CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zakar Penunggang Motosikal Digilis Beberapa Kenderaan Tercampak Di Stesen Minyak

2-2-2023 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 964| Komen: 11

Penemuan zakar manusia di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di negeri Alabama, Amerika Syarikat (AS) dikaitkan dengan kemalangan maut di mana seorang penunggang motosikal digilis beberapa kenderaan, lapor portal berita MailOnline semalam.


Pelanggan stesen minyak di lebuh raya rentas negeri Interstate 10 terkejut apabila menemui anggota badan manusia itu, demikian menurut akhbar Lagniappe.


Zakar manusia telah ditemui di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Alabama. - Peta Google

Jabatan Polis Bergerak (MPD) memberitahu bahawa kes itu tidak disiasat sebagai pembunuhan atau serangan, tetapi dikaitkan dengan kemalangan yang menyaksikan Christopher Means, 29, kehilangan nyawanya.

Means disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu. 


“Mangsa tercampak dari motosikal dan digilis oleh beberapa kenderaan,” demikian menurut kenyataan polis.

Lebuhraya Interstate 10 ditutup berjam-jam selepas empat kemalangan berasingan pada pagi itu. Menurut MPD, mereka kini sedang mencari pemandu yang melanggar Means dan memandu pergi.

Salah seorang pengguna di media sosial yang didakwa rakan kepada mangsa berkata: “Zakar yang terputus ditemui di stesen minyak bandar ini semalam.

“Ia milik mangsa kemalangan motosikal di tempat kerja saya. Badan lelaki itu berkecai dan zakarnya terpelanting di hadapan sebuah trak,” katanya. 

Masih tidak jelas mengapa mangsa hilang kawalan ke atas motosikalnya, namun siasatan masih diteruskan. 


Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-2-2023 05:34 PM
seriously?
erghhh


Quote _blackbird 2-2-2023 05:38 PM
igt kejadian di malaysia. ermm mana gambar zakar nya
Quote Kitty_catz 2-2-2023 06:54 PM
mana gambo nyehhh
Quote shernazz 2-2-2023 06:56 PM
Forumner semua bersatu nak tau mana gambarnya..
Quote MissYouSayang 2-2-2023 06:59 PM
LoL..
Quote stingerpressor 2-2-2023 07:02 PM
shernazz replied at 2-2-2023 06:56 PM
Forumner semua bersatu nak tau mana gambarnya..


Nampak urban ler ni boleh kuarkheun ayat seperti ini? Chill hip cool and happening? Tak kolot? Tak juga menampakkheun maruah suami tercalar dgn isteri yg cool seperti ini...?

Quote shernazz 2-2-2023 07:14 PM
stingerpressor replied at 2-2-2023 07:02 PM
Nampak urban ler ni boleh kuarkheun ayat seperti ini? Chill hip cool and happening? Tak kolot? Tak ...



Hahahahahaha
Quote insulin 2-2-2023 07:42 PM
shernazz replied at 2-2-2023 06:56 PM
Forumner semua bersatu nak tau mana gambarnya..

Mohon buka seluar laki korang masing2. Benda tu sama je.
Quote Decaffeinated 2-2-2023 08:27 PM
Tak panggil ahli keluarga ka untuk pengecaman?



Quote shernazz 2-2-2023 08:55 PM
insulin replied at 2-2-2023 07:42 PM
Mohon buka seluar laki korang masing2. Benda tu sama je.


Hahahaha
Quote stingerpressor 2-2-2023 08:59 PM
insulin replied at 2-2-2023 07:42 PM
Mohon buka seluar laki korang masing2. Benda tu sama je.

Ada ler iteww yg tak proportionate atau tak puas hati dgn lakinya punya yg perlu kepastian dgn lihat punyaan org lain...

Kahkahkahkah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040602 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top