CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Maut Di Lebuhraya Utara-Selatan, Treler Brek Mengejut Sebab Ada Kereta

2-2-2023 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1079| Komen: 8

Pemandu treler terlibat kemalangan di Kilometer 371.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Slim River malam tadi, dipercayai membrek kenderaannya secara mengejut, menyebabkan ia terbabas lalu terbalik.


Ia dapatan awal siasatan polis, menurut Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir, yang turut mengenal pasti mangsa sebagai Mohd Nor Afzam, 36 tahun, beralamat di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Mohd Hasni berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan maut itu pada kira-kira jam 11 malam.


Menurut polis, pemandu treler brek mengejut di lokasi kejadian sebelum kemalangan kerana terdapat sebuah kereta di hadapannya, lantas gagal mengawal kenderaan lalu terbabas. - Foto JBPM Perak

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati treler dalam perjalanan dari dari Pulau Pinang hendak ke Kajang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa telah membrek mengejut kerana terdapat sebuah kereta di hadapannya, nombor pendaftaran tidak pasti.

"Ia menyebabkan treler hilang kawalan lalu terbabas, melanggar dan terseret di besi pembahagi tengah jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.

Menurutnya lagi, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu, treler yang terlibat membawa muatan minyak hitam dan diesel.

Menurutnya, dua buah kren digunakan untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nora_balqis 2-2-2023 04:47 PM
inalilahhiwainalilahirojiun
Quote supernaturalee 2-2-2023 05:32 PM
inalilahhiwainalilahirojiun
Quote cap_ayam 2-2-2023 05:36 PM
Innalillahiwainnailihirojiun. Salam takziah.
Quote Belibis 2-2-2023 05:45 PM
Innaalillah.
Kalau tak brek,langgar kereta depan..jenuh makan maki hamun pulak.
Quote airfilterkotor 2-2-2023 05:57 PM
Edited by airfilterkotor at 2-2-2023 06:01 PM
Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa telah membrek mengejut kerana terdapat sebuah kereta di hadapannya, nombor pendaftaran tidak pasti.

Brek mengejut ni.... samada terlelap atau main henpon sambil memandu... tau-tau keta depan dah dekat.
Atau... keta depan tiba-tiba perlahan secara mengejut.

Apapun, salam takziah buat keluarga mangsa.

Quote rogayahtop 2-2-2023 06:08 PM
salam takziah utk famili. al fatihah
Quote stingerpressor 2-2-2023 06:10 PM
@Dunhill

Please update...
Quote Decaffeinated 2-2-2023 08:24 PM
Belibis replied at 2-2-2023 05:45 PM
Innaalillah.
Kalau tak brek,langgar kereta depan..jenuh makan maki hamun pulak.

brake lah slow2 insya Allah tak tergolek


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.115975 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top