CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Maaf Tapi Saya Suka Suami Awak' - Lagi Alif Digoda Penyondol Berani Mesej Instafamous Minta Bermadu

3-2-2023 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4099| Komen: 21

Ketika isu 'penyondol' rumah tangga hangat diperkatakan netizen, usahawan dan instafamous iaitu Aisyah Hijanah turut mendedahkan pengalaman sama apabila ada wanita cuba mendekati suaminya, Mohd Hazalif.


Cerita Aisyah, 24, wanita berkenaan bertindak berani menghantar emel kepadanya mengaku menyukai Alif dan sedia hidup bermadu.

Menerusi Instastory, Aisyah menegur individu berkenaan supaya menjaga batas dan tidak melakukan sesuatu perkara yang sia-sia.


Lagi Alif Digoda ‘Penyondol’, Berani Mesej Instafamous Minta Bermadu


"Saya hide semua details awak sebab tak nak orang tahu awak siapa. Cuma awak perlu tahu batas.

"Kalau lelaki dah tak nak, rasanya kita pun boleh faham sendiri," katanya.

Dalam paparan yang dimuat naik oleh Aisyah itu, wanita tersebut turut memberitahu dia berada di Makkah ketika mereka sedang menunaikan umrah sebelum ini.


Malah, wanita itu memberitahu dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Alif dan hanya mampu melihat dari jauh kebahagiaan mereka.

Menerusi satu hantaran yang lain, Aisyah turut menasihati kaum wanita supaya mempunyai sumber pendapatan sendiri agar boleh meneruskan hidup jika rumah tangga diganggu orang ketiga.



"Kita kena ada duit atau pandai cari duit supaya kalau lelaki kena sondol kita masih boleh boleh teruskan hidup, upah peguam untuk beri pengajaran kepada penyondol dan sara anak-anak.

"Kita sendiri boleh memilih nak cari suami orang atau lelaki bujang. kalau tindakan kita akan rosakkan rumah tangga orang, lebih baik hentikan," ujar.

Sementara itu, Alif pula memberitahu dia diserang dengan pelbagai komen dan mesej yang menasihati supaya tidak berlaku curang terhadap isterinya.

Enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut, Alif berkata gambar profilnya bersama keluarga di media sosial sudah cukup menjadi bukti mereka kini masih bahagia.

"Sabar semua, yang buat hal bukan saya. Itu orang lain. Jangan DM saya tanya fasal perempuan itu. Cukup tukar profile picture untuk bagi mesej saya sudah kahwin," jelasnya.



Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, 2, dan Muhammad Hassan Syarif yang kini berusia empat bulan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 3-2-2023 01:37 PM
Musim babi2 tonyok ni berkeliaran ke?
Quote babelina 3-2-2023 02:06 PM
tahun arnab..babi yg popular hahaha..
Quote chilly 3-2-2023 02:12 PM
Varian baru Covid ke ni? Cobi kan nama varian baru ni? Covid + **bi. Nak kena cocok beksin jugak ke? Kemahen tuntas pantas cargas varian 2023 ni merebak.
Quote Zeatyisaac 3-2-2023 02:15 PM
Taknak kalah dia pun. Alahai.....
Quote Nizleen86 3-2-2023 02:17 PM
Astaga sapa pulak diorang ni nak limelight juga ka?
Quote seripahzeripah 3-2-2023 02:22 PM
Pompuan tu email ke dia ke?? Gigih beremail bagai ya..
Quote stokingpanas 3-2-2023 02:47 PM
wow teruknya perangai
Quote Bawang123 3-2-2023 02:57 PM
Serius la.... Muka laki mcm tu yg perempuan ni tergila²... Gurlll, low sgt par yg kau letak ni. Ke kau nak duit? Kalau bisnes laki bini ni tapi kau nak tumpang senang, melingkup la biz tu.. Tak berbaloi dik.. Tak comei mana pun anak kau nanti dpt laki gitu.
Quote matjerk 3-2-2023 03:22 PM
Email diri sendiri ke?
Quote Sachacha 3-2-2023 03:24 PM
Gitulah bila suka tunjuk bahagia ada mata² yg memerhati..

wukong bini tua tu takde sapa nak try ke..eh tiber
Quote matjerk 3-2-2023 03:25 PM
Bawang123 replied at 3-2-2023 02:57 PM
Serius la.... Muka laki mcm tu yg perempuan ni tergila²... Gurlll, low sgt par yg kau letak ni. Ke  ...


Aku pun laju2 scroll nk tgk muka toklaki dia mcm mana.. ingatkan atleast muka n tinggi  atleast  mcm Alif aziz ke...

Klu aku kak oi..sungguh pun ia kisah benar.. malu aku nak share.. buat jadi bahan jenaka jer.. org smpai email nak ke laki below par tu
Quote yatie86 3-2-2023 04:59 PM
Nk duit je la to
Quote margo20 3-2-2023 05:31 PM
Gigih nk email wasap suda tak pun dm mcm bohong je
Quote Abc246 3-2-2023 10:18 PM
Giler berani perempuan zaman sekarang. Tebal muka masing2
Quote jari10 3-2-2023 11:27 PM
stokingpanas replied at 3-2-2023 02:47 PM
wow teruknya perangai

In reality mmg wujud yah.. kawan aku sendiri pernah hadap benda ni mintak si isteri terima dia utk bermadu
Quote lyshafull 3-2-2023 11:28 PM
Rajin dia karang ayat agama percya pada rezeki bla bla bla
Last2 buat kontroversi gak nnk naikkan nama
Quote stokingpanas 5-2-2023 11:54 AM
jari10 replied at 3-2-2023 11:27 PM
In reality mmg wujud yah.. kawan aku sendiri pernah hadap benda ni mintak si isteri terima dia utk ...

Kawan kau nak jadi madu ke. Gila ke.
Quote flipolivio 5-2-2023 06:06 PM
lyshafull replied at 3-2-2023 11:28 PM
Rajin dia karang ayat agama percya pada rezeki bla bla bla
Last2 buat kontroversi gak nnk naikkan n ...

Theyols laki bini ni pemes sebab apa?
Quote azalia72 5-2-2023 10:20 PM
Mentang nama sama, boleh la tumpang sekaki isu hot kan.

BTW collection derma untuk baju raya dah dibuka ye

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062902 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top