Baru-baru ini suami Fatin Afeef, Opai mendedahkan dia mempunyai sejenis penyakit gian berbelanja. “Saya ada ketagihan. Saya ni ketagih, gian. Obses dengan membeli-belah. Kadang-kadang rasa macam shopaholic.
“Tiap bulan janji takmau shopping. Tapi, bila sampai mall je hampeh. Dari konon nak beli satu je, habiskan seribu je hari ini, bertukar kepada “eh dah beli sepuluh” atau “dah habis beribu ni”. “Ubat atau penawar kepada penyakit ini mudah. Kau kena ketagih untuk buat duit lebih banyak dari kau belanja,”tulisnya. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi seorang individu yang sempat menyelit dan mencuba nasib untuk memikat Opai di ruangan komen.
Wanita berkenaan dipercayai berbangsa Rusia dikenali Kristina menyatakan dia masih bujang selain menyatakan lebih baik daripada Fatin Afeefa. “Hi Opai, saya bujang dan belum berpunya. Saya dari Rusia dan lebih baik daripada isteri awak." Komen tersebut mendapat perhatian daripada Opai yang juga seorang ‘trader’ dan menegaskan isterinya jauh lebih baik kerana seorang beragama Islam, pasangan menuju ke Syurga. Tidak mengalah, wanita berkenaan membalas komen tersebut dengan video sedang memperagakan baju kurung dan selendang berwarna biru laut. Malah, dia juga mengatakan wanita bertudung lebih baik daripada isteri Opai, Fatin Afeefa yang tidak berhijab. Difahamkan wanita berkenaan memang berasal dari Rusia dan menetap di Malaysia berdasarkan media sosial miliknya, TikTok dan Instagram. Namun tidak dipastikan akan kesahihan sama ada wanita berkenaan benar-benar wujud atau sekadar menyamar sebagai orang lain.-CARI
|
Suchi replied at 2-2-2023 04:40 PM
Rempitnya bahasa Opai tu.
Kalau tak mo tak perlu laa nk jahanamkan org.
Russia tu mmg wujud ke atau ...
_blackbird replied at 2-2-2023 04:47 PM
si pipah ni mmg taste dia jantan loser & mulut cam pondan ehh?
ADVERTISEMENT