CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufian Suhaimi Bercinta Dengan Pelajar U Umur 20an, Baru Nak Habiskan Ijazah

2-2-2023 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3029| Komen: 19

Sufian Suhaimi mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang wanita berusia awal 20-an.

Sufian berkata, wanita yang kini berkawan rapat dengannya itu juga bakal menamatkan pengajian di peringkat ijazah di sebuah universiti.


Foto: IG

"Ya saya sedang berkawan dengan seseorang ketika ini.

"Jujurnya saya bukanlah orang yang suka berkongsi terlalu banyak mengenai kehidupan peribadi, tapi saya juga tidak berahsia.



"Kalau orang tanya saya jawab saja, cuma bukan itu yang saya kejar. Lagipun orang luar boleh bercakap apa saja nanti.

"Buat masa sekarang saya enggan terlalu menjaja cerita peribadi, tetapi apabila ditanya saya jawab dan mahu fokus kepada kerjaya seni dan bisnes," katanya.



Biarpun soalan peribadi sering kali diajukan kepadanya, Sufian bagaimanapun tenang menjawab termasuk soal sasaran untuk menamatkan zaman bujang.

"Saya tak rimas pun dengan pertanyaan ini. Rasanya ini lumrah apabila orang nak tahu mengenai perkembangan seni dan peribadi saya.



"Malah saya bersyukur apabila masih ada orang nak tahu fasal saya. Cuma perancangan itu masih sama.

"Sudah tentu bila ada pasangan, kita tak mahu buang masa dan ada niat untuk sampai ke jenjang pelamin.



"Namun, saya tidaklah terlalu menyusun atau mengira untuk hari itu tiba. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 2-2-2023 03:50 PM
Kerjaya seni ke lautan dalam. Nasib baik la kau ni educated Pian.
Quote dudaberhias 2-2-2023 03:53 PM
ok semoga maju jaya...

btw tak tahu kenapa kalau tengok gambar heols ni iols terbayang belalang pakai cermin mata...

elok lah mula kenal2 untuk cari pasangan hidup, tapi kumpul duit kepuk2 dan fokus bisnes dulu... nanti apa2 lagi senang hidup nanti...
Quote akuMNdia 2-2-2023 03:55 PM
dudaberhias replied at 2-2-2023 03:53 PM
ok semoga maju jaya...

btw tak tahu kenapa kalau tengok gambar heols ni iols terbayang belalang pak ...

aku pulak tgk mcm mentadak mentadu

Quote seripahzeripah 2-2-2023 04:09 PM
Gf heshe persis peah barakah ya.

jauh bertinggal el bulus
Quote chandrahusin 2-2-2023 04:47 PM
akuMNdia replied at 2-2-2023 03:55 PM
aku pulak tgk mcm mentadak mentadu

Teringat plk
Mentadak mentadu
Mcm mana Pian tido

Quote Adrif 2-2-2023 07:11 PM
chandrahusin replied at 2-2-2023 04:47 PM
Teringat plk
Mentadak mentadu
Mcm mana Pian tido

dulu masa tengok pun rasa dia ni iras Yoo Jae-suk sebab cermin mata tu
Quote eyansss 2-2-2023 07:18 PM
seripahzeripah: Gf heshe persis peah barakah ya.jauh bertinggal el bulus


mana gambau?
Quote JalaEmas 2-2-2023 07:20 PM
Ya Allah tolonglaaaa..gmbr pakai bju rimau bintng tuu...
Quote seripahzeripah 2-2-2023 07:36 PM
Pergi cari barisan peguam bella vs bainun..dia one of intern lawyer yg defense bella..
Quote intan244 2-2-2023 08:05 PM
laa dah besar anak angkat dia. comel sungguh.
Quote Kancilkering 2-2-2023 08:54 PM
moga cepat kawen pian
Quote margo20 2-2-2023 09:30 PM
Alhamdulillah akhirnya jumpa yang sekufu
Quote Aneem 2-2-2023 09:52 PM
seripahzeripah replied at 2-2-2023 07:36 PM
Pergi cari barisan peguam bella vs bainun..dia one of intern lawyer yg defense bella..

Gigih tauuuuu. Aku google je keluar yg ni. Tak tau la kalau salah orang
Quote shalalat 2-2-2023 10:37 PM
Aneem replied at 2-2-2023 09:52 PM
Gigih tauuuuu. Aku google je keluar yg ni. Tak tau la kalau salah orang

Yg tgh tu la kot
Quote seripahzeripah 2-2-2023 10:47 PM
Aneem replied at 2-2-2023 09:52 PM
Gigih tauuuuu. Aku google je keluar yg ni. Tak tau la kalau salah orang

Gigih betul chuols..tapi sheols memang sekufu la dengan dik pian...keluarga baik2..educated makpak dia..
Quote silampumeja 3-2-2023 06:59 AM
seripahzeripah replied at 2-2-2023 08:09 AM
Gf heshe persis peah barakah ya.

jauh bertinggal el bulus

Mana chuols tgk
Quote rosedemon 3-2-2023 08:47 AM
mmg  ko layak dgn bebudak je pon
Quote bottompro 3-2-2023 08:57 AM
baby pian ni bercinta dgn jantan ke fomfuan.
kenapa meols rasa heshe ummah lemari? haha
Quote telracs 3-2-2023 09:05 AM
Edited by telracs at 3-2-2023 01:06 AM

Tak payahlah nak dedah² bercinta dengan siapa² pun... rasa dah tiba masa nak pikul tanggung jawab, nikah je, then barulah war²kan...
Tidaklah asyik dikecam sana sini macam mereka² tu... cinta sana sini sinun, kawennya tak pun..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.064036 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top