrajaya plak...

yg sampai nk bunoh diri nape? terbagi sesuatu kt bofren kew...
Quote cikatilia 3-2-2023 02:45 PM
sekali terjatuh.. masa tgh di atas udara tu terpikir kesal semua... huhuhu

mcm ada video aku gk lelaki gantung diri.. otw suicide menyesal..

menggelupur nak putuskan tali nak pegang atas pintu tu.. anak2 pon sibuk nak turun kan tali.. nak tahan badan mmg xla... mcm mati aje..
Quote prettyuglybabe 3-2-2023 04:11 PM
betul la.. kalau betul dia nak bunuh diri, dah lama dia bunuh diri..
takdenya nak duduk termenung dulu atas jambatan tu..
Quote noor2 3-2-2023 04:21 PM
X de pulak laki akj citer.
.smlm dgn hari ni dia meeting kat Putrajaya
Quote sharlenetexas 3-2-2023 04:31 PM
Alamak jadi port la pulak.


Quote TabletSusu 3-2-2023 04:55 PM
lenkali x yah lah pujuk2 dr atas. biar je dia terjun, bawah tu air. polis tgu je kat dlm air tu. lagi senang nak selamatkan.
Quote sukacactus 3-2-2023 05:34 PM
Oh terbukti la mental ye
Jangan skip ubat plak lps ni
Quote gigahertz 3-2-2023 06:13 PM
cheezel: Kalau nk terjun dah lama terjun. Nak attention je kann?

kalau i ada kat situ. insyallah i akan ter-tolak beliau

Quote pocongkiutss 3-2-2023 06:19 PM
Ni kalau Fara Shuk..iols biar je
Quote midori888 3-2-2023 06:20 PM
Alhamdulillah selamat exbf dari kawen dgn ppuan sakit mental....
Quote lasagnaklcc 3-2-2023 06:20 PM
Kul 6 pagi org dah keluar rumah. Kalau pukul 3 4 pagi maybe org tak perasan.

Semoga kuat la dik. Kumbang bkn sekor.
Quote farishaziqi 3-2-2023 06:39 PM
3 - 4 pagi pon kadang2 dah ada orang joging area putrajaya ni sib baik tak pernah jumpa
biasa kalau terjumpa orang macam ni memang kena tegur tanya ada masalah ker tak
Quote stingerpressor 3-2-2023 06:41 PM
noor2 replied at 3-2-2023 04:21 PM
X de pulak laki akj citer.
.smlm dgn hari ni dia meeting kat Putrajaya

Laki ko sebelah mana pulak? Ini laki yg kedua keww? Yg pertama what telah happen?
Quote Suchi 3-2-2023 06:59 PM
Pakwe dia pun tak sanggup nak jalani hidup dgn dia.
Gamaknya masa bercinta pun byk menda2 yg memeningkan kepala nak kena hadap.
Perempuan ni manusia rumit, mental dia sihat pun dia tetap rumit
Sejenis nak kan perhatian manjang pastu nak sesuatu takmo ckp tapi harapkan pasangan tu ade telepati leh teka dia nk mkn apa aritu, nk jln2 mana  aihhhh…

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.200651 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top