CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Lelaki Masuk Kedai Baju Untuk 'Main'

2-2-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1244| Komen: 5

Pasukan polis Tangerang Selatan berjaya menumpaskan kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik sebuah kedai pakaian wanita di Jalan Swadaya di Serpong Utara kelmarin.

Menurut Kompas.com, polis melakukan serbuan selepas menerima aduan penduduk setempat yang curiga melihat kedai pakaian tersebut kerap dikunjungi lelaki berbanding wanita.



POLIS Tangerang Selatan menyerbu kedai pakaian yang menjalankan aktiviti pelacuran di Serpong Utara.-AGENSI

Hasil siasatan mendapati kedai pakaian itu mempunyai 24 bilik untuk perniagaan seks serta sejumlah pekerja seks komersial.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Unit Perkhidmatan Awam Kota Tangsel, Sapta Mulyana yang dipetik melalui akaun Instagram @wargatangsel.

“Di tingkat bawah kawasan rumah kedai Ruko Mulia terdapat premis menjual pakaian dan perhiasan wanita dan terdapat sebuah salon rambut di dalamnya.


“Ketika membuat pemeriksaan di tingkat dua rumah kedai itu, kami dapati ada bilik-bilik kecil yang dikatakan pemilik kedai sebagai lokasi terapi urutan.

“Tetapi kami menemukan beberapa pasangan lelaki hidung belang yang sedang melanggan pelacur di dalamnya,” jelasnya.

Sapta berkata, seramai 10 lelaki dan enam wanita ditahan dalam serbuan itu dan akan diserahkan kepada Pejabat Perkhidmatan Sosial untuk tindakan lanjut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerpressor 2-2-2023 04:39 PM
Dalam terminology anak jiran aku yg 3 tahun..

QUICKIE.......

greentea tersenyum mengekek
Quote sharlenetexas 2-2-2023 04:39 PM
Kedai bundle?

Quote supernaturalee 2-2-2023 05:36 PM
Hasil siasatan mendapati kedai pakaian itu mempunyai 24 bilik untuk perniagaan seks serta sejumlah pekerja seks komersial.



ada pekerja seks tak komersial ke
yg xde pakej mcm tu ea


Quote _blackbird 2-2-2023 05:39 PM
igt melacur dlm fitting room.
Quote Decaffeinated 2-2-2023 07:14 PM
Sampai ke indon cari cerita seks dalam kedai gunting apa ko ingat kat tanah air ni tak ada ka?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.041783 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top