Pelakon Zarina Anjoulie yang kini bahagia harmoni dengan temannya, Datuk Seri Khazrul Elzey tampil berkongsi perkembangan terkininya di Instagram. Sambil menulis kapsyen seloroh di Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu mendedahkan selagi dia tidak mempunyai berat yang ideal, dia tidak akan dapat berkahwin.
“Tunang cakap kalau selagi tak turun sampai 55kg dia tak nk kawin lagi guys. Jauh lagi perjalanannya bang. Harap sabar la ye,” tulisnya. Perkongsian tersebut pantas menerima reaksi wargamaya yang terhibur dengan apa yang dimuat naik Zarina. Sementara itu di Insta Stories, Zarina yang mesra disapa Anju turut bersyukur atas kehidupannya kini. “Ramai cakap ‘Anju you look happier now.’ Alhamdulillah yes i am indeed happy. I found someone who can love me for ME. And can accept my flaws. Martin pun happy dapat ‘kakak ekspres’,” tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan Zarina dan Khazrul Elzey selamat bertunang pada Januari lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Mac depan. Sumber: Media HIburan
|
ADVERTISEMENT