CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selamba Mak Nubhan Reject Fiza Sabjahan Jadi Menantu, "Tak Nak, Dio Gaji Bosar"

2-2-2023 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13063| Komen: 114

Ibu kepada penyanyi, Nubhan Ahmad yang mesra disapa Mak Jenny itu sering menjadi perhatian ramai dek celotehnya yang sering mencuit hati ramai.

Berdasarkan sebuah program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nubhan dan Mak Jenny dijemput menjadi tetamu jemputan serta memasak menu rendang ayam cili api dan mi loka secara langsung.


Foto: IG

Perbualan tersebut bermula selepas pengacara, Uyaina bertanya sekiranya Mak Jenny mempunyai anak yang masih belum berkahwin.

Menurut Mak Jenny, dia mempunyai seorang anak lelaki berumur 41 tahun yang masih belum bertemu jodoh.

Susulan itu, Nubhan lantas bertanya sekiranya mahu pengacara, Fiza Sabjahan menjadi menantu ibunya itu.



Dengan spontan, Mak Jenny menolak Fiza dengan alasan mempunyai gaji sangat besar telah membuatkan ramai pihak berdekah.

“Tak nak dia (Fiza). Dia gaji bosar,” katanya dalam loghat Negeri Sembilan.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan celoteh Mak Jenny atas reaksi spontan yang sempat bergurau. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-2-2023 05:51 PM
Acik2 cakap lepas (tapi kelakar) camni kadang2 menceriakan hidup aiols bila ada gaydering ka apa2 event irl.
Quote rayna_raynes 2-2-2023 07:41 PM
orang nismilan selalunya memang menhiburkan. tak annoying cam makcik2 dr kedah/perlis
Quote Ferr_Remy 2-2-2023 07:47 PM
So retis ke mak die ni?
Quote intan244 2-2-2023 11:02 PM
sapa yg belum nikah tu. abang dia ke
Quote virgocircus 3-2-2023 05:49 AM
intan244 replied at 2-2-2023 11:02 PM
sapa yg belum nikah tu. abang dia ke

Yolah chuols...nubhan ni baru nk msk 40 rasanya
Quote Suchi 3-2-2023 07:09 AM
Takde ke gambo abang dia tu?
Quote newyork 3-2-2023 07:39 AM
Hahaha..selamba ja..
Quote rosedemon 3-2-2023 08:50 AM
so nk gosipkan apa ni
Quote bottompro 3-2-2023 08:54 AM
Mak Jenny cuba lah upload gambar anak sulong mak jenny, kalau helok nanti meols gi pinang anak mak jenny. gitttuuwww
Quote hayrin86 3-2-2023 09:31 AM
Aku kan ada..
Quote hayrin86 3-2-2023 09:33 AM

Bukan..            

Quote sweetfasha 3-2-2023 10:29 AM
bottompro replied at 3-2-2023 08:54 AM
Mak Jenny cuba lah upload gambar anak sulong mak jenny, kalau helok nanti meols gi pinang anak mak j ...

kalau nubhan tu agak helokkk.. kemungkinan abang dia pun helokkk gak
Quote Cerminputih 3-2-2023 10:33 AM
Hehe kelakar cara dia reject. Suka tgk mak jenny ngan nubhan.
Quote marchikobonzo 3-2-2023 10:35 AM
Seiras betul nubhan ngan wife dia
Quote Aneem 3-2-2023 10:44 AM
Acik jenny kata fiza tu tak reti masak. Tu tak nak amik jadi menantu. Mesti kering kejap darah fiza tu bila kena sound gitu
Quote beta_carotene 3-2-2023 10:52 AM
mempergunakan ibu untuk content..
Quote myvi132806 3-2-2023 10:54 AM
bangga sekejap si fiza org dh mention gaji dio bosaaa  
Quote cmf_kikey 3-2-2023 11:16 AM
bottompro replied at 3-2-2023 08:54 AM
Mak Jenny cuba lah upload gambar anak sulong mak jenny, kalau helok nanti meols gi pinang anak mak j ...

anak sulung mak jenny ni perempuan. yang abang nubhan tu yang nombor 6. Sorang je yang belum kahwin dari 8 orang tu.
Quote orangbiasaje 3-2-2023 01:22 PM
Comey jah omak jenny ni. Makanan dia pun sedap. Ada kedai kerepek paroi jual makanan dia kalau tak silap.

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051030 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top