CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Campak Album Sebab Terlalu Kecewa, Sissy Imann Kongsi Kisah Di Sebalik Jual Album RM20

3-2-2023 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3576| Komen: 35

Penyanyi Sissy Imann berkongsi kisah di sebalik keputusan untuk menjual album sulungnya dengan harga RM20 sahaja menerusi laman Instagram. 

Sebelum membuat keputusan untuk jual, Sissy yang dalam keadaan emosi tidak terkawal ketika itu mencampak albumnya yang berada di atas meja disebabkan terlalu kecewa dengan dirinya. 



IG

“Memang saya nekad tak nak tengok album ini, sebab itu saya jual supaya boleh bagi dekat orang. Sebenarnya ada kejadian sebelum saya buat keputusan untuk jual RM20. 

“Ia sangat peribadi, sebenarnya pada hari itu saya bangun tidur dan ada rasa kecewa. Saya keluar bilik nampak album ada atas meja, saya tak tahu apa difikirkan, saya ambil dan campak album itu.  

“Lepas itu, saya nampak album itu bawah kerusi dan terus menangis sepuas-puasnya. Saya ambil album itu dan letakkan semula atas meja kemudian masuk bilik, terus upload IG untuk jual. 


“Sebenarnya ayahanda dan bonda tahu saya nak jual pun selepas mereka tengok posting saya di IG,” katanya kepada Gempak. 

Sissy ditemui ketika majlis pelancaran album Abbey Road Sissy Imann di kediamannya yang terletak di Kajang, Selangor pada Khamis. 

Sementara itu, Sissy memberitahu dia mendapat kekuatan untuk melancarkan album yang telah dirakam di studio Abbey Road, London itu selepas keluarga dan rakan terdekat memujuknya. 



“Sejujurnya adalah kerana ayahanda, bonda, adik dan abang saya… apa yang ada di rumah saya (hiasan) untuk pelancaran album semuanya dilakukan oleh keluarga saya. 

“Masa mereka tengah hias-hias semalam (Rabu), dalam hati saya masih cakap ‘aku kan kata tak payah la buat’. Saya masih ada perasaan itu tapi apa yang menguatkan saya dan saya rasa perlu lakukan ini sebab keluarga saya. 

“Saya rasakan mereka berada bersama… bukan saya bikin album untuk pendengar yang menyokong saya tetapi untuk keluarga saya juga,” ujarnya. 



Terdahulu, Sissy dan Naim yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh Mas Idayu selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.

Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.

Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 3-2-2023 11:52 AM
Dh suara tu xsedap, gigih la hai nk minx suh 1 mlysia pujuk2 dia. Ngada nya . Kenapa la dia xkeja lain. 1001 keja lain dia bole buat pun, kcuali menyanyi.
Quote akuHavocczz 3-2-2023 11:53 AM
kata tak de hati kat album tapi beria buat pelancaran. kata nak bagi orang dengar, tapi donation start at rm 20. hahahah sembang lahhhh
Quote nicolebaby 3-2-2023 11:54 AM
you're not cut out for this industry lah....tough lah sikit.
Quote kotakominami 3-2-2023 12:41 PM
Aku salahkan org keliling dia sebab puji die nyanyi sedap....
Quote cikatilia 3-2-2023 01:33 PM
album tu RM1 pon belum tentu la aku nak beli..
baik beli cinggam
Quote dakewa 3-2-2023 01:40 PM
Suara kau biasa2 dekk
Quote diamondhoney 3-2-2023 01:44 PM
fanbase tak kuat, kuasa membeli lagi lah rendah..chuols takde casual listener pun sissy oi..macam mana orang teringin nak beli..marketing jual simpati kena hencap ngan juri tak boleh nak tolong
Quote lasagna 3-2-2023 02:04 PM
haa dok kajang ke sheol? adooiii buat malu org kajang jer hihihi..
xde ke sesapa yg dah beli album sheol and bg komen sket, nk tau gak sedap ke idok sora dia dlm album tu?? anyone?
Quote lasagna 3-2-2023 02:05 PM
cikatilia replied at 3-2-2023 01:33 PM
album tu RM1 pon belum tentu la aku nak beli..
baik beli cinggam

cinggam pun dah mahal skrg dik non..
Quote doubleharmonic 3-2-2023 02:26 PM
sekarang nampak khenss memang sissyboy ni yang kuat drama. dah sentap tu tarik je lah diri dari pertandingan tu tapi nan hado jah? ajl yang lagi gah tu pon boleh orang lain gantikan penyanyi asal inikan pulak takat pertandingan picisan gini yihhhh
Quote doubleharmonic 3-2-2023 02:36 PM
mohon berkubur dari industri cam babi shima tu yachhh. tak sedar diri suara hauk lagu tak sedap harapkan kontroversi sentap meratip je lah nak bagi nama ko naik tu pun kejap je lepas sendu di kuburan balik khenss
Quote cikatilia 3-2-2023 02:40 PM
lasagna replied at 3-2-2023 02:05 PM
cinggam pun dah mahal skrg dik non..

a ah yela.. 1 tu RM2++ xsilap.. kalau flavour special bole jadi RM3++

btw sebut pasal album aku penah dpt kaset free fazley yakob.. hahahahaha
aku buang terus
Quote doubleharmonic 3-2-2023 02:42 PM
mula2 memang la orang sokong ko sebab kesian tapi bila sambung sampai berpuluh season drama ko ni orang pon dah malas nak layan. ni hah dah nak masuk puasa tak lama lagi ko dah ganti ke belum puasa2 yang ko cuti dulu?
Quote stokingpanas 3-2-2023 02:43 PM
siapa dia ni. tak pernah dengar punn
Quote lasagna 3-2-2023 02:51 PM
cikatilia replied at 3-2-2023 02:40 PM
a ah yela.. 1 tu RM2++ xsilap.. kalau flavour special bole jadi RM3++

btw sebut pasal album aku p ...

hahaha tu jaman bli pya album tu? versi 1st rambut panjang tu kaa?
Quote babelina 3-2-2023 02:57 PM
ko kna ada team mcm nabila razali.. ko tgk cmna dia naik.. walaupn kn.. dpt program sana cni.. blakon sana cni..
Quote Noraniza_Iblis 3-2-2023 03:13 PM
die bile dh sorang nyanyi style2 menguap mengilai gini..
mula la semue nk ikut.. pastu yg buta music pun, ckp unik...unikk hangguk..
aku xleh blah time kt big stage die nyanyi lgu kak mitch kene puji sedap…
yihhh,, rase nk humban tv je iols dgr
Quote cikatilia 3-2-2023 03:21 PM
lasagna replied at 3-2-2023 02:51 PM
hahaha tu jaman bli pya album tu? versi 1st rambut panjang tu kaa?

asmara ini hahahahahahahaa

bukan sodap pon lagu mamat tu
sama je mcm sissi
Quote matjerk 3-2-2023 03:35 PM
Donation?
RM20?
Campak cd2 ni..jatuh ke lantai.. pungut balik... ambik gambar... dan JUAL "dari RM20"
OKAYYYY NOTED

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043225 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top